PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Raman scattering | | | Keadaan penyerakan gelombang elektromagnet oleh atom atau molekul yang menghasilkan gelombang elektromagnet berfrekuensi lebih rendah atau tinggi daripada frekuensi gelombang asal. Perubahan frekuensi ini disebabkan oleh penyerapan atau pengujaan tenaga putaran atau getaran molekul yang menyerak. Penyerakan ini dapat dicerap melalui perubahan garis spektrum. |
fluorophore | | | Komponen suatu molekul yang menyebabkan molekul berpendarcahaya. Komponen ini merupakan kelompok fungsian dalam molekul yang menyerap tenaga pada frekuensi tertentu dan menyinar semula pada frekuensi yang berbeza. Jumlah tenaga dan frekuensi yang dipancarkan bergantung pada flurofor dan persekitaran kimianya. Bahan pendarcahaya digunakan sebagai penderia untuk mengesan protein, seperti dalam imunopendarfluor dan imunohistokimia. Generasi baharu fluorofor, seperti Alexa Fluors dan Dylight Fluors lebih stabil, lebih terang dan kurang sensitif terhadap pH. |
organic fluorophore molecule | | | Molekul bahan organik yang terdiri daripada kumpulan fungsian bersifat pendarfluor. Molekul ini menyerap tenaga cahaya pada frekuensi tertentu dan memancarkan semula tenaga pada frekuensi yang berbeza. Nilai tenaga dan frekuensi pancaran bergantung pada jenis molekul fluorofor dan persekitaran kimia fluorofor tersebut. Antara contoh molekul fluorofor organik ialah 5-({2-[(iodeasetil) amino]etil}amino)naftalena-1-asid sulfonik (IAEDANS) dengan jarak gelombang penyerapan pada 336 nm dan jarak gelombang pancaran pada 490 nm. Molekul ini digunakan sebagai penanda dalam spektroskopi pendarfluor. Penggunaan molekul ini sebagai penanda dapat diganti dengan bintik kuantum. |
Kramers-Kronig analysis | | | Analisis yang dilakukan ke atas pemalar dielektrik yang mengandungi bahagian sahih dan khayal, ?= ?'(v)+ ?"(v) dengan ?' ialah fungsi yang berkaitan dengan frekuensi jalur inframerah, manakala ?" ialah penyerapan atau kehilangan tenaga. Analisis ini digunakan untuk mendapatkan pergantungan frekuensi daripada ?' dengan ?" berasaskan data pengukuran spektrum inframerah. |
plasmonic characterization | | | Pencirian daripada tindak balas frekuensi optik ayunan medan elektromagnet dengan elektron bebas yang terdapat pada logam, menjadikannya bersifat seperti plasma. |
imido | | | Kumpulan molekul kimia -NH yang dapat menyerap sinaran inframerah pada frekuensi tertentu dan dicerap menggunakan spektrometer FTIR. Contohnya, ester imido, imidometafosfat dan imidoalana. |
electron driven device | | | Alat yang digunakan untuk memproses isyarat elektrik pada frekuensi terahertz (THz) berasaskan pemacuan elektron sangat laju (pikosaat) yang dikenakan terhadap lawang transistor kesan medan (FET) berdimensi nanometer. |
Kanzius RF therapy | | | Sejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang disangkut pada sel kanser dan diberikan sinaran elektromagnet pada frekuensi radio (RF). Apabila menerima sinaran ini, nanozarah akan menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tanpa memusnahkan sel yang sihat. |
photodynamic theraphy | | | Terapi bagi rawatan kanser yang melibatkan tiga komponen utama, iaitu pefotopeka, cahaya dan molekul oksigen. Pefotopeka ialah sebatian kimia yang dapat teruja oleh cahaya pada frekuensi tertentu, biasanya cahaya tampak atau inframerah dekat. Apabila pefotopeka berada berdekatan dengan molekul oksigen, tenaga akan dipindahkan dan menghasilkan molekul oksigen berkeadaan singlet. Oksigen singlet ialah bahan kimia yang agresif dan bertindak cepat dengan sebarang sel kanser. |
Josephson effect | | | Kesan penerowongan pasangan elektron daripada suatu bahan superkonduktor melalui lapisan penebat tipis kepada bahan superkonduktor yang lain. Sekiranya tiada medan magnet luar, arus terus akan menerowong lapisan penebat dan menghasilkan arus terus Josephson. Sebaliknya jika medan ini dikenakan, arus ulang-alik Josephson akan dihasilkan dengan frekuensi 2eV/h. |