Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Yang manakah ayat yang betul? (a) Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. (b) Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. Jika ayat tersebut mempunyai kesalahan, minta berikan penjelasan. Terima kasih.

(a) Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen pakaian yang terbaru. Fesyen-fesyen sudah menunjukkan banyak, oleh itu, tidak perlu digandakan.

(b) Kejayaan seseorang itu banyak bergantung pada usahanya sendiri. Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275.

Tatabahasa07.03.2010
Apakah jawapan bagi soalan di bawah?( PMR 2006). I Penyanyi itu telah memperdengarkan nyanyiannya kepada penonton di dewan itu. II Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. III Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam peperiksaan di sekolahnya. IV Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IVJawapan A. I sahaja yang tepat.Tatabahasa08.03.2010
Tuan, Yang mana satukah penterjemahan yang betul mengikut Hukum D-M. SHOP FOR FASHION MEN'S WEAR 1. Beli Fesyen Pakaian Lelaki ATAU 2. Beli Pakaian Fesyen Lelaki Terima kasihTerjemahan yang betul: Beli Pakaian Lelaki BerfesyenMakna11.02.2020
Salam sejahtera, mohon nasihat pihak Tuan dengan soalan-soalan di bawah. 1. Yang mana satukah penterjemahan yang betul mengikut Hukum D-M. Shop for Fashion Men's Wear MS>> Beli Fesyen Pakaian Lelaki ATAU Beli Pakaian Fesyen Lelaki 2. Stylish & Suits Your Pocket >> Bergaya & Sesuai Dengan Perbelanjaan Anda ATAU Bergaya & Sesuai Dengan Belanjawan Anda Sekian, terima kasih.Salam Sejahtera,

1. Shop for Fashion Mens's Wear - Kedai Pakaian Lelaki 
2. Stylish & Suits Your Pocket - Mengikut Kemampuan Anda

Sekian, terima kasih.
Makna10.02.2020
1)Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah pakaian yang terkenal di Asia.2)Razak sekeluarga sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain.3)Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi.(TOLONG BETULKAN JIKA ADA SALAH DALAM 3 AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH.)
Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah (penggubah) pakaian yang terkenal di Asia.

Razak sekeluarga (dan keluarganya) sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain.

Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi.
Tatabahasa12.09.2012
Selamat sejahtera tuan, Lazimnya baju hanya dipakai pada sebelah luar sahaja.(Maksud ayat hendak menjunjukkan baju boleh digunakan pada dua-dua belah, luar dan dalam)- laras bahasa fesyen. Harap tuan dapat memberikan jawapan dengan kadar segela. Terima kasih.Ayat "Lazimnya baju hanya dipakai pada sebelah luar sahaja" boleh digunakan untuk laras bahasa fesyen.Lain-lain24.08.2016
kedai butik / pakaian fesyen?kedai pakaian / butik pakaianLain-lain04.04.2007
Anak saya akan menyertai pertunjukan fesyen pakaian pengantin, jadi bolehkah pihak tuan memberi maklumat atau penerangan secara jelas tentang pakaian tersebut ( dari segi sejarah pemakaian dan aksesorinya)?Puan boleh merujuk buku seperti di bawah : 1. Pakaian Melayu sepanjang zaman Abbas Alias Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Pakaian cara Melayu Siti Zainon Ismail Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2006. 3. koleksi pakaianku Mohammad Jalal Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001. 4. Adat perkahwinan dan tatarias pengantin Melayu Tengku Luckman Sinar, SH 2001Lain-lain18.10.2007
Apakah perkataan sesuai bagi merujuk kepada 'Sweatpants' dalam konteks fesyen dan artikel berkenaan pemakaian? Sweat merujuk kepada peluh tetapi ia tidak sesuai dan menepati maksud sebenar 'Sweatpant'. Terima kasihTerjemahan bagai "Swear pants" ialah "Seluar Peluh".Penyemakan dan penterjemahan27.08.2014
Bagaimana ingin membezakan penggunaan -sen, -syen? Contoh: losyen atau losen; fesyen atau fesen. Yang manakah perkataan yang tepat, profesi atau profesion, standar atau standard, tebak atau tembak? Adakah perkataan ini mempunyai makna berlainan mengikut ejaan tertentu? Terima kasih.Jika berdasarkan soalan, dicadangkan supaya tuan merujuk kamus dewan untuk mendapatkan ejaan yang tepat. Ataupun, boleh layari laman web ini, http://prpm.dbp.gov.my/Makna26.11.2015
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fesyen