Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Peribahasa ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
penggolongan kata bagi ayat ini... Pupus bahasa, pupuslah bangsa. Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, dalam ucapannya semasa merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 13 Oktober lalu. Kenyataan Muhyiddin tersebut ada kebenarannya. Hal ini demikian kerana jika sesuatu bahasa tidak lagi dipedulikan, lama-kelamaan dikhuatiri bahasa tersebut hanya menjadi bahasa jalanan yang digunakan oleh segelintir penutur. Sebenarnya, BBK yang diraikan setiap tahun bukan sekadar acara tahunan. Sambutannya merupakan kelangsungan perjuangan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, serta bahasa perpaduan di negara ini. Hakikatnya, obor perjuangan yang menyemarakkan bahasa Melayu tidak akan menyala sekiranya tiada usaha berterusan dijalankan."Pupus bahasa, pupuslah bangsa" ialah ungkapan umum yang sering diucapkan oleh pemimpin/tokoh bagi mengingatkan kita betapa pentingnya usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda dalam konteks ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin ialah bahasa Melayu, bahasa rasmi negara.Tatabahasa18.04.2012
Selamat malam! Manakah yang merupakan ayat yang betul. Sila juga menjelaskan kesalahan ayat yang lain, terima kasih! I Pusat beli-belah itu sungguh hingar-bingar dengan suara para pengunjung. II Menjadi pelajar terbaik sekolah merupakan hasrat hati Fiazal setelah sekian lama. III Usaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR akan dilakukan okeh Aizat sebaik-baik mungkin. IV Hajatnya yang setinggi gunung itu diluahkan abang kepada ayah pada malam itu.Ayat yang betul ayat II dan ayat IV. Ayat I perlu dipinda menjadi Pusat beli-belah itu hingar-bingar dengan suara pengunjung. Ayat IV menjadi Untuk mencapai kejayaan dalam PMR, Aizat akan berusaha sebaik mungkin.Tatabahasa25.07.2014
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diluahkan