Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Berikan contoh-contoh perkataan sanskrit. Bincangkan. | Contoh perkataan Sanskrit ialah anugerah, bahagia dan derhaka. Apakah yang dimaksudkan dengan "bincangkan"? Sekiranya ini merupakan tugasan di institusi pendidikan tuan/puan, sila buat rujukan melalui bahan bacaan seperti Kamus Dewan Perdana, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan buku-buku lain yang berkaitan. Tuan/puan juga boleh membuat carian melalui Internet bagi membantu tuan/puan menyelesaikan tugasan tuan/puan. | Lain-lain | 29.08.2023 |
Kalau ayat di bawah ini lebih tepat guna patik atau hamba.... "Biarlah______________ yang menentang Hang Jebat yg derhaka itu," kata Hang Tuah kepada Bendahara Tun Perak. | 'Hamba' digunakan apabila bercakap dengan 'tuan' atau orang yang lebih rendah tarafnya daripada sultan/raja. Dalam konteks Hang Tuah kepada Bendahara Tun Perak, kata ganti diri nama diri pertama "hamba" digunakan. | Tatabahasa | 12.03.2014 |
Selamat sejahtera tuan/puan, Mohon pengesahan ejaan dan ayat betul bagi perkataan berikut: 1) Huruf hijaiyah / huruf hijaiyyah 2) Bertalaqqi / bertalaqi / bertalaki 3) Menderhaka kepada ibu bapa / derhaka kepada ibu bapa Situasi: Kita dilarang menderhaka kepada ibu bapa Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah huruf hijaiyah, bertalaqi dan menderhaka kepada ibu bapa. | Tatabahasa | 16.11.2020 |
Apakah maksud perkataan terguris ? | Ejaan yang betul ialah tergores. Mengikut Kamus Dewan, tergores bermaksud tergaris, tercorek; tergores dalam hati, terlintas dlm hati, terfikirkan: tidak tergores dalam hatiku derhaka kepadanya. | Makna | 20.06.2014 |
Saya kareemah ka'do. Sedang berlajar Universiti fatoni kelas dasar ingin bertanya : tentang asal usul perkataan "kedurjanaan" apakah artinya dan contoh dalam Ayat. Terima kasih | Kata durjana mempunyai 2 maksud iaitu, 1. jahat dan 2. derhaka. kerdurjaan ialah perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian, contoh ayat: kekotoran dan kedurjaan hatinya sudah pun terdedah. | Makna | 25.09.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata derhaka |
|
Puisi |
---|
|
Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka.
Lihat selanjutnya... |
|