Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Potensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada/pada tujuh prinsip kejayaanPotensi emosi dimajukan dengan merujuk kepada tujuh prinsip kejayaan.Tatabahasa06.12.2011
Perkataan sosio emosi, adakah ia ditulis satu perkataan (sosioemosi) ataupun dua perkataan (sosio emosi)?Sosio ialah awalan asing yang mesti dieja rapat dengan perkataan yang dikaitkan dengannya seperti sosioekonomi dan sosiopolitik. Ejaan yang betul ialah sosioemosi.Ejaan22.10.2013
Slm, Mohon semak ayat di bawah : Tekanan berpunca daripada emosi yang tidak terkwal/dikawal. tqTekanan berpunca daripada emosi yang tidak terkawal atau tidak dapat dikawal.Tatabahasa27.08.2015
salam, bolehkah selepas kata kerja 'membantu' diikuti dgn kata kerja? Contoh ayat: to help manage your emotional health. Terjemahan: 1-untuk membantu menguruskan kesihatan emosi anda 2-untuk membantu pengurusan kesihatan emosi anda Yang mana satukah yg betul. Mohon nasihat,terima kasih.

Perkataan membantu merupakan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama/frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh dalam ayat, Adik membantu ibu di dapur.

Cadangan padanan terjemahan bagi teks to help manage your emotional health ialah membantu anda untuk menguruskan kesihatan emosi atau untuk membantu pengurusan kesihatan emosi anda.  

Tatabahasa27.02.2021
Selamat pagi. Adakah tajuk berikut boleh difahami dan diterima: "Menambahkan Sentuhan Emosi dalam Sejarah". Terima kasih.

Tajuk yang lebih tepat ialah Menerapkan Sentuhan Emosi dalam Pembelajaran Sejarah.

Tatabahasa13.06.2023
Apakah istilah 'survival skills' dalam BM? Bagaimana pula dengan 'mood' yang menggambarkan keadaan emosi seseorang - apakah istilah yang paling tepat dalam BM? T kasih.Kami mencadangkan terjemahan yang sesuai untuk “survival skills” ialah "kemahiran hidup" atau "kemahiran kendiri". Manakala cadangan padanan bagi perkataan “mood” yang menggambarkan keadaan emosi seseorang ialah "angin" atau "suasana". Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian.Istilah19.02.2021
Saya ingin bertanya, di dalam penulisan novel, saya mahu menunjukkan dialog tergantung, dengan emosi marah seperti: "KAU" Adakah ini penggunaan yang yang tepat?

Dalam penulisan dialog dalam novel, tidak ada tanda baca atau format standard yang digunakan untuk dialog yang tergantung bagi menggambarkan emosi marah atau sebagainya. Walau bagaimanapun, berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, salah satu daripada fungsi tanda pisah (–) adalah untuk menunjukkan aliran fikiran penulis atau pembicara yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah atau berubah-ubah.

Karya17.09.2022
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR PERAMAL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIATajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA.Tatabahasa20.08.2019
Salam sejahtera Tuan/ Puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan men kan atau me ... an - boleh diikuti dgn kata ' akan ' ? Contohnya : 1. Dia rindukan akan ibunya. (Sepatutnya kata adjektif emosi tidak boleh diletakkan " kan " pada penghujungnya - Dia rindu akan ibunya.) 2. Bagaimana pula dengan ayat : Dia amat merindukan akan ibunya ? (kata adjektif emosi sudah bertukar menjadi kata kerja transitif ' merindukan ' ). Bagaimanakah caranya untuk membetulkan ayat tersebut ? a. Dia amat rindu akan ibunya ? b. Dia amat merindui akan ibunya ? c. Dia amat merindui ibunya ? *** d. Dia amat merindukan ibunya ? e. Dia amat merindu akan ibunya ? atau ada jawapan lain yang lebih tepat ? *** 'men ... an ' perlu diikuti dengan objek tidak hidup, betul ? Cthnya : ... menghadiahkan sepucuk surat kepada ibunya. ... merindukan masakan ibunya. manakala ' men ... i ' perlu diikuti dgn objek hidup : ... merindui ibunya ... menasihati pelajarnya Terima kasih & maaf kerana mengganggu. ChoyHH ( choy862003@yahoo.com)

1. Ayat yang betul ialah Dia rindu akan ibunya.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 194, di bawah subtajuk (c) Jenis Kata Kerja yang terbentuk (dengan Apitan meN-...-kan), binaan ayat yang menerima kata kerja berapitan meN-...-kan adalah: subjek + kata kerja (meN-...-kan) + objek. Sama juga binaan ayat untuk kata kerja berapitan meN-...-i. Oleh itu, binaan ayat, Dia amat merindukan akan ibunya adalah salah. Ayat yang betul ialah: a. Dia amat rindu akan ibunya.  b. Dia amat merindui ibunya  dan c. Dia amat merindukan ibunya. Perkataan merindukan dan merindui bermaksud rindu akan dan boleh diikuti dengan objek bernyawa. Kesimpulannya, tidak semua aspek tatabahasa bahasa Melayu dapat dipastikan betul atau salah melalui rumus.

Tatabahasa14.02.2011
Jangan jadi beremosi atau Jangan jadi emosi Which is correct?

Frasa yang betul ialah “Jangan beremosi”.

Tatabahasa07.01.2024
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emosi;