Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sampan bertambah depan pelantar, Hendak dipakai tidak berdayung; Badanlah penat menahan sabar, Hendak bercerai awaklah ompong.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sirih puan depan tangga, Menyambung datang orang marhaban; Tanya puan dijawab duka, Bunga di jambangan telah kepunyaan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nak rebut rebutlah selasih, Jangan direbut di depan tangga; Nak rebut rebutlah kasih, Jangan direbut di depan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang selasih di depan puan, Tidak niat hendak kupakai; Hatiku kasih padamu puan, Sikit tak ingat hendak kucerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Ayam todak sendiri batang, Sorok menyorok depan perahu; Abang hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh saya tak mahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak itik terenang-renang, Renang mari depan perahu; Kita juga terkenang-kenang, Orang jauh tak ambil tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tupai mengusik bunga durian, Durian berbuah di depan rumah; Tidak menyesal hari kemudian, Supaya badan tidak punah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Budak-budak memakan tebu, Tebu ditanam di depan kota; Duduk termenung di muka pintu, Terkenang kekasih jauh di mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Zaman silam sudahlah lampau, Kita memandang ke masa depan; Siang dan malam berasa risau, Kakilah goyang kepala beruban.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata depan

Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.



Lihat selanjutnya...