Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah betul nama alat yang digunakan oleh orang yang terseliuh, iaitu 'kain pembalut elastik'? | Mohon berikan terjemahan dalam bahasa Inggeris agar kami dapat memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi alat yang dimaksudkan. Hasil carian melalui Google menyatakan bahawa pembalut elastik perubatan digunakan bagi rawatan vena varikos untuk pemulihan selepas terkehel pergelangan kaki, dan kecederaan lain. | Istilah | 02.06.2021 |
1)Made of high quality and non-toxic materials. No rusting and sharp edges. 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tidak melindungi toksik. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Removable 2)Boleh ditanggalkan. 3)Elastic wire rope for easy to stretch. 3)Tali dawai elastik untuk mudah meregangkan. 4)Safe, smooth design with one-handed open or close. Strong clasp that is gentle on baby clothes. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan satu tangan. Cengkaman kuat tetapi lembut pada pakaian bayi. Sekian terima kasih :) | Terjemahan yang sesuai adalah seperti berikut: 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tanpa toksin. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Boleh ditanggalkan. 3)Tali dawai elastik yang mudah diregangkan. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan menggunakan sebelah tangan. Kancing atau cangkuk yang kuat tetapi selamat pada pakaian bayi. | Makna | 18.10.2018 |
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan. | Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti; 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata elastik |
|
|