Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TALI PUSAT

Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang

menghubungkan janin (bayi yang belum

dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat

mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri

membawa darah yang mengandungi hasil sisa

daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa

darah yang mengandungi oksigen dan bahan

makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila

bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali

pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen

bayi, dengan berhati-hati.

UMUM
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI

Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu

penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa.

Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh

kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini

mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi

yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi

udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan

atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes,

akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara

penyebab utama kematian di kalangan bayi

pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini

menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang

dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan.

UMUM
KRETINISME

Kretinisme ialah keadaan bayi yang dilahirkan

dengan otak yang tidak berkembang dan rangka

yang tidak terbentuk dengan sempurna.

UMUM
KEMBAR LIMA

Kembar lima ialah lima orang bayi yang dilahirkan

oleh seorang ibu pada masa yang sama. Kebanyakan

ahli sains percaya bahawa kehamilan kembar lima ini

berlaku hanya sekali dalam setiap 15 hingga 20 juta

kelahiran.

UMUM
SACHS, NELLY

Sachs, Nelly (18911970) ialah penyair dan

dramatis wanita Yahudi yang dilahirkan di Jerman.

Dia berkongsi Hadiah Nobel tahun 1966 dalam

bidang kesusasteraan bersama-sama penulis Israel,

Shmuel Yosef Agnon. Para hakim memberikan

penghormatan kepada Sach atas penulisannya

yang penuh bersemangat dan meyakinkan dalam

menggambarkan nasib Israel dengan amat

mengharukan. Kebanyakan puisinya membicarakan

penindasan dan kesengsaraan yang dialami oleh

orang Yahudi selama beratus-ratus tahun.

UMUM
MUHAMMAD III

Muhammad III (975 H.1012 H. /1567 M.1603 M.),

sultan ke-13 kerajaan Uthmaniyyah. Baginda

dilahirkan di Islambul (Istanbul) dan menaiki takhta

pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya

Sultan Murad III ibn Sultan Salim II pada tahun 1004

H./ 1595 M. Bondanya Safiyyah memainkan peranan

paling besar dalam pemerintahannya.

UMUM
ABDULLAH IBN AL-ABBAS

Abdullah ibn al-Abbas (3 S.H.68 H./

619 M.687 M.), anak saudara Rasulullah SAW yang

dilahirkan sebelum Hijrah dan tidak pernah

dicemari dengan unsur-unsur syirik. Nama

penuhnya ialah Abdullah ibn al-Abbas ibn Abd al-

Muttalib ibn Hisham, seorang sahabat besar yang

berasal dari Makkah.

UMUM
PERMATA KELAHIRAN

Permata kelahiran ialah permata yang dikaitkan

dengan sesuatu bulan bagi setahun. Menurut tradisi,

permata kelahiran membawa nasib yang baik kepada

orang yang dilahirkan pada bulan yang berkaitan

dengan batu itu. Setiap permata kelahiran juga

dihubungkan dengan tanda zodiak. Walau

bagaimanapun, tarikh lahir bagi setiap tanda tidak

serupa dengan permulaan dan akhir setiap bulan.

UMUM
MINERVA

Minerva ialah seorang dewi yang paling penting

dalam mitologi Rom purba. Dia merupakan anak

kesayangan Jupiter, raja segala dewa. Sebuah mitos

menceritakan tentang Minerva yang dilahirkan

daripada dahi Jupiter dalam keadaan sudah

membesar sepenuhnya dan lengkap berperisai.

Minerva menyerupai dewi Yunani yang bernama

Athena dan merupakan seorang dara sepertinya.

UMUM
MISWAR IBN MAKHRAMAH IBN NAUFAL

Miswar ibn Makhramah ibn Naufal,

sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Dia merupakan

anak kepada saudara perempuan Abd al-Rahman

ibn Auf yang dilahirkan dua tahun selepas hijrah.

Dia mengenali Rasulullah s.a.w. ketika masih kecil

dan telah pergi ke Madinah selepas pembukaan

Kota Makkah pada tahun lapan Hijrah. Dia selalu

mendampingi Khalifah Umar ibn al-Khattab dan

digolongkan di kalangan para sahabat sebagai ahli

fiqh. Dia turut menyertai penaklukan Afrika pada

tahun 27 Hijrah bersama Abdullah ibn Saad ibn

Abi as-Sarh. Ketika peristiwa pengepungan

Makkah yang pertama, dia memihak kepada

Abdullah ibn Al-Zubayr dan terbunuh di sana.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilahirkan