Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
PERKATAAN SALINAN DIAKUI SAH ATAU SALINAN DISAHKAN BETUL MAKNANYA SAMA ATAU SEBALIK NYA DAN BERI MAKNA PERKATAAN TERSEBUT DAN PERKATAAN YANG MANA SATU BOLEH DIGUNAKAN UNTUK DICOP DISALINAN2 SURAT

Salinan disahkan betul lebih tepat dalam konteks yang saudara maksudkan. Salinan diakui sah jika menurut peraturan yang ditetapkan dan salinan disahkan betul jika sama seperti dokumen asal. 

Tatabahasa05.02.2009
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima.Makna13.11.2015
maksud perkataan 'autoritatif'

Saudara,

Perkataan autoritatif bermaksud 1. diiktiraf (diakui, diterima) sbg yg benar atau yg boleh dipercayai dan dijadikan pegangan: pd umumnya kecekapan sesuatu bahasa itu terpancar dlm kamus yg ~ dlm bahasa yg berkenaan; makalah yg ~ tentang masalah yg dihadapi peniaga-peniaga kecil; 2. (penuh) berkuasa, berwibawa. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna03.10.2009
apakah yang dimaksudkan dengan lirik?

Lirik pada umumnya merupakan segala bentuk puisi ynag diakui oleh kebanyakan penyair sebagai yang mempunyai unsur-unsur (antara lainya) subjektiviti, imaginasi, melodi dan emosi; dan berdasarkan unsur-unsur tersebut, lirik lebih merupakan suatu gaya penulisan puisi - bukan suatu bentuk puisi.

Dalam perkembangan penulisnya, pelbagai jenis pengucapan yang berunsur lirik telah dapat dikenal. Sebagai contoh: soneta, oda, balada dan  elegi adalah antara beberapa variasi pengucapan lirik yang berlainan dilihat dari sudut bentuk, persoalan dan mood. Kadang-kadang lirik dicipta untuk dinyanyikan, lantaran bentuknya yang penuh berirama, bermelodi dan mengandungi unsur-unsur emosi penyair atau penciptanya.  

Sekian dan salam.    

Lain-lain16.04.2009
Salam DBP, Saya nak tahu, adakah penggunaan istilah bahasa Inggeris yang tiada erti yang sesuai; seperti "Arrondissement"? (juga diakui oleh ahli sastera bahasa Inggeris sendiri bahawa tiada maksud sesuai bagi istilah bahasa Perancis "adism") Secara kasarnya bermaksud "daerah", lebih etimologi tepat, tetapi kurang kiasan, definisi akan menjadi '''kepungan''', dari bahasa Perancis ''arrondir''. Tetapi oleh kerana Perancis sendiri terlalu banyak pembahagian (daripada bahagian arrondissement, dibahagikan lagi menjadi komun dan kanton), istilah "daerah" atau "mukim" tidak sesuai kerana maksudnya lari dan tidak sesuai dengan perkataan harian Bahasa Melayu. Jadi adakah saya boleh menggunakan istilah "Arrondissement" secara terus dari BI untuk menyatakan maksud pembahagian kuasa kawasan di Perancis, kerana BM juga belum ada istilah sesuai untuk istilah tersebut? (Komun dan kanton mudah untuk ditranslisasikan daripada BI, "Commune" dan "Canton") Dan begitu juga perkataan lain yang masih belum ada terjemahan BM, bolehkah saya translisasikan sahaja perkataan yang tiada maksud dalam BM, jika boleh?Soalan ini akan dipanjangkan  kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasihLain-lain16.06.2017
Saya ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan tidak sahih dengan tidak berasas. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas.
Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat dalam perkataan.
Tatabahasa30.04.2013
Saya ingin bertanya maksud perkataan: 1. Tidak sahih 2. Tidak berasas Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas.
Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat.
Makna30.04.2013
apa bezanya antara 'pidato' dan 'ucapan'? bolehkah saya kata 'pidato sambutan'?

 

 .Pidato ialah  ucapan yg disampaikan kpd khalayak ramai: lebih drpd itu ia dapat juga diakui sbg seorang ahli ~ yg mempunyai bakat istimewa; 2. ark ceramah yg membicarakan sesuatu perkara; berpidato menyampaikan pidato: dia memang sudah biasa ~; kemahiran ~; mempidatoi memberi pidato kpd, berpidato kpd: aku ~ perkumpulan pemuda pd waktu malam; mempidatokan membincangkan dlm pidato; pemidato orang yg berpidato.

Ucapan pula bermaksud  -  apa yg diucapkan, perkataan (kata-kata) yg diucapkan: aku seolah-olah terpesona dgn segala ~nya itu; 2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan: ~ setiap kata haruslah jelas; 3. syarahan, pidato: dia telah memberi suatu ~ pendek; 4. kata-kata yg mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dll), kata-kata yg menyatakan terima kasih dll: Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kpd Presiden India; 5. = ~ bahasa sj peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan;

Melihat kepada keterangan yang diberikan kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Cuma tajuk yang diperkatakan sahaja yang dapat memberikan gamabaran sama ada ia berbentuk syarahan atau berpidato.

Makna19.02.2010
Apa beza diantara wang dan duit, contoh dalam enakmen wakaf selangor ada ditakrifkan istibdal wakaf bahawa ianya bermaksud : ((menggantikan suatu harta wakaf dengan harta lain atau wang yang sama atau lebih tinggi nilainya...)) maka adakah perkataan WANG di dalam takrif ini membawa maksud DUIT, atau ia lebih umum dari perkataan DUIT ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wang ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah manakala duit ialah kepingan logam (daripada emas, perak, tembaga dll.) yang dicap menjadi syiling, atau kertas yang dicap dengan nilainya sekali yang diterima atau yang diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu.
Dalam konteks wakaf seperti yang dinyatakan dalam soalan, berkemungkinan wang yang dimaksudkan ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, dengan maksud yang lebih umum daripada maksud duit.
Makna12.05.2020
munsyi, menurut Tatabahasa Dewab edisi ketiga dikatakan dipersetujui dan diperakui tidak digunakan, namun saya medapat cari kedua-dua perkataan ini dalam kamus dewan edisi keempat, saya memang kekeliruan. Harapkan munsyi dapat terangkan .. TQBerdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Oleh itu, bentuk yang gramatis ialah diakui atau diperakukan dan disetujui. Tatabahasa12.02.2012
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diakui