Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'Preliminary Draft'? Adakah 'draf' atau 'draf awal' atau 'draf awalan' sesuai digunakan? Terima kasih. | Preliminary Draft boleh diterjemah kepada Draf Awal sama seperti Preliminary Study yang diterjemahkan kepada Kajian Awal. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.03.2014 |
Assalam, saya nak tanya, apakah perkataan yang betul untuk Draf ataupun deraf? Dan kalau draf merupakan perkataan yang betul, kenapa terdapat syarikat penerbitan akhbar yang masih menggunakan perkataan deraf? Adakah ia melibatkan laras bahasa yang digunakan? | 1. Ejaan yang betul ialah "draf". 2. Syarikat yang menggunakan ejaan "deraf" mungkin telah terbiasa dengan ejaan lama kata tersebut. 3. Tiada laras bahasa yang terkait. | Ejaan | 21.11.2024 |
1...dicadangkan untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undang Undang (RUU)... atau .dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam penggubalan draf Rang Undang Undang bagaimana ingin membezakan penggunaan ke dalam dan dalam? | Frasa yang betul ialah “….dicadangkan untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undang-undang”. Frasa "ke dalam" digunakan untuk kata nama atau frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya, seperti menyimpan kuih ke dalam bekas manakala “dalam” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak, seperti bertutur dalam bahasa kebangsaan. Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 285 untuk penerangan lanjut. | Tatabahasa | 12.05.2024 |
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan-perkataan ini: Prosedur atau Prosidur?? beserta atau berserta?? Draf atau Deraf?? | Ejaan yang betul ialah prosedur, berserta dan draf. | Ejaan | 06.12.2011 |
Salam... saya telah menyiapkan satu draf surat rasmi. sebelum dicetak saya ingin meminta pihak dbp utk menyemak surat tersebut dari segi tatabahasa dan format. bagaimana saya boleh hubungi pegawai tersebut. | Untuk makluman tuan/puan, DBP ada menyediakan perkhidmatan semakan dokumen rasmi. Untuk perbincangan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Encik Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan melalui e-mel azahari@dbp.gov.my | Lain-lain | 19.04.2017 |
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologi | Ejaan yang betul: 1. sepertimana 2. kuambil 3. draf 4. skim 5. pelaksanaan 6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri) 7. periuk 8. enjin 9. walaupun 10. kaset 11. professor 12. tragedi 13. televisyen 14. jawatankuasa 15. estetika 16. geran 17. logik 18. sambung 19. awet 20. batalion 21. psikologi Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my. | Ejaan | 22.12.2015 |
Ctfand Kahar Jul 8th, 11:49am Tuan, terima kasih atas perkongsian infografik kesilapan dan ejaan yang betul. Bagaimana pula dengan: draf atau deraf, mana satu yg betul? Mohon penjelasan Tuan. Terima kasih dan Selamat Berpuasa. | Terima kasih. Mohon jasa baik Tuan/Puan CtFand Kahar untuk menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari dalam apa-apa jua persoalan berkaitan bahasa Melayu (enjin carian makna (pada ruangan takrif), tesaurus, puisi, peribahasa, panduan ejaan (pada ruangan kata), jurnal. artikel, dan banyak lagi kemudahan yang disediakan DBP secara percuma. Merujuk kepada soalan Tuan/Puan boleh klik pada capaian yang berikut. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=draf | Istilah | 08.07.2015 |
Selamat Pagi, Dimohon khidmat nasihat untuk tajuk draf penulisan saya yang bertajuk : "Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dari Menghadiri Kuliah Tepat Pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia" Sekian, terima kasih, Penulis. | Tajuk ini boleh dibaiki seperti dua cadangan yang berikut: (1) Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Menghadiri Kuliah Tepat pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia. (2) Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia Menghadiri KuliahTepat pada Masanya. | Tatabahasa | 02.06.2014 |
Saya seorang Pembantu Tadbir yang sentiasa diarah untuk draf surat, memo, minit dan laporan oleh Pengarah. Sehubungan itu, boleh dapatkan senarai penuh singkatan nama dan juga gelaran yang digunakan kini bagi tujuan rasmi Jabatan saya seperti Buku Atur Cara Majlis dan surat rasmi. Terima kasih. | Sila rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi (Mokhtar Haji Mohd Tohar), terbitan DBP. | Lain-lain | 28.08.2014 |
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih | Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut. Laluan ke Presint3, Putrajaya Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260 Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah | Tatabahasa | 08.05.2012 |