Kata |
Takrif |
Sumber |
fasa ambil(fetch phase) | Fasa dalam kitar pengendalian pemproses utama ketika suruhan diambil daripada kedudukan ingatan dan dimasukkan ke dalam daftar atur cara sebelum fasa pelaksanaan dilakukan. | Kamus Komputer |
fasa | peringkat perkembangan (bkn pembinaan, pertumbuhan, kemajuan dsb): Rumah-rumah dlm ~ pertama telah habis dijual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fasa | peringkat atau tahap dlm rangkaian sesuatu perkembangan (gerakan, kegiatan, kemajuan, dll): projek tersebut dilaksanakan dlm dua ~, dan ~ pertama dimulakan pd tahun 1984. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fasa reka bentuk(design phase) | Tempoh kitar hayat pembinaan sistem perisian atau perkakasan komputer ketika reka bentuk seni bina, komponen, antara muka, input, output, dan bentuk data dicipta, didokumenkan, dan dipastikan menepati spesifikasi. | Kamus Komputer |
fasa pengkompilan(compilation phase) | Tahap ketika penyusun atur cara menyusunkan atur cara sumber dalam bahasa aras tinggi menjadi bentuk bahasa mesin. | Kamus Komputer |
fasa | peringkat perkembangan (bkn pembinaan rumah dsb): Rumah-rumah dlm ~ pertama telah habis dijual. | Kamus Pelajar |
fasa objek(object phase) | Fasa selepas atur cara selesai disusun atau dihimpun menjadi bentuk kod objek. | Kamus Komputer |
fasa jalanan(run phase) | Fasa pengendalian komputer yang berada pada peringkat atur cara yang dijalankan selepas penyusunan atur cara selesai. | Kamus Komputer |
persukuan(quadrature) | Cara pengaitan fasa dua isyarat berkala yang sama tempohnya apabila perbezaan fasa antara kedua-dua isyarat ialah satu daripada tempoh satu kitar. | Kamus Komputer |
kitar pengendalian(operation cycle) | 1. Fasa yang digunakan oleh pemproses untuk mengerjakan suruhan atau pengendalian dan bukan untuk tugas penyelenggaraan atau persediaan peralatan. 2. Nama lain bagi fasa pelaksanaan kitar mesin mikropemproses. | Kamus Komputer |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
chromatography | kromatografi | Herba | Tiada | Kaedah, pemisahan pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam herba. Kromatografi melibatkan dua fasa iaitu fasa pegun dan fasa gerak. Fasa pegun terdiri daripada pepejal seperti silika, alumina, selulosa dan sebagainya, atau cecair yang disokong oleh pepejal atau gel. Fasa ini sama ada dipadatkan dalam turus, disebarkan dalam bentuk lapisan dan filem, atau sebagainya. Fasa gerak pula terdiri daripada sama ada cecair atau gas. Mod pemisahan iaitu penjerapan, partisi, pertukaran ion dan eksklusi saiz bergantung pada sifat fizikokimia bahan kimia. Contoh teknik kromatografi ialah kromatografi lapisan nipis, kromatografi kertas, kromatografi cecair prestasi tinggi, kromatografi gas, kromatografi cecair superkritikal dan elektroforesis. |
soft landing | penutupan bertahap | Umum | Tiada | Strategi yang dibina untuk membuat peralihan yang mudah daripada satu fasa ke fasa yang lain hingga fasa yang terakhir dengan matlamat utama untuk merealisasikan prestasi operasi yang optimum. |
sublimation | pemejalwapan | Herba | Tiada | Perubahan fasa pepejal kepada fasa wap tanpa melalui fasa cecair. Wap berubah semula kepada pepejal apabila terkondensasi pada permukaan sejuk. Proses ini digunakan terutamanya dalam pengeringan sejuk beku. Contohnya, pemejalwapan teofilina yang banyak terdapat dalam koko. Lihat juga pengeringan sejuk beku. |
mobile phase | fasa gerak | Kimia | Kimia Analisis | Cecair atau gas yang berada dalam keadaan bergerak dalam teknik kromatografi. Fasa ini bergerak melalui fasa pegun sambil membawa komponen-komponen sampel untuk pemisahan. |
liqiud phase | fasa cecair | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang berada dalam keadaan cecair. Dalam teknik kromatografi cecair atau gas, fasa cecair dikhaskan kepada fasa pegun. |
honeymoon phase | fasa bulan madu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Fasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa. |
nanocomposite | nanokomposit | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pepejal berbilang fasa apabila salah satu fasa mempunyai satu, dua atau tiga dimensi yang kurang daripada 100 nanometer. Nanokomposit boleh mempunyai struktur berskala nano yang berulang-ulang antara fasa bagi membentuk sesuatu bahan. |
high performance liquid chromatography (HPLC) | kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) | Herba | Pemiawaian | Kromatografi yang menggunakan campuran dua pelarut organik atau lebih, akueus dan bahan tambah sebagai fasa gerak dan fasa pegun yang terdiri daripada pepejal yang dimampatkan dalam satu turus. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan fasa gerak dari turus ke alat pengesan yang berasaskan penyerapan sinar ultralembayung atau pengukuran indeks refraktif atau pengesanan penyelerakan cahaya sejatan. Kaedah ini sering digunakan dalam pemiawaian sebatian bermanfaat dalam ekstrak herba untuk mendapatkan profil sebatian kimia. Sebagai contoh, produk herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) dipiawaikan dengan kandungan eurikomanon sebanyak 10% melalui kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi. |
hydrophilic cream | krim hidrofilik | Herba | Tiada | Krim yang mempunyai fasa akueus sebagai fasa berterusan. Krim ini mengandungi agen pengemulsi minyak dalam air (o/w) seperti sabun natrium atau sabun trolamina, alkohol lemak tersulfat dan polisorbat. Contohnya, krim pencukur, krim tangan dan krim asas. |
lipophilic cream | krim lipofilik | Herba | Tiada | Krim yang mempunyai fasa lipofilik sebagai fasa berterusan. Krim ini mengandungi agen pengemulsi air dalam minyak (w/o) seperti alkohol bulu biri-biri, ester sorbitan dan monogliserida. Contohnya, krim sejuk dan krim emolien. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
fasa | perikat [prikat] | Melanau Dalat | |
susun | fasa | TETAW | |
Kamus Sains.indb termodinamik seba- hagian atmosfera yang ditakrifkan dengan tiga pemboleh ubah, iaitu tekanan, suhu dan kelembapan. (HID) adiabatic packed bed reactor (reaktor turus terpadat adiabatik) Reaktor yang digunakan untuk tindak balas fasa gas. Reaktor ini berupa suatu adenopathy adiabatic packed bed reactor Kamus Sains.indb 22 7/8/08 11:45:22 AM 23 turus yang diisi dengan bahan mangkin tanpa sistem ini dilakukan dengan menyediakan pelbagai kepekatan larutan pengawet kayu dalam agar-agar malt yang dijangkiti kulat yang diuji. (HUT) agarose gel electrophoresis (elektroforesis gel agarosa) Elektroforesis menggunakan gel agarosa sebagai fasa pegun. Teknik ini pen- ting dalam manipulasi dan penjujukan gen kerana molekul DNA dapat di- pisahkan berdasarkan berat molekul. Jalur pada gel dikesan dengan menggu - nakan etidium bromida. Aras DNA
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
fasa | [fa.sa] | فاسا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
fasa-fasa bulan | phases of the moon | Peringkat bentuk bahagian bulan yang cerah, yang dapat dilihat dari bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
fasa luteum | luteal phase | Fasa akhir kitaran haid (pada manusia dan beberapa haiwan lain) atau kitaran estrus (pada mamalia berplasenta yang lain). Hormon utama yang dikaitkan dengan peringkat ini ialah progesteron, yang kandungannya jauh lebih tinggi pada fasa luteum berbanding pada fasa kitaran yang lain. | Menengah Atas |
fasa | phase | Peringkat atau tahap dalam rangkaian sesuatu perkembangan. | Sekolah Rendah |
fasa S | S phase | Fasa dalam kitar sel apabila pereplikaan DNA atau kromosom berlaku. | Menengah Atas |
diastole | diastole | Fasa atau tempoh rehat otot jantung. Sewaktu fasa ini, atrium dan ventrikel diisi dengan darah. | Menengah Atas |
homogen | homogeneous | Perihal kumpulan yang mengandungi ciri, fasa atau komponen yang sama, supaya komponen tidak dapat dibezakan dengan mudah. Contohnya, campuran homogen gula dan air yang hanya mengandungi satu fasa cecair. | Menengah Rendah |
sistole | systole | Fasa atau tempoh pengecutan jantung. Sistole atrium melibatkan pengecutan atrium untuk menghantar darah ke dalam ventrikel. Sistole ventrikel pula melibatkan pengecutan ventrikel untuk menghantar darah ke seluruh badan. | Menengah Atas |
larva | larva | Satu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
anak bulan | new moon | Fasa bulan yang tidak kelihatan dari bumi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
telofasa | telophase | Peringkat terakhir fasa mitosis dan meiosis. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasa; |
|
|