Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mengapakah gelaran Gabenor yang digunapakai pada tahun 1957 (selepas kemerdekaan) berubah menjadi Yang di-Pertua Negeri (Tuan Yang Terutama) pada tahun 1975 iaitu sewaktu pemerintahan Tun Dato' Haji Sardon Bin Haji Jubir (YDPN Pulau Pinang yang keempat).Kami mencadangkan tuan merujuk Kerajaan Negeri kerana setiap negeri mempunyai struktur pentadbiran dan gelaran yang berbeza.Lain-lain19.01.2022
Siapakah pemenang pertandingan pidato antara institusi kewangan piala gabenor bank negara malaysia 2013?Pemenang tempat pertama hingga ketiga Pidato Biala Gabenor Bank Negara Malaysia 2013 ialah Jushua Meta anak Nully (CIMB Bank Berhad), Woon Pei Jing (Maybank) dan Anuutha Valli a/p Nadarajah (Manulife Insurance Berhad).Tatabahasa29.11.2013
Tuan / Puan, Apakah translasi bahasa Melayu bagi perkataan Inggeris berikut: i) Independent State of Papua New Guinea ii) Governor-General Grand Chief Sir (Nama) Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah:
 i) Independent State of Papua New Guinea - Negara Merdeka Papua New Guinea
ii) Governor-General Grand Chief Sir - Gabenor Jeneral Sir 
Makna18.08.2023
apa maksud negeri, apa maksud wilayah persekutuan? adakah wilayah persekutuan dikira sebagai sebuah negeri dan berapa bilangan negeri di malaysia?

Salam sejahtera,

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negeri bermaksud
daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll). Selain itu negeri juga beerti daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor. Untuk mengetahui maksud yang lebih jelas mengenai perkataan 'negeri' sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1075. 

    Manakala maksud wilayah persekutuan pula ialah 
wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

    Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Jadi Wiayah Persekutuan tidak dikira sebagai sebuah 'negeri'

Lain-lain01.12.2012
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gabenor