Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Adakah penggunaan "belaka" dalam ayat-ayat di bawah betul? Ayat yang manakah salah? a) Kain yang dijual di situ cantik-cantik belaka. b) Kain yang dijual di situ cantik-cantik. c) Kain yang dijual di situ cantik belaka.Ayat yang gramatis ialah kain yang dijual di situ cantik-cantik dan kain yang dijual di situ cantik belaka. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sebelumnya.Tatabahasa26.09.2012
Penggandaan kta nama dan kata adjektif boleh digunakan bersama? Ayat-ayat di bawah mana sesuai diguna 1. barang-barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 2. Barangan yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 3. Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 4. Barang-barang yang dijual di kedai itu mahal belakaJawapan yang paling tepat ialah "Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka", kata nama (barang) tidak perlu dijamakkan kerana ada pernyataan yang telah menunjukkan jamak (belaka).Tatabahasa01.09.2009
Dalam ayat ini, "Baju-baju yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka." sudah salah. Ayat yang manakah betul? 1. Baju yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka. 2. Baju-baju yang dijual di kedai itu mahal belaka.

Ayat 1 dan 2 betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 239.

Tatabahasa27.06.2010
Ayat berikut yang mana betul 'dengan' atau 'pada'. 1. Bayi itu dijual dengan harga RM6,000 kepada pasangan... 2. Bayi itu dijual pada harga RM6,000 kepada pasangan...Ayat yang betul ialah "Bayi itu dijual pada harga RM6,000 kepada pasangan ...".Tatabahasa19.04.2012
Motosikal tersebut dijual tanpa mengambil keuntungan atau untung? Masa bila nak letak imbuhan apitan ke....an?

Dalam contoh ayat yang diberikan, kedua-dua perkataan iaitu untung dan keuntungan betul.

Apitan ke-...-an boleh digunakan dalam dua keadaan, iaitu:
1. Bergantung pada konteks ayat.
2. Untuk memerihalkan sesuatu keadaan. Contohnya perkataan keuntungan yang merupakan  perihal beruntung.

Tatabahasa29.03.2021
BERDEKATANMerujuk lampiran notis yang diberi oleh pihak tuan/puan, sila buat pembetulan berdasarkan cadangan daripada pihak kami seperti yang berikut:

TANAH LOT UNTUK DIJUAL (rapatkan ejaan DIJUAL)
1. DI KAWASAN BETING TINGGI.
2. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN INDUSTRI.
3. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN.
4. BERDEKATAN DENGAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI UITM
5. BERDEKATAN DENGAN JARINGAN LEBUH RAYA BAHARU.
6. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERKAMPUNGAN.
7. BERDEKATAN DENGAN PEKAN KUALA PILAH.
8. BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS SEPERTI KLINIK KESIHATAN, BALAI RAYA, STESEN MINYAK, MASJID DAN LAIN-LAIN.
9. KELUASAN DARIPADA 5150 KPS.
10. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS.
11. GERAN INDIVIDU
12. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS.

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI:XXX

Jika pihak tuan/puan ingin mendapatkan pengesahan bahasa berkenaan iklan ini, sila layari laman web www.dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan seperti di atas setelah pembetulan dilakukan.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain24.01.2018
Salam sejahtera DBP Saya ingin yang mana satu daripada ayat-ayat di bawah ini yang tepat. (a) Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap-sedap belaka. (b) Makanan yang dijual di Restoran Mamat sedap belaka. Terima kasih.Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap-sedap belaka. (Ayat ini betul.) Penerangan: Pengandaan kata dilakukan untuk menghasilkan makna-makna tersendiri, antaranya ialah kejamakan subjek kata sifat berkenaan, contohnya: besar-besar (Durian di dusunnya besar-besar belaka), sedap-sedap (Makanan di restoran Mamat sedap-sedap belaka), kaya-kaya (Penduduk Taman Harta ini kaya-kaya belaka). (Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kata Adjektif Ganda, hlm. 239 dan Nahu Melayu Mutakhir, Gandaan Asal, hlm. 274 – 278.Makanan yang dijual di restoran Mamat sedap belaka. (Ayat ini betul.) Penerangan:  Perkataan Makanan bermaksud jamak, belaka bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali; oleh itu tidak perlu menggandakan perkataan sedap.Tatabahasa18.05.2011
Barang yang dijual di situ adalah pelbagai/ kepelbagaian. Mana satu yang betul?Ayat yang gramatis, pelbagai barang dijual di situ.Makna06.05.2017
Salam, bolehkah nilai harga 70 sen ditulis begini? 1. Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga tujuh puluh sen seketul. Atau, adakah perlu ditulis tanpa menggugurkan perkataan 'Ringgit Malaysia'? 2, Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70 seketul. Apakah alasannya? Terima kasih.

Mengikut buku Gaya Dewan, DBP menetapkan untuk menyatakan jumlah ringgit dan sen, gunakan lambang ringgit Malaysia (RM) dan eja perkataan sen. Cara penulisan yang betul adalah seperti yang berikut:

(i)          Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga 70 sen; atau

(ii)           Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70.

Tatabahasa21.05.2014
Orang asli dari tanah tinggi Cameron () tikar untuk dijual Amenenun Bmenjahit Cmenyulam Dmenganyam Mana satu yang betul Terima kasihAyat yang betul ialah "Orang asli dari tanah tinggi Cameron menganyam tikar untuk dijual."Lain-lain22.03.2022
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijual

Puisi
 

Nanas dijual di pasar niaga,
     Ramai orang datang membeli;
Emas perak perhiasan dunia,
     Budi bahasa perhiasan diri.



Lihat selanjutnya...