Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
roller bearing galas atau alas? dalam PRPM terdapat dua definisi ini, alas untuk roller adakah betul | 3. Menurut kamus bahasa Melayu DBP, alas bermaksud (Kej) bahagian-bahagian di dlm enjin yg memusingkan suatu gandar atau yg memegang gandar yg berpusing; . Oleh itu penggunaan yang tepat bagi roller-bearing ialah Alas Penggulling. | Istilah | 21.02.2019 |
Assalamualaikum. Saya hendak kepastian berkaitan terjemahan untuk istilah 'backpaker'. Adakah terjemahan pengembara beg galas adalah terjemahan paling sepadan untuk istilah ini? Saya telah membuat carian umum di dalam PRPM tetapi tidak mendapati sebarang padanan. Sebaliknya hanya menjumpai terjemahan bagi 'backpack' iaitu beg galas. Mohon maklum balas daripada pihak DBP. Terima kasih. | Terdapat dua istilah yang berbeza berkaitan "backpacker" mengikut kesesuaian teks iaitu: 1) Pengembara beg galas: Pengembara yang pergi ke sesebuah tempat dengan hanya membawa sebuah beg yang berisi segala keperluan. 2) Pelancong beg galas: Pelancong jenis kelas ekonomi yang hanya menggunakan kemudahan asas yang tidak melibatkan kos yang tinggi. | Istilah | 27.07.2018 |
As'salam dan selamat pagi. Saya ini bertanya tentang penggunaan perkataan yang lebih sesuai sama ada "beg galas' atau "beg sandang' Contoh ayat" Pelbagai pilihan reka bentuk beg sandang yang berada di pasaran". TQ | Waalaikumsalam, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, beg sandang ialah beg yg digalas pd bahu; dan beg galas juga bermaksud beg yang digalas pada bahu. Oleh itu kedua-dua kosa kata ini boleh digunakan. | Istilah | 12.07.2018 |
dialek kata-kata bersinonim dengan kata 'bawa' dan Kata 'potong' | Sinonim kata bawa = angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung (penggunaannya bergantung pada konteks ayat) Sinonim kata potong = kerat, penggal, hiris (penggunaannya bergantung pada konteks ayat) | Istilah | 05.04.2009 |
Salam sejahter, Berdasarkan Kamus Dewan, 'mengandar' = membawa barang dengan kandar ( yang tergantung di kedua-dua hujung kayu), memikul, menggalas. Soalan; Adakah memikul dan menggalas juga perlu menggunakan kandar ? Jika membawa beban di bahu tanpa pengandar, apa kata kerjanya ? | Merujuk Kamus Dewan memikul bermaksud membawa barang dengan galas di atas bahu, atau mengandar atau menggalas; menggalas bermaksud memikul barang-barang dengan galas (kandar) atau mengandar dan mengandar pula bermaksud membawa barang dengan kandar, atau memikul, atau menggalas. Berdasarkan huraian tersebut ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama.
| Tatabahasa | 24.11.2013 |
Bagaimana cara untuk mengeja peralatan jurutera kepada bahasa melayu. Sebagai contohnya Gear, Bearing, Inverter, Hoist, Burner, Boiler, Pulley dan Coupling | Padanan bahasa Melayu bagi istilah gear ialah gear, bearing ialah galas, inverter ialah penyongsang, hoist ialah pengangkat, burner ialah penunu, boiler ialah dandang, pulley ialah kapi, dan coupling ialah pengganding. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.11.2022 |
Selamat Pagi! Kami mempunyai masalah dalam penterjemahan pada kata nama Inggeris di bawah:- DUFFLE BAG, SOFTCASE BAG, HARDCASE BAG, FOLDABLE BAG, TRENDY HANDBAG. Kesemua ini adalah jenis bagasi. Bolehkah DBP beri bantuan untuk translasi di atas? Terima Kasih. | 1. DUFFLE BAG - BEG GALAS 2. SOFTCASE BAG - tidak ada istilah khusus (Cadangan : BEG LEMBUT) 3. HARDCASE BAG - tidak ada istilah khusus (Cadangan : BEG KERAS) 4. FOLDABLE BAG - BEG BOLEH LIPAT 5. TRENDY HANDBAG - tidak ada istilah khusus (Cadangan : BEG REKA BENTUK TERBARU) | Istilah | 24.09.2013 |
Salam, apakah kata kerja yang sesuai untuk perbuatan ibu/bapa yang meletakkan/mendudukkan anak di belakang leher (biasanya untuk menyaksikan sesuatu pertunjukan di celah-celah orang ramai) | Mengikut Kamus Dewan, kata tanggung ada antara maknanya membawa di atas bahu barang dan lain-lain yang berat-berat. Kata bawa boleh bersinonim dengan perkataan berikut mengikut konteks penggunaan - angkut, pikul, dukung, junjung, jinjing, jinjit, bimbit, kendong, galas, tanggung, angkat, usung | Istilah | 20.02.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata galas |
|
|