Kata |
Takrif |
Sumber |
frekuensi | (frékuensi) 1. perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dll), kekerapan: ~ penggunaan kata tersebut dlm sistem korpus DBP adalah tinggi; 2. (Fiz) kadar getaran, ayunan, kitaran dsb yg berlaku pd setiap saat bagi sesuatu fenomena yg berkala, biasanya diukur dlm unit hertz: rangkaian PCN beroperasi menggunakan ~ rendah 1800 MHz ke atas;~ ambang (Fiz) frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu; ~ audio (Fiz) frekuensi yg dapat didengar oleh telinga manusia (dlm julat 20 - 20 000 hertz); ~ radio (Fiz) frekuensi yg digunakan utk komunikasi atau siaran radio (dlm julat 10 kilohertz - 300 000 megahertz); ~ rendah (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 30 - 300 kilohertz, dgn jarak gelombang 1 - 10 meter; ~ tinggi (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 3 - 30 megahertz, dgn jarak gelombang 10 - 100 meter; berfrekuensi mempunyai atau menggunakan frekuensi: penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi kementerian atau polis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
frekuensi | /frékuénsi/ ist 1 jumlah bilangan sesuatu kejadian yg berlaku dlm sesuatu masa yg ditetapkan. 2 jalur gelombang tertentu yg membolehkan isyarat radio dipancarkan atau disiarkan. berfrekuensi mempunyai frekuensi atau menggunakan frekuensi: Penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi pihak polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
frekuensi tinggi | (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 3 - 30 megahertz, dgn jarak gelombang 10 - 100 meter; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
frekuensi rendah | (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 30 - 300 kilohertz, dgn jarak gelombang 1 - 10 meter; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peranti frekuensi audio(audio frequency device) | Peranti yang beroperasi pada frekuensi rendah. Frekuensi ini berkaitan dengan gelombang bunyi yang boleh didengar oleh telinga manusia biasa. | Kamus Komputer |
frekuensi | /frékuénsi/ ist jumlah bilangan sesuatu kejadian yg berlaku dlm sesuatu masa yg ditetapkan. | Kamus Pelajar |
frekuensi jam(clock frequency) | 1. Frekuensi isyarat gelombang berdenyut yang dijana oleh pengayun utama sistem. Frekuensi ini digunakan untuk menyegerakkan pengendalian sistem. 2. Frekuensi isyarat yang digunakan sebagai jam atau sebagai penyegerak litar jujukan. | Kamus Komputer |
frekuensi radio | (Fiz) frekuensi yg digunakan utk komunikasi atau siaran radio (dlm julat 10 kilohertz - 300 000 megahertz); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
frekuensi audio | (Fiz) frekuensi yg dapat didengar oleh telinga manusia (dlm julat 20 - 20 000 hertz); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
frekuensi ambang | (Fiz) frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
frequency | n kekerapan, keseringan, kerap(nya), sering(nya); (tech) frekuensi: because of the ~ of earthquakes in the area..., oleh sebab kekerapan berlakunya gempa bumi di kawasan itu...; he increased the ~ of his letters to the Prime Minister, dia menulis surat kpd Perdana Menteri dgn lebih kerap; ~ control, kawalan frekuensi; ~ factor, faktor frekuensi; ~ resolution, leraian frekuensi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
video frequency | n frekuensi video. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ultrahigh frequency | n frekuensi ultratinggi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
radio-frequency | n frekuensi radio. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
low frequency | n frekuensi rendah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
intermediate frequency | n frekuensi pertengahan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
audio frequency | n frekuensi audio. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
very low frequency | n frekuensi sangat rendah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
very high frequency | n frekuensi sangat tinggi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
frequency modulation | n modulasi frekuensi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
fundamental frequency | frekuensi dasar | frekuensi asas/frekuensi dasar | frekuensi asas/frekuensi dasar | Kejuruteraan |
frequency standard | frekuensi baku | frekuensi baku/frekuensi piawai | frekuensi baku/frekuensi piawai | Kejuruteraan |
jump frequency | frekuensi loncat; frekuensi lompat | Tiada | frekuensi lompat; frekuensi loncat | Kimia |
angular frequency | frekuensi angular, frekuensi | frekuensi sudut | frekuensi sudut | Perubatan |
frequency reuse | frekuensi ulang frekuensi | frekuensi guna semula | frekuensi guna semula | Aeroangkasa |
frequency hopping | pindah frekuensi; lompatan frekuensi | loncat frekuensi | loncat frekuensi | Aeroangkasa |
frequency allocation | peruntukan frekuensi; alokasi frekuensi | peruntukan frekuensi | peruntukan frekuensi | Aeroangkasa |
frequency converter | pengubah frekuensi, konverter frekuensi | penukar frekuensi | penukar frekuensi | Kejuruteraan |
frequency curve | lengkung frekuensi/ kurva frekuensi | lengkung frekuensi/ lengkung kekerapan | lengkung frekuensi | Kejuruteraan |
frequency | frekuensi | frekuensi | frekuensi | Kejuruteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
frequency band | jalur frekuensi | Fizik | Akustik | Julat selanjar frekuensi-frekuensi yang merentang di antara dua frekuensi pengehad. |
molecular vibration | getaran molekul | Fizik | Mekanik | Proses getaran yang berterusan pada frekuensi-frekuensi tertentu oleh atom dalam molekul yang bergantung pada struktur molekul dan juga pada kumpulan atom dalam molekul itu. |
choke | cok | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Induktans yang digunakan dalam sesuatu litar untuk memberikan impendans yang tinggi kepada frekuensi-frekuensi di atas suatu julat frekuensi tertentu tanpa mengehadkan aliran arus terus. 2. Alur atau ketakselanjaran dengan dimensi tertentu yang dibentuk pada permukaan pemandu gelombang untuk menghalang laluan gelombang-gelombang terpandu dalam julat frekuensi yang terhad. |
preselector | prapemilih | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peranti yang ditempatkan sebelum suatu peranti lain, misalnya penukar frekuensi, demi membenarkan isyarat-isyarat dengan frekuensi-frekuensi yang tertentu sahaja lalu.,2. Peranti, dalam sistem pensuisan automatik, yang membuat pilihannya sebelum merampas sesalur melahu. |
crossover frequency | frekuensi lintas | Kejuruteraan | Tiada | 1. Frekuensi apabila rangkaian pembahagi menghantar kuasa yang sama kepada saluran frekuensi atas dan frekuensi bawah apabila kedua-duanya tertamat dalam beban tertentu.,2. Frekuensi yang sepadan dengan silangan asimptot kepada bahagian amplitud malar dan halaju malar bagi lengkung sambutan frekuensi perakaman cakera. |
modulation index | indeks pemodulatan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Nisbah sisihan frekuensi dengan frekuensi gelombang modulat, pada frekuensi modulasi gelombang modulat sinus.,2. Pengukuran darjah pemodulatan. |
audio frequency | frekuensi audio | Fizik | Akustik | Frekuensi bagi gelombang akustik boleh dengar yang julatnya antara 15Hz hingga 20 000 Hz. Frekuensi sonic, frekuensi bunyi. |
line frequency | frekuensi garis; frekuensi talian | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bilangan kali sesaat bintik pengimbas melintasi suatu garis tegak tetap pada gambar televisyen, pada suatu arah termasuk jeda kembali tegak.,2. Frekuensi operasi nominal bagi voltan talian kuasa yang digunakan untuk membekalkan kuasa operasi kepada alatan atau kelengkapan. |
lower sideband | jalur sisi bawah | Kejuruteraan | Tiada | 1. Frekuensi yang lebih rendah, dari dua frekuensi atau kumpulan frekuensi yang dihasilkan oleh proses pemodulatan amplitud.,2. Jalur frekuensi, dalam penghantaran pembawa, yang lebih rendah daripada frekuensi pembawa. |
low pass filter | penapis laluan rendah; turas laluan rendah | Kejuruteraan | Tiada | 1. Rangkaian turas yang meluluskan semua frekuensi di bawah frekuensi yang ditentukan tanpa kehilangan tetapi mendiskrimanasi frekuensi yang lebih tinggi.,2. Turas gelombang yang mempunyai suatu jalur penghantaraan tunggal yang meliputi dari frekuensi sifar ke suatu frekuensi genting atau potong yang terhingga.,semua frekuensi di atas titik itu. |
Kamus Sains.indb mempunyai ketumpatan rendah dan kadar serapan bunyi yang baik. Bahannya terdiri daripada liang-liang untuk menghasilkan serapan resonan. (KEJ) acoustic branch (cabang akustik) Salah satu cabang dalam hubungan sebaran, iaitu frekuensi sebagai fungsi nombor gelombang dalam getaran kekisi hablur. (FIZ) acoustic energy flux (fluks tenaga akustik) Fluks tenaga gelombang akustik. (FIZ) acoustic horn (corong akustik) Corong yang digunakan untuk memancarkan atau tenaga terhantar atau terpantul pada sem- padan kedua-dua medium tersebut. (FIZ) acoustic inertance (lengaian akustik) Komponen khayalan impedans akustik yang bersamaan dengan reaktan akus- tik dibahagi dengan 2 π frekuensi. Sinonim acoustic mass. (FIZ) acoustic mass (jisim akustik) Lihat acoustic inertance. (FIZ) acoustic plane wave (gelombang satah akustik) Gelombang satah bagi gelombang akustik. (FIZ) acoustic radar (radar akustik) Radar yang
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd rangkaian seperti aplikasi, pencetak dan sebagainya bagi satu kumpulan pengguna. Pengguna hanya perlu log masuk dalam domain untuk memperoleh capaian kepada sumber yang terdapat pada beberapa pelayan yang berlainan. domain frekuensi mengarau percakapan (Ig. speech scrambling frequency domain; Br. domain kekerapan pencampuradukan tutur; Id. ranah frekuensi pengacakan wicara) digit pengawal domain frekuensi mengarau percakapan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 30 6/6/11 4:01:35 PM 31 domain keselamatan dongel Kaedah menyulitkan suara dengan menjalankan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
frekuensi | [fré.kuen.si] | فريکوئنسي |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
frekuensi | frequency | Bilangan ayunan lengkap yang dilakukan oleh suatu jasad yang bergetar dalam satu saat. | Menengah Atas |
monokromatik | monochromatic | Cahaya yang mempunyai satu frekuensi. | Menengah Atas |
putaran per minit | rotation per minute | Ukuran frekuensi putaran yang menunjukkan jumlah putaran lengkap dalam tempoh satu minit pada paksi yang tetap. Ia digunakan untuk mengukur kelajuan putaran sesuatu komponen mekanikal. | Menengah Atas |
modulasi amplitud | amplitude modulation | Modulasi yang melibatkan perubahan amplitud gelombang pembawa frekuensi radio, bersesuaian dengan isyarat yang dipancarkan. | Menengah Atas |
resonans | resonance | Keadaan yang mana suatu sistem bergetar pada amplitud maksimum dengan frekuensi getarannya sama dengan getaran asli. | Menengah Atas |
kelangsingan | pitch | Darjah tinggi atau rendahnya nada suara atau bunyi yang bergantung pada frekuensi. | Menengah Atas |
modulasi | modulation | Perubahan ciri sesuatu gelombang supaya bersesuaian dengan ciri gelombang yang lain. Jenis modulasi termasuklah modulasi amplitud, frekuensi dan fasa. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata frekuensi |
|
|