Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam Tuan/Puan, Menurut Kamus Dewan (2004), "denai" merujuk kepada jejak binatang di hutan (semak, belukar dll). Saya kurang pasti sama ada "denai" juga boleh digunakan bagi merujuk jalan-jalan kecil di dalam hutan. Atau ada apa-apa perkataan yang lebih sesuai bagi merujuk lorang/jalan-jalan kecil yang berliku-liku di dalam hutan/belukar? Sekian, terima kasih.Seperti yang tuan maklum, denai ialah jejak binatang. Ada beberapa perkataan yang boleh kita gunakan bagi merujuk jalan kecil atau lorong di dalam hutan seperti jalan serap yang bermaksud jalan kecil yang hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui) dan rintisan, iaitu jalan kecil yang baru dibuka dalam hutan.Istilah05.11.2012
Tuan, Kami ingin mendapatkan pandangan berkaitan istilah berikut, merujuk kepada tajuk yang bakal diberikan kepada penerbitan kami kelak. Adakah kombinasi perkataan bagi tajuk-tajuk tersebut memberi makna dan penggunaanya betul? i. JEJAK WARISAN ii. DENAI BENTALA iii. 3 DEKAD: JEJAK DAN DENAI BENTALA iv. 3 DEKAD: DENAI NADI DAN JIWA Terima kasih kerana membantu.Frasa Jejak  Warisan dan Denai : Nadi dan jiwa adalah betul. Namun, dalam data PRPM, perkataan bentala tidak mempunyai makna.Lain-lain19.02.2013
mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama

Sawah bendang,  pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama).

 

Lain-lain05.10.2009
Mohon Penterjemahan istilah "Forest Trails" dan "activation spaces" dalam konteks pengaktifan taman awam.Kami mencadangkan  "forest trails" dan "activation spaces" diterjemahkan sebagai "denai hutan" dan "kawasan pengaktifan", bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2020
Saya mencari maksud perkataan "rentis". Setelah membuat carian di carian kata, tiada maksud bagi perkataan rentis. Perkataan ini telah digunakan terutamanya bagi kata nama khas seperti Rentis Gunung Tahan di Taman Negara Pahang, Merapoh sebagai nama denai yang digunakan menuju ke puncak Gunung Tahan. Begitu juga tiada maksud bagi perkataan "merentis", perkataan yang sering digunakan untuk mewakili perbuatan membuka laluan baharu di dalam kawasan hutan. Saya mohon pencerahan. Terima kasih.

Tiada perkataan rentis dan merentis seperti yang dinyatakan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan perkataan yang paling hampir dengan konteks tersebut ialah rintis dan merintis. Rintis bermaksud jalan kecil yang baru dibuat di dalam hutan, manakala merintis pula bermaksud menerangi hutan (dengan menebangi kayu-kayuan dan lain-lain) untuk membuat jalan dan memancang tanah yang akan dibuat jalan.

Makna23.12.2022
Kami ingin memodenkan perkataan 'Latisan' dari Bahasa Malaysia kepada Latisa sebagai nama yang neutral dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris, bagi tujuan penamaan perusahaan kawasan komersial di Kulai, Johor Bharu. Adakah nama tersebut tepat/ dibenarkan/ sesuai?Dalam Kmjus Dewan Edisi Keempat, "latisan" bermaksud denai atau jalan dalam hutan atau rintisan. Berdsarkan maksud tersebut, kami berpendapat "latisan" tidak sesuai digunakan untuk penamaan sebuah kawasan komersial. Kami berharap pihak tuan memilih nama lain yang lebih sesuai dan mempunyai ciri keindahan bahasa Melayu. Nama yang diberikan boleh diambil daripada perkataan yang berunsurkan alam tempatan seperti tumbuh-tumbuhan, hasil bumi dan sebagainya. Makna05.12.2016
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denai