Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bagaimana menggunakan perkataan enggan-enggan untuk membina ayat? Bolehkah tuan/puan memberikan contoh ayat? Terima kasih.Contoh ayat yang menggunakan perkataan “enggan-enggan” ialah Pemimpin tersebut enggan-enggan mengulas lebih lanjut apabila ditanya tentang isu penyelewengan dana sumbangan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 579.

Makna09.02.2024
perkataan sama erti bagi "merajuk"Makna bagi merajuk ialah menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Terima kasih.Makna01.11.2007
Tuan/Puan, Tolong mengesahkan sama ada ayat ayat berikut betul: 1.Dia masih marah dan dia enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 2.Dia enggan berjuma dengan sesiapa pun kerana masih marah. 3.Beliau meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan diri. Terima kasih.1. Dia masih marah dan enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 2. Dia enggan berjumpa dengan sesiapa pun kerana masih lagi marah. 3. Beliau meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri.Tatabahasa19.11.2015
kata berlawan 1.faedah 2.mahu 3.membantuKata lawan yang lazim digunakan bagi perkataan yang berikut ialah: 1. faedah - rugi, 2. mahu - enggan, 3. membantu - menolak (lepas tangan).Lain-lain24.10.2009
Apakah perbezaan di antara perkataan 'ia' dan 'ianya'. Selain itu, perkataan apakah yang sesuai untuk menggantikan perkataan yang merujuk haiwan @ binatng dalam sesebuah ayat. Contohnya: Lembu - lembu itu berkeliaran dan ...... enggan masuk ke kandang.

Yang betul ialah ia, iaitu ganti nama diri ketiga untuk manusia. Perkataan nya tidak boleh digandingkan dengan ia menjadi ianya kerana nya juga ganti nama diri ketiga. Bagi binatang, boleh digantikan dengan haiwan itu atau mamalia tersebut.

Tatabahasa15.04.2010
Salam sejahtera, Dalam ayat yang berikut, yang manakah merupakan penggunaan imbuhan yang lebih sesuai membohong/berbohong? Bagaimana untuk membezakan penggunaan kedua-duanya? "Jika dia masih membohong/berbohong untuk menyara keluarganya, dia mungkin masih dapat mengekalkan pekerjaannya. Tetapi jika dia enggan membohong/berbohong, dia mungkin akan kehilangan pekerjaannya."

Maksud berbohong dan membohong ialah bercakap bohong, berdusta, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberi.

Tatabahasa22.05.2010
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=dies&d=139128&#LIHATSINI dies1 ~ hard, (of custom, belief, etc) sukar ditinggalkan: old habits ~ hard, sst yg menjadi kebiasaan sukar ditinggalkan; ~ in os bed, mati kumlah; ~ in /harness, os boots/, meninggal semasa masih bekerja: he refused to retire and later ~d in his boots, dia enggan bersara dan kemudiannya meninggal semasa masih bekerja; ~ in the last ditch, berjuang mati-matian; ~ laughing, (exaggeration) /ketawa, gelak/ setengah mati; /could have, nearly / ~d, (colloq) rasa macam nak mati: when he read out my letter in front of the class, I nearly ~d, apabila dia membaca surat saya di hadapan kelas, saya rasa macam nak mati; never say ~, jangan berputus asa; be dying of, sangat: I am dying of hunger, saya sangat lapar; be dying /for, to do/ st, teringin sangat hendak + approp v: hes dying for a cigarette, dia teringin sangat hendak merokok; (Tatabahasa di sini adalah salah.)Soalan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang jelas, ringkas dan mudah difahami.Lain-lain23.04.2020
Saya ingin tahu. Perkataan dalam Bahasa Inggeris, kalau (NAMA KHAS) khas adakah ianya perlu di italic kan atau tidak? Selain daripada (NAMA KHAS) saya rasa ia perlu di italic kan. BETUL ATAU TIDAK. Lihat petikan ini yang saya dapat dalam laman web DBP Minda Tertutup Memori Terhakis Dunia Bahasa, Pilihan Utama Penyokong PPSMI yang hingga kini enggan mengakui kalah, cuba mengelirukan penggubal dasar dan orang ramai tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan penguasaan sains dan matematik. SOALAN: 1) Saya ingin tahu. Perkataan bahasa Inggeris. Mana satu penulisannya yang betul. (a) Bahasa Inggeris ATAU (b) bahasa Inggeri. Perkataan bahasa itu ( huruf besar atau huruf kecil). 2) Rujuk kepada sains dan matematik. Perkataan sains dan matematik itu semestinya huruf besar (a) Sains dan (b) Matematik. TETAPI dalam petikan web DBP ditulis dengan huruf kecil? Mohon penjelasan. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-26119551. Berdasarkan gaya penerbitan DBP, nama khas dalam bahasa Inggeris seperti nama tempat, nama orang, nama jalan, nama bangunan dan sebagainya tidak diitalikkan. Walau bagaimanapun, nama buku dan petikan ayat dalam bahasa Inggeris perlu diitalikkan.

2. Sekiranya perkataan tersebut merujuk kepada nama mata pelajaran, perkataan itu mesti bermula dengan huruf besar, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran, huruf 'b' tidak perlu menggunakan huruf besar (bahasa Inggeris). Begitu juga dengan perkataan sains dan matematik, contohnya ahli sains dan ahli matematik.
Ejaan11.02.2012
Tuan/Puan, Tolong mengesahkan ayat-ayat berikut adalah betul atau tidak. 1.Piala itu di atas meja. 2.Beg tangan itu di atas tangga. 3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 4.Rumahnya di atas bukit. 5.Dia bertanggungjawab di atas segala kekejaman itu. 6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. 8.Dia bercacah di bahagian lengan. 9.Dia duduk di dalam kereta. 10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. 11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di peringkat antarabangsa. 12.Dia masih berasa marah,enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. 14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. Terima kasih.

Jawapan:

1.Piala itu di atas meja. - betul
2.Beg tangan itu di atas tangga. - betul
3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
4.Rumahnya di atas bukit. - betul
5.Dia bertanggungjawab di atas (atas) segala kekejaman itu. - salah. 
6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. - betul
8.Dia bercacah di bahagian lengan. - betul
9.Dia duduk di dalam kereta. - betul
10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. - betul
11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di (pada) peringkat antarabangsa. - salah 
12.Dia masih berasa marah, enggan berjumpa dengan sesiapa pun. – salah. Ayat tersebut tidak gramatis.
13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. - betul
14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. - betul

Tatabahasa16.11.2015
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Abang memang (mentah) dalam pelajarannya. (b) Kami (rendah) kawasan semak itu untuk mendaki Bukit Jong. (c) Pak Leman sedang (tajam) mata sabit itu. (d) Usahlah kamu (tajam) akan peristiwa sedih itu lagi. (e) Dia masih (keras) tidak mahu bertolak ansur dengan kawannya. (f) Oleh sebab badannya terlampau (lurus), dia enggan bergaul dengan orang. (g) Wajah budak perempuan itu sangat (tawar). (h) (Tawar) kerja di kilang kasut itu diterima oleh mereka. (i) Nasi lemak Mak Limah begitu (jalan) dijual.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enggan