Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Peribahasa ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
CALONARANG

CALONARANG, sejenis seni drama tari suci di Bali, Indonesia, yang mengambil cerita daripada sastera Jawa kuno.  Kisahnya konon berlaku dalam zaman pemerintahan Raja Airlangga, di sebuah desa bernama Desa Girah. Ada seorang janda yang mempunyai ilmu hitam bergelar Calonarang.  Janda ini mempunyai seorang anak yang cantik bernama Ni Ratna Manggali, tetapi tiada pemuda yang berani melamar anaknya.  Akibatnya janda itu mengancam rakyat Airlangga dengan menyebarkan penyakit yang memusnahkan.  Raja Airlangga meminta bantuan pendetanya, Empu Barada, untuk menakluki ilmu sihir janda itu dan menundukkannya.  Empu Barada menghantar muridnya, Bahula, yang menyamar sebagai Ratna Manggali dan turut menyamar sebagai murid Calonarang.  Bahula berjaya mendapatkan buku rahsia Calonarang, membawanya kepada Empu Barada dan akibatnya kuasa hitam Calonarang dapat dialahkan.  Airlangga kembali tenteram.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KEN ANGROK

KEN ANGROK (   ? - 1227/1247), pengasas dinasti Tumapel-Singhasari Jawa Timur.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui.  Keterangan tentang Ken Angrok  terdapat di dalam kitab Negarakartagama dan kitab Para-raton atau Buku para raja yang dikarang oleh Empu Prapanca.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empu