Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SERANGGA

Serangga ialah haiwan kecil, berkaki enam.

Lebah, semut, penyengat, rama-rama, lipas,

kumbang, kelip-kelip, anai-anai, dan kupu-kupu

adalah serangga. Demikian juga lalat, pepatung,

nyamuk, gegat, belalang, kutu, cengkerik,

belalang Makkah, dan pinjal. Senarai ini tiada

akhirnya.

UMUM
SISTEM METRIK

Sistem metrik ialah sekumpulan unit yang

digunakan untuk membuat sebarang jenis

pengukuran seperti panjang, suhu, masa, atau

berat. Tidak ada sistem ukuran lain yang pernah

digunakan dapat menyamai sistem metrik dari

sudut mudahnya. Ahli sains di mana-mana sahaja

membuat ukuran dengan menggunakan unit

metrik dan demikian juga dengan semua orang di

kebanyakan negara.

UMUM
ANTONIM

Antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain. Misalnya, kata besar ialah antonim bagi kata kecil. Demikian juga kata gemuk dan kurus, lelaki dan perempuan.

BAHASAKonsep
TUK PULAI CHONDONGTUK PULAI CHONDONG (1792-1874), ulama.  Dia lahir di Kampung Bukit, Pulai Chondong, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdush Shamad bin Haji Abdullah bin Imam Bira Patani.  Tuk Pulai Chondong merupakan saudara dua pupu Syekh Daud bin Abdullah al-Fatani.  Ayahnya Faqih Haji Abdullah bin Imam Haji Hasyim adalah imam di Kampung Bukit Pulai Chondong.  Dia belajar di Pulai Chondong serta tempat lain di Kelantan dan sekali-sekala belajar di Patani.  Ayahnya adalah ulama yang pakar dalam ilmu fikah, demikian juga dua orang saudara ayahnya iaitu Faqih Deramat dan Faqih Ali merupakan tokoh agama yang terkenal.  Datuknya, Imam Haji Hashim merupakan pakar dalam bidang ilmu saraf, sehingga dia bergelar Tuk Saraf.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ANTINEUTRON

Antineutron ialah pasangan neutron yang

mempunyai cas yang bertentangan. Pasangan

demikian, yang dinamakan antizarah wujud pada

semua zarah atom. Neutron tidak mempunyai cas

elektrik, tetapi terdiri daripada zarah bercas kecil

yang dikenali sebagai kuark . Cas kuark dalam

antineutron adalah terbalik. Apabila antineutron

dan neutron berlanggar, ia boleh memusnahkan

satu sama lain. Semasa berlaku demikian, ia

membebaskan tenaga. Antineutron ditemui pada

tahun 1956.

Lihat juga Antijirim; Neutron.

UMUM
POKOK RUMBAI

Pokok rumbai ialah pokok kecil atau pokok

renek yang dinamakan demikian kerana kelopak

bunganya bak benang atau bak rumbai berwarna

putih. Ia juga dikenali sebagai janggut orang tua

( old mans beard ). Pokok rumbai ini tumbuh

sehingga kira-kira 10 meter tingginya. Bunganya

yang halus mekar pada awal musim bunga.

UMUM
SKUASY

Skuasy, juga dikenali sebagai raket skuasy,

sejenis permainan yang dimainkan di dalam

dewan, yang menyerupai permainan bola baling.

Namun demikian, skuasy dimainkan dengan

menggunakan raket dan sebiji bola getah hitam

yang lompong dan keras, hampir sebesar bola golf.

Pemain akan menggunakan raket untuk memukul

bola ke empat-empat dinding gelanggang.

Berbagai-bagai gaya pukulan boleh dilakukan, dan

bola bergerak dengan amat pantas. Ramai orang

bermain skuasy sebagai riadah dan untuk

kesihatan. Tetapi permainan ini juga merupakan

suatu jenis sukan tandingan yang serius dan

menyeronokkan.

UMUM
TINGKAP

Tingkap ialah bukaan pada dinding atau pintu

untuk membolehkan cahaya dan udara masuk ke

dalam ruang tertutup. Istilah ini juga boleh

merujuk kepada kaca yang diletakkan pada bukaan

demikian. Satu atom lebih kepingan rata kaca yang

dinamakan kaca tingkap menutupi kebanyakan

tingkap. Palang yang dinamakan mullian mengikut

kaca tingkap dalam kedudukannya. Kaca tingkap

dan mullian dipasang dalam rangkai yang

dinamakan bingkai.

UMUM
MOTOR ELEKTRIK LINEAR

Motor elektrik linear ialah alat yang

digunakan terutamanya untuk menggerakkan

kenderaan laju tinggi yang tidak menggunakan

roda. Kenderaan demikian disokong oleh magnet

atau kusyen udara. Motor elektrik linear juga

digunakan untuk membuka dan menutup gate dan

mengendalikan pelancar roket dan laluan pejalan

kaki bergerak.

UMUM
TELUR

Telur ialah perkataan yang merujuk kepada telur

ikan, moluska, amfibia, dan haiwan-haiwan lain.

Biasanya telur demikian dikeluarkan banyak-banyak

kerana banyak daripadanya dimakan oleh haiwan

akuatik. Telur ini tidak mempunyai cangkerang dan

mesti diletakkan dalam air untuk mencegahnya

daripada kering. Telur ikan tertentu, terutamanya

sturgeon , digunakan untuk membuat kaviar .

Lihat juga Ikan (Bagaimana ikan membiak);

Kaviar; Salmon (Kehidupan salmon); Sturgeon.

Telur. Hampir semua haiwan mengeluarkan telur.

Tetapi hanya haiwan tertentu, seperti burung,

meneran telur keluar dari badan. Fungsi utama

telur untuk mengeluarkan anak.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata demikian juga