Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sambil duduk-duduk di ruang tamu, ibu dan bapa berbual-bual______kerenah anak mereka. A tentang B mengenai C oleh D dengan mUNSYI, JAWABAN IALAH B, MENGAPAKAH A TIDAK SESUAI? | Jawapan B (mengenai) adalah betul kerana kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Contohnya: Mereka berbincang tentang masalah negara. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
Perkataan "berlepak-lepak" ada maksud tak? | Perkataan "berlepak-lepak" ialah bahasa basahan/percakapan yang merujuk perbuatan menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. | Makna | 22.03.2022 |
'duduk inding enggang tap' Mengenai baris pantun di atas, saya faham enggang ialah sejenis burung. Tapi apakah maksud perkataan 'inding' dan 'tap'? Apakah maksud baris tersebut keseluruhannya? Tolong jelaskan. Terima kasih. | Inding membawa dua maksud iaitu 1. mengawas dan memandang dgn harapan utk mendapat sesuatu, memasang telinga kerana hendak mendengar sesuatu (rahsia dll) 2. mengecek, meminta-minta (bkn kanak-kanak). Tap ialah sadap, toreh, ketukan, ulir dalam dan tamparan. Manakala untuk mendapatkan makna kesuluruhan rangkap sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 02.12.2008 |
Salam Sejahtera duduk di atas kerusi atau duduk di kerusi yang betul? Sekian | Frasa yang betul ialah duduk di atas kerusi | Lain-lain | 05.03.2012 |
Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. atau Ali duduk di antara Amin dan Aminah. yang mana satu betul? | Yang betul ialah - Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. | Tatabahasa | 10.10.2008 |
Frasa mana yang betul; 1. Duduk di antara dua sujud, atau 2. Duduk antara dua sujud | Frasa yang betul ialah "duduk antara dua sujud". | Tatabahasa | 09.01.2023 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. | 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang susunan kata kerja dalam ayat majmuk berikut: 1. Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok 2. Ayah membaca surat khabar sambil duduk di bawah pokok. Kekeliruannya ialah dengan perkataan 'duduk'. adakah susunannya dalam ayat majmuk no.2 betul? Terima kasih. | Sususan yang lebih gramatis ialah "Ayah duduk sambil membaca surat khabar di bawah pokok.". | Tatabahasa | 11.04.2013 |
adakah salah menggunakan SEMUA dan SEKALI dalam satu masa? contohnya.. sila duduk semua sekali | Ungkapan "Sila Duduk" telah memadai untuk semua kerana jika ada pengkhusus ungkapannya berbeza, seperti "Baris pertama hingga kelima, sila duduk". | Tatabahasa | 26.08.2016 |
Saya panas di sana jadi saya datang untuk duduk di sini. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Saya duduk di sini kerana di sana panas." atau "Di sana panas, jadi saya duduk di sini." | Lain-lain | 07.12.2022 |