Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KAWASAN HIJAU

Kawasan hijau di United Kingdom, ialah

kawasan tanah berhampiran dengan bandar, yang

tidak dibenarkan dibina bangunan kecuali dalam

keadaan tertentu.

UMUM
EDAHEdah iaiah satu tempoh yang dihabiskan oleh seseorang perempuan selepas dijatuhi talak atau kematian suami. Sepanjang tempoh ini dia tidak dibenarkan berkahwin dengan orang lain.UMUM
PYRAMUS DAN THISBE

Pyramus dan Thisbe adalah sepasang kekasih

dalam legenda purba. Pyramus dan Thisbe hidup

berjiran di Babylon. Mereka jatuh cinta, tetapi

ditentang oleh ibu bapa kedua-dua pihak. Mereka

tidak dibenarkan berkahwin ataupun bergaul

sesama sendiri. Mereka terpaksa bercakap

melalui rekahan dinding di antara rumah mereka.

UMUM
NAGASAKI

Nagasaki (pend. 444 599) ialah sebuah bandar di

Jepun yang mempunyai hubungan yang paling

lama dengan orang Barat. Pelabuhannya telah

dibuka kepada perdagangan asing pada tahun

1571. Selepas tahun 1637, ia merupakan satu-

satunya pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada

orang Barat untuk tujuan perdagangan. Pedagang

Belanda dibenarkan untuk membina pos

perdagangan di pelabuhan ini dan sebuah kapal

Belanda dibenarkan berhubung dengan pos

tersebut sekali dalam setahun. Pada tahun 1857,

Nagasaki merupakan salah satu daripada enam

pelabuhan di Jepun yang dibuka kepada pedagang

asing.

UMUM
SALVAJ

Salvaj ialah wang atau barangan yang dibayar

kepada sesiapa yang menyelamatkan kapal atau

kargo yang ditinggalkan di laut. Bantuan yang

diberikan kepada kapal yang berada dalam

keadaan kecemasan atau bahaya dikenali sebagai

perkhidmatan salvaj. Salvaj dibenarkan bagi

tindakan yang dilakukan di laut lepas tetapi di

sesetengah negara, mahkamah juga membenarkan

salvaj kerana menyelamatkan barangan, kapal, atau

hidupan di perairan pedalaman.

UMUM
SAINT-SIMON, COMTE DE

Saint-Simon, Comte de (17601825) ialah

pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah

menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia

berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru

yang semua orang bekerja dan akan menerima

ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa

dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua

individu akan memulakan kehidupannya atas

dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan

teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi

kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik.

UMUM
BIGAMI

Bigami ialah perbuatan salah yang dilakukan

oleh lelaki atau wanita dengan berkahwin dua

(atau lebih) pada satu masa. Di beberapa negara,

berkahwin lebih daripada seorang pada satu masa

dibenarkan.

UMUM
RIBA

Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi,

yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di

sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj

faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar

maksimum yang sah di sisi undang-undang.

Orang perseorangan atau institusi yang

mengenakan kadar yang lebih daripada yang

dibenarkan di sisi undang-undang dikenali

sebagai pemakan riba .

UMUM
PULAU MACKINAC

Pulau Mackinac (pend. 479) ialah sebuah pulau

di selat Mackinac (Michigan utara, Amerika

Syarikat (lihat Michigan ). Pulau ini meliputi

kawasan seluas lebih kurang 10 kilometer persegi.

Orang Asli Chippewa menamakan pulau ini

sebagai Michilimackinac, yang biasanya bererti

Semangat Tinggi atau Penyu Besar . Bandar di

pulau Mackinac terletak di bahagian tenggara.

Kereta tidak dibenarkan dibawa ke pulau ini. Feri

menghubungkan pulau ini dengan tanah besar.

Lumba kapal layar di air tawar yang terpanjang di

dunia dari Chicago ke Pulau Mackinac diadakan

pada setiap bulan Julai.

UMUM
LHASA

Lhasa (pend. 105 866) ialah bandar suci dan ibu

negara Tibet. Orang Tibet menganggap kuil di

bandar itu suci. Dalai Lama, seorang pemimpin

agama dan pemerintah Tibet yang dibuang negeri,

tinggal di Lhasa sehingga tahun 1959. Pada tahun

itu, dia tinggal dalam buangan di India bersama-

sama pengikutnya selepas pemberontakan di Tibet

menentang golongan Komunis China menemui

kegagalan. Sehingga tahun 1904, orang Eropah

tidak dibenarkan masuk ke Lhasa, dan kadangkala

Lhasa dikenali sebagai Kota Larangan.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibenarkan