Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TOLKIEN, JRAhli linguistik, pendidik dan novelis terkemuka dalam genre fantasi dewasa.SASTERATokoh
PETER PAN

Peter Pan ialah wira kanak-kanak dalam

beberapa cerita fantasi yang ditulis oleh Sir James

Matthew Barrie, penulis Scot. Watak tersebut

mula-mula timbul dalam novel karangan Barrie

berjudul The Little White Bird (1902). Barrie

mengadaptasi sebahagian daripada novel tersebut

kepada satu drama berjudul Peter Pan (1904).

Beberapa bab novel berkenaan telah diterbitkan

pada tahun 1906 berbentuk buku berjudul Peter

Pan in Kensington Gardens . Barrie juga menulis

novel Peter Pan and Wendy (1911). Lihat Barrie, Sir

James Matthew.

UMUM
ARISTOPHANES

Aristophanes (445?385? S.M.) ialah penulis

komedi Yunani purba yang teragung. Dramanya

menggabungkan fantasi, riang gembira, dan lirik

yang indah berserta kritikan serius terhadap

politik, adab, pendidikan, muzik, dan sastera. Dia

seorang pakar lagu dan ritma.

UMUM
ALBEE, EDWARD

Albee, Edward (1928 ) ialah penulis drama

yang menggunakan pelbagai gaya dengan meluas,

daripada kenyataan kepada fantasi. Albee

mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui

drama Whos Afraid of Virginia Woolf? (1962).

Drama realistik ini berkisar tentang penelitian

perjuangan kuasa dan gabungan kekejaman dan

percintaan dalam perkahwinan.

UMUM
DAHL, ROALD

Dahl, Roald (19161990), penulis prolifik yang

menulis cerita kanak-kanak, fiksyen dewasa dan

skrip filem. Ceritanya berunsur seram atau fantasi,

humor yang menggerunkan dan akhir cerita yang

mengejutkan.

UMUM
MACAULAY, DAME ROSE

Macaulay, Dame Rose (18811958), penulis

British yang telah mendapat pengiktirafan pada

tahun 1920 melalui novel Potterism, sebuah satira

yang sebahagiannya fantasi dan sebahagiannya

pula tragedi.

UMUM
O'BRIEN, FLANN

OBrien, Flann (19121966) ialah nama pena

penulis Ireland yang bernama Brian O Nuallain. Dia

membina reputasinya melalui novelnya yang

pertama, At Swim Two Birds (1939), sebuah fantasi

pengembaraan watak manusia dan pari-pari di

Ireland. Dia juga menulis The Hard Life (1961), The

Dalkey Archives (1965), dan skrip drama Faustus

Kelly (1943). Dengan menggunakan nama pena

Myles na gCopaleen, dia menulis ruangan satira

bagi Irish Times . Dia lahir di Strabane, Ulster, dan

bekerja sebagai pegawai kerajaan.

UMUM
BRADBURY, RAY

Bradbury, Ray (1920 ) ialah pengarang

Amerika yang terkenal kerana cerita-cerita fantasi

dan fiksyen sains.

UMUM
MITCHISON, NAOMI

Mitchison, Naomi (18971999) ialah penulis

British yang popular dengan beberapa novelnya

yang menceritakan kisah purba Yunani dan Mesir.

Novelnya terkenal kerana gaya penulisannya

sungguh berkesan. Novelnya termasuklah When

the Bough Breaks (1924), dan Black Sparta (1928).

Karya popularnya yang lain termasuklah The Corn

King and the Spring Queen (1931), sebuah karya

fantasi sejarah. Karyanya yang terkemudian

termasuklah Dont Look Back (1969), What Do You

Think Yourself (1982), Not By Bread Alone (1983),

dan Among You Taking Notes (1985). Nama

sebenarnya ialah Naomi Margaret Haldane, dan

lahir di Edinburgh, Scotland. Dia mendapat

pendidikan di Oxford University.

UMUM
NOVEL REMAJA

NOVEL REMAJA, karya sastera genre prosa untuk bacaan remaja dalam lingkungan usia 13 hingga 20 tahun. Novel remaja mempunyai ketebalan antara 120 hingga 200 halaman. Seperti novel kanak-kanak, novel remaja juga menampilkan tema pengembaraan atau adventur, keluarga, sejarah, fantasi, cereka sains, kegamaan, muhibah, penyiasatan atau detektif, kerjaya, dunia pelajar, seram, biografi dan autobiografi.

SASTERAPenerbitan
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fantasi