Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana satu betul: 'Sukacita dimaklumkan bahawa ...' atau 'Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ...' atau 'Dimaklumkan bahawa ...' | Penanda makluman yang betul ialah "Sukacita dimaklumkan bahawa..." dan "Dimaklumkan bahawa...". "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa..." sepatutnya "Sukacita dimaklumkan bahawa...". | Tatabahasa | 16.06.2009 |
Salam sejahtera. adakah frasa "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa" dan "Sukacitanya dimaklumkan bahawa" boleh digunakan dalam penulisan surat rasmi? Sekian, terima kasih. | Frasa Sukacitanya dimaklumkan bahawa dan Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa... adalah betul. Frasa pertama dalam bentuk ayat biasa (subjek + predikat), manakala frasa kedua dalam bentuk kata sendi nama/kata hubung pada pangkal ayat utama (subjek + predikat). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 16.01.2024 |
Saya ada satu kemusykilan. Ayat yang mana satukah yang betul; 1) Adalah dimaklumkan bahawa, 2) Adalah dimaklumkan, (Tanpa perkataan 'bahawa') Sekian, terima kasih | Ayat yang betul ialah Dengan ini dimaklumkan bahawa… Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu). Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha. | Tatabahasa | 13.05.2011 |
2. Dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan kuota warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji Film. Bolehkah saya menggunakan perkataan Dimaklumkan bahawa atau adalah dimaklumkan bahawa di hadapan ayat? dan sekiranya tidak boleh apakah ayat yang baik untuk digunakan bagi ayat diatas? | Frasa yang betul: - Dengan ini dimaklumkan bahawa unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.
- Untuk makluman tuan/puan, unit ini telah kehabisan toner warna untuk mencetak dokumen menggunakan mesin cetak Fuji.
| Tatabahasa | 17.10.2022 |
Saya ingin dapatkan kepastian mengenai penanda makluman yang betul sama ada "Sukacita dimaklumkan bahawa ..." atau "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ..." Saya pernah mengemukakan dua pertanyaan sebelum ini. Jawapan kepada pertanyaan yang pertama ialah "Sukacita dimaklumkan bahawa ..." manakala jawapan kepada pertanyaan yang berikutnya ialah "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ..." | "Sukacita dimaklumkan bahawa ..." dan "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ..." kedua-dua frasa ini adalah betul. Frasa pertama dalam bentuk ayat biasa (subjek + predikat), manakala dalam frasa kedua kata sendi nama/kata hubung pada pangkal ayat utama (subjek + predikat). Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 19.05.2011 |
1. Sukacita dimaklumkan BAHAWA Mesyuarat xxx pada xxx telah bersetuju ... atau Sukacita dimaklumkan Mesyuarat xxx pada xxx... 2. ADALAH dimaklumkan...atau ...Untuk makluman tuan/puan.. | Salam sejahtera, Puan, Frasa yang betul: 1. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat xxx 2. Untuk makluman tuan/puan... Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.07.2019 |
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan suffering and distress Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distres | Terjemahan yang bersesuaian bagi perkataan bahasa Inggeris 'suffering and distress' ialah penderitaan dan kesusahan. | Lain-lain | 17.08.2017 |
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan damage and injury suffered Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan kecederaan yang ditanggung berbanding perkataan kecederaan yang dialami 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan suffering and distress Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distres | 1. damage and injury suffered - kerosakan dan kecederaan yang ditanggung 2. suffering and distress - penderitaan dan kesusahan | Lain-lain | 14.08.2017 |
Dimaklumkan bahawa pihak kami telah memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi frasa damage and injury suffered pada 16.8.2017 dan dan pihak DBP pada 17.8.2017 telah mencadangkan terjemahan 'kerosakan dan mengalami kecederaan' bagi frasa tersebut. Walau bagaimanapun untuk makluman pihak DBP, terjemahan tersebut seolah-olah menggambarkan perkataan 'suffered' itu hanya terpakai untuk 'injury' sahaja. Untuk makluman, perkataan 'suffered' terpakai untuk kedua-dua 'damage and injury'. Jadi mohon pihak DBP dapat memberikan nasihat berkenaan perkara ini. Untuk makluman pihak DBP juga, berikut merupakan cadangan terjemahan oleh pihak kami sebelum ini: Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami. Adakah tepat menggunakan perkataan kecederaan yang ditanggung berbanding perkataan kecederaan yang dialami | Dalam data kami, suffer diterjemahkan kepada alami/mengalami. Melihat kepada konteks makna yang sesuai, kami bersetuju dengan cadangan ketiga, kerosakan yang ditanggung dan kecedraan yang dialami. Walau bagaimanapun kesesuaian ini perlu melihat konteks yang sebenarnya dalam bahasa sumber.
| Tatabahasa | 17.08.2017 |
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan damage and injury suffered Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan kecederaan yang ditanggung berbanding perkataan kecederaan yang dialami 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan suffering and distress Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distres | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud damage ialah kerosakan. Manakala injury suffered ialah mengalami kecederaan. Maka terjemahan yang sesuai bagi 'damage and injury suffered’ ialah kerosakan dan mengalami kecederaan. | Makna | 16.08.2017 |