Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bila buku teks tahun 1 bagi kegunaan tahun 2017 akan mula diedarkan?Selamat ptg.

Buku teks Tahun 1 telah mula diedarkan dan akan sampai di semua tempat pada bulan Disember 2016. Terima kasih
Lain-lain16.11.2016
Apakah maksud perkataan "dikeluarkan oleh"? adakah perkataan ini membawa maksud diperbuat oleh ataupun diedarkan oleh atau sebaliknya...Dikeluarkan oleh boleh membawa maksud diperbuat oleh, walau bagaimanapun diedarkan oleh tidak membawa maksud diperbuat oleh.Makna05.07.2007
Skema jawapan sudah diberikan guru kepada pelajar setelah kertas jawapan diedarkan.(BETULKAH AYAT INI?KALAU ADA SALAH TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.)Ayat "Skema jawapan sudah diberikan guru kepada pelajar setelah kertas jawapan diedarkan" betul.Tatabahasa29.07.2012
Apakah perbezaan antara surat edaran, pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan?Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengetahuan umum dan surat pekeliling atau surat pekeliling perkhidmatan ialah surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum (atau untuk tindakan pihak-pihak tertentu.Makna25.09.2019
1. Saya adalah Setiausaha PIBG yang baru. Pada mesyuarat kali pertama yang lalu saya telah ditanya tentang minit mesyuarat AJK PIBG. Soalan saya, adakah perlu diedarkan minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan kerana mesyuarat baru-baru ini adalah yang kali pertama. 2. Adakah sah laku sesuatu pekeliling kementerian yang tidak ditandatangani tetapi hanya terdapat nama sahaja.

Minit mesyuarat hendaklah diedarkan pada setiap kali mesyuarat tersebut diadakan walaupun saudara/ saudari setiausaha yang baru. Soalan ke-2, tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan. Harap maklum.

Tatabahasa26.07.2008
Buku teks Bahasa Melayu tahun 6 telah diedarkan kepada murid-murid tetapi buku panduan bagi guru yang hendak mengajar mata pelajaran tersebut tidak dihantar. Ada atau tidak buku panduan guru pada tahun iniBuku Panduan Guru (BPG) Bahasa Malaysia Tahun 6 dihantar ke setiap sekolah sebanyak enam naskhah. Sila rujuk pihak pentadbiran sekolah atau Guru Besar yang berkenaan. Sekiranya sekolah tidak menerimanya, sila tulis surat kepada pihak Ketua Bahagian Buku Teks, Dewan Bahasa dan Pustaka, agar pihak kami dapat menguruskan penghantaran buku tersebut.Lain-lain11.01.2008
Assalamualaikum, Dalam format baru penulisan minit mesyuarat yang diedarkan untuk sekolah; istilah untuk agenda1 telah ditukar dari 'Ucapan Pengerusi' kepada ' Perutusan Pengerusi'. 1. Adakah istilah 'perutusan' lebih tepat penggunaannya? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ' perutusan'? Terima kasih.Menurut data kami, maksud perutusan ialah ucapan orang-orang besar pada hari-hari yang penting; pesanan. Oleh itu, istilah "perutusan pengerusi" tidak sesuai digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perutusanLain-lain15.12.2015
Apakah maksud terperinci dan perbezaan maksud di antara: 1.Pekeliling Kerajaan (PKPA) 2.Surat Pekeliling Kerajaan 3.Surat edaran 4.garis panduanPekeliling kerajaan dan surat pekeliling ialah perkara yang sama, iaitu surat rasmi tentang sesuatu perkara yang diedarkan untuk pengetahuan umum. Surat edaran ialah surat yang diedarkan untuk pengtahuan umum seperti yang lazimdiedarkan dalam sesebuah organisasi. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dan sebagainya) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan.Makna31.12.2012
Salam, Saya ingin menulis artikel berkaitan MEB/ MBE untuk buletin yang akan diedarkan kepada jabatan-jabatan kerajaan Wilayah Selatan. Memandangkan istilah ini kata nama khas, mohon bantu saya pengesahan dari aspek penggunaan istilah yang betul sama ada: i. Model Ekonomi Baru ATAU Model Baru Ekonomi ii. Model Ekonomi BAHARU/ Model BAHARU Ekonomi ATAU yang betul salah satu para (i) Mohon kepastian segera daripada pihak tuan. Terima kasih.Istilah yang betul Model Ekonomi Baru.Istilah18.04.2011
Huraian Circular Resolution ialah didalam mendapatkan kelulusan dari Ahli Lembaga Pengarah dimana resolusi diatas sesuatu perkara diedarkan untuk persetujuan lembaga Pengarah. Ini dilakukan dimana mesyuarat lembaga pengarah tidak dapat diadakan dan keputusan lembaga pengarah diperlukan. Mohon pencerahan bagi istilah penggunaan di dalam Bahasa Melayu bagi Circular Resolution. Terima kasih.Berdasarkan penerangan yang diberikan, kami berpendapat istilah bahasa Melayu yang sesuai ialah usul edaran.Istilah30.05.2016
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diedarkan