Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Cikgu, apakah beza antara "lahir" dengan "dilahirkan"? Minta lihat dua ayat ini. 1. Pungut lahir pada tahun 1957. 2. Pungut dilahirkan pada tahun 1957. Ada perbezaankah antara dua ayat?Kedua-dua perkataan "lahir" dan "dilahirkan" boleh digunakan dalam ayat tersebut. 1. Pungut lahir pada tahun 1957. 2. Pungut dilahirkan pada tahun 1957.Tatabahasa14.03.2015
Anak saya buat ayat yang berbunyi "Saya warganegara Malaysia kerana saya dilahirkan di Malaysia." Guru Bahasa Melayu membetulkan 'dilahirkan' kepada 'melahir'. Saya rasa kurang tepat. Saya mohon penjelasan dan pengesahan. Terima kasih.Ayat tersebut betul, menggunakan perkataan dilahirkan dan bukannya melahir. Sila beri ayat yang lengkap yang menggunakan perkataan melahir.Tatabahasa14.07.2010
Perkataan "Budaya Peranakan" dan "Budaya Baba Nyonya" adakah membawa maksud yang sama?Budaya peranakan ialah keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. Manakala budaya baba nyonya pula ialah 1. segolongan kaum Cina di Malaysia (yg kebanyakannya terdapat di Melaka) yg bertutur dlm bahasa Melayu dialek Baba sbg bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang Melayu: berketurunan Baba; Baba Melaka; 2. orang lelaki yg berketurunan Baba: Baba dan Nyonya.Makna21.06.2010
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dilahirkan oleh DBP pada tahun 1979. PPM terus memberikan perkhidmatan terjemahan dari dan ke dalam pelbagai bahasa modern serta khidmat nasihat terjemahan. Kursus Penterjemahan PPM-DBP pula telah dimulakan sejak tahun 1984 lagi. Justeru, pihak Urus Setia memohon agar aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan oleh PPM turut dikongsi bersama dengan mengaitkan laman web PPM : www.ppm-mta.org kepada laman web DBP. Terima Kasih, Urus Setia.Untuk makluman puan, pihak kami telahpun menyediakan capaian kepada Laman Persatuan Penterjemah Malayia (PPM) sejak tahun 2006 dalam laman web utama DBP. Capaian kepada laman ini boleh dicapai di Rakan Web (http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=63) di bawah perkara Maklumat Umum di sebelah kiri laman web rasmi DBP.Lain-lain27.10.2009
1. Dato Lee Chong Wei atau Datuk Lee Chong Wei? 2. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang atau di Perak?YBhg. Datuk Lee Chong Wei. Untuk maklumat peribadi beliau sila semak melalui akhbar atau majalah yang menyiarkan tentang latar belakangnya.Tatabahasa23.08.2016
mana ayat yang betul dari segi bahasanya. 1) Putera Bongsu raja itu dilahirkan di ... 2) Putera bongsu raja itu diputerakan di ... adakah huruf 'b' pada perkataan bongsu itu huruf kecil atau huruf besar?Sekiranya Bongsu merupakan nama putera tersebut, huruf 'b' ditulis dengan huruf besar 'Bongsu'. Walau bagaimanapun, sekiranya bongsu merujuk kepada anak yang paling muda (kedudukan anak dalam keluarga) huruf 'b' ditulis dalam huruf kecil 'bongsu'.Ejaan30.03.2011
Siapakah penulis yang menggunakan nama pena APAM?Abang Patdeli Abang Muhi. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak dan menulis dalam genre skrip drama dan cerpen. Sekarang beliau bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di DBP Kuala Lumpur.Lain-lain12.11.2007
tahun sebelum masihi dan tahun masihi.Tahun masihi dihitung dari tarikh Nabi Isa dilahirkan dan tahun sebelum masihi ialah tahun sebelum peristiwa kelahiran nabi Isa.Makna12.02.2009
diputrakan /diputrikan adakah diputerikan untuk perempuan?diputerakan -lahirkan lelaki diputerikan - tidak oleh digunakan, guna dilahirkan sahajaLain-lain03.04.2007
Soalan :Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul atau Salah] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul atau Salah] Jika salah, tolong berikan penjelasan. Terima kasih.Ibu melahirkan seorang anak kelmarin.
Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul]
Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa24.10.2015
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilahirkan