Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
DOL SAID

Dol Said (17731849), Penghulu Naning yang

menentang pentadbiran British. Dol Said dari

keturunan suku Semelenggang. Dia memegang

jawatan tersebut dari tahun 1779 hingga tahun

1833.

UMUM
CHE' DOL

CHE DOL (1873-1948), ulama. Dia lahir di Menajong, Wilayah Patani. Nama Che Dol yang sebenarnya ialah Ismail bin Mustafa. Dia mula belajar di Pondok Haji Wan Abdul Kadir Bendang Jaya, Patani semasa berusia tujuh tahun. Dia meneruskan pelajarannya ke Pondok Tuan Minau, Sungai Dua Seberang Perai, Pulau Pinang. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah selama lapan tahun. Di Makkah, dia berguru dengan Syekh Ahmad Patani, seorang ulama terkenal yang mengajar di Masjidilharam.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HUSSAIN CHE' DOLHUSSAIN CHE DOL (1904-1967), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1904 di Kampung Gajah Mati, Pendang, Kedah. Dia menerima pendidikan agama di pondok ayahnya dan di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Chauk, Patani sebelum belajar di Makkah, tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana masalah kesihatan. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DOL RAMLI, TAN SRI

Dol Ramli, Tan Sri (1922-    ), tokoh penyiaran. Beliau juga adalah pencipta lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan penulis lirik lagu Tanah Pusaka.

KESENIANTokoh
OSMAN DOL

OSMAN DOL (1944- ), penulis. Beliau lahir pada 23 Disember 1944 di Bukit Balai, Durian Tunggal, Melaka. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Dugol. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Durian Tunggal dari tahun 1951 hingga tahun 1957. Beliau meneruskan persekolahan menengah dalam aliran Inggeris dengan memasuki kelas peralihan pada tahun 1958 di St. Francis Institution, Melaka hingga lulus Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1961.

SASTERATokoh
PERANG NANING

PERANG NANING, perang antara Naning dengan pihak British yang bertapak di Melaka.  Beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya konflik antara Dol Said, Penghulu Naning, dengan pihak British di Melaka, yang kemudiannya menyebabkan perang antara tahun 1831 hingga tahun 1832.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
KESATUAN MELAYU KEDAH

KESATUAN MELAYU KEDAH, persatuan politik konservatif nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Kedah pada tahun 1945. Antara pemimpin utama Ke­satuan Melayu Kedah termasuklah Haji Hussein Che' Dol, Ayub bin Abdullah, Abdul Hamid Abdullah, Senu Abd. Rahman, Omar bin Din dan Haji Muhamad Rejab Darus. Pada tahun 1946, ahli kesatuan seramai 5940 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dol