Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ejaan JAWI untuk : PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRES Terima Kasih. | Ejaan Jawi bagi perkataan Perkhidmatan Penghantaran Ekspres ialah | Ejaan | 18.02.2021 |
Pertanyaan berhubung penggunaan tanda "-" sama ada dijarakkan atau dirapatkan dengan contoh-contoh seperti berikut: (i) Lebuh Raya Kuantan-Segamat atau Lebuh Raya Kuantan - Segamat? (ii) "...laluan penerbangan Kuala Lumpur-Singapura" atau ...laluan penerbangan Kuala Lumpur - Singapura"? (iii) perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur-Johor Bahru atau perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur - Johor Bahru? | Pengunaan tanda pisah (–) dalam ketiga-tiga contoh ayat yang diberikan perlu dijarakkan. | Tatabahasa | 30.11.2020 |
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas | 1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas. | Tatabahasa | 20.05.2010 |
Ejaan untuk : PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRESS Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRES | Ejaan | 16.02.2021 |
salam sejehtera 1. Ada berapa banyak orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut ? Adakah ayat tanya tersebut betul betul berdasarkan jawapan yang diberi seperti berikut; Sebanyak tiga puluh orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Ada berapa ramai orang yang terselamat dalam kemalangan tersebut? Jawapan yang betul ialah: Seramai 30 orang penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan tersebut.
| Tatabahasa | 21.08.2016 |
Minta bantuan ejaan jawi untuk 1) PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRESS 2) PUSAT INFOMASI | 1. PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRES = 2. PUSAT INFORMASI = | Lain-lain | 01.01.2020 |
Assalamualaikum, Saya bercadang menerbitkan Kumpulan Puisi yang pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah termasuk akhbar Berita Minggu,Mingguan Malaysia, Harian Ekspres Sabah, News Sabah Times, Jendela Selatan dan Majalan Dewan Sastera,Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Budaya. 2. Persoalannya: Siapakah pegawai Dewan Bahasa Pustaka yang boleh saya hubungi. Pohon pihak tuan dapat menyertakan alamat emel dan nombor telefon yang memudah saya hubungi. Sekian.Terima Kasih. ISMAIL BIN HASHIM 013-2279930 | Assalamualaikum Tuan Ismail Hashim Berhubung pertanyaan tuan bagaimana untuk menerbitkan buku puisi, saya mencadangkan tuan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Tuan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau melalui e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my). Pihak kami mengalu-alukan hasrat tuan untuk menerbitkan buku puisi dan saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Lain-lain | 02.05.2018 |
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya adakah musim tengkujuh dan bas ekpsres ialah kata majmuk? Terima kasih. | Musim tengkujuh dan bas ekspres merupakan kata majmuk. | Tatabahasa | 05.03.2023 |
Saya mencadangkan supaya pihak DBP dapat memberi nasihat kepada KTM Berhad berhubung penggunaan kosa kata "shuttle" seperti yang dilampirkan. Mungkin penggunaan kosa kata "ulang-alik" kurang sesuai. Adakah pihak DBP boleh mencadangkan kosa kata lain yang sesuai? | Frasa "Shuttle Timuran" dan "Shuttle Tebrau" merupakan nama laluan untuk perkhidmatan KTM yang didaftarkan. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah "Ekspres Tebrau" dan " Ekspres Timuran" atau "Kereta Api Tebrau" dan "Kereta Api Timuran". | Penyemakan dan penterjemahan | 17.07.2021 |
Bolehtak PosParcel digunakan sebagai nama produk? Nama ini digunakan untuk produk bungkusan. Nama PosBungkusan terlalu panjang. Parcel telah diterimapakai oleh semua orang. Kami juga ada produk registered mail, dinamakan PosDaftar dan PosEkspres untuk surat ekspres. | Sehingga hari ini perkataan 'parcel' atau 'parsel' masih belum diterima sebahagian daripada bahasa Melayu. Kata 'bungkusan' masih digunakan bagi padanan kata 'parcel'. | Istilah | 13.06.2009 |