Kata |
Takrif |
Sumber |
definisi | (définisi) kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti; berdefinisi mempunyai definisi, bertakrif; mendefinisikan memberikan definisi, men-takrifkan: ~ istilah; endefinisian perihal (perbuatan dsb) mendefinisikan, pemberian definisi, pentakrifan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
definisi | /définisi/ keterangan yg sesingkat mungkin dan jelas ttg sesuatu perkataan; takrif. mendefinisikan memberikan takrif; mentakrifkan: Terlalu sukar baginya ~ perkataan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
definisi | /définisi/ keterangan yg sesingkat mungkin dan jelas ttg sesuatu perkataan; takrif. mendefinisikan memberikan takrif; mentakrifkan: Terlalu sukar baginya ~ perkataan itu. | Kamus Pelajar |
takrif | huraian yg ringkas dan tepat (tentang sesuatu spt makna perkataan dll), penjelasan (bkn sesuatu), penentuan, pernyataan (yg menerangkan), definisi: dgn ~ ini, dapat kita faham akan perasingan undang-undang dgn moral dan ilmu siasah; mentakrif memberi atau membuat takrif (definisi); mentakrifkan memberi takrif (pengertian dll) tentang, mendefinisikan: pengarang telah mencuba ~ novel tetapi ternyata bahawa novel itu tidak didefinisikan; pentakrifan perihal (perbuatan, cara, dsb) mentakrifkan (sesuatu): ~ harus dimulai dgn penerangan yg umum ke penerangan yg khusus; pentakrif orang yg memberikan takrif tentang sesuatu kata, istilah, dsb (apabila menyusun sesebuah kamus dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendefinisikan | memberikan definisi, men-takrifkan: ~ istilah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdefinisi | mempunyai definisi, bertakrif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sezuriat | sama zuriat: antara definisi saudara yg dimaksudkan mengikut akta itu termasuk keturunan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertegasan | 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentakrif | memberi atau membuat takrif (definisi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendefinisian | perihal (perbuatan dsb) mendefinisikan, pemberian definisi, pentakrifan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
definition | n 1. statement of meaning, definisi, takrif: to give the ~ of a word, memberikan definisi sst perkataan; 2. act of, a. (explaining the meaning) pentakrifan, pendefinisian; b. (stating, showing clearly) penjelasan; c. (stating limits) penentuan, penetapan: the ~ of the rights of the aborigines, penentuan hak orang asli; 3. clearness of outline, kejelasan, jelas: a photograph that lacks ~, gambar yg kurang jelas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
film definition | definisi filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Keadaan filem radiografi yang menunjukkan kejelasan pemisahan dua kawasan bersebelahan yang mempunyai nilai ketumpatan berbeza. |
archetype definition language (ADL) | bahasa definisi arketip (ADL) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Bahasa formal yang mempunyai sintaks yang tersendiri dalam membangunkan sebuah perisian yang boleh disunting secara manual menggunakan penyunting teks biasa. Perisian yang dibangunkan banyak digunakan dalam bidang perubatan dan kesihatan. |
nursing process | proses kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Definisi oleh NANDA, iaitu pertimbangan klinikal kejururawatan berkaitan dengan individu, keluarga, atau masyarakat yang memberi respons terhadap masalah kesihatan atau proses kehidupan sama ada sebenar (yang sedang dialami) atau berpotensi (yang berkemungkinan). |
ultraplankton | ultraplankton | Sains Marin | Tiada | Organisma plankton dengan saiz kurang daripada 2 mikrometer. Berdasarkan definisi tersebut, ultraplankton terdiri daripada pikoplankton (0.2-2 mikrometer) dan femtoplankton (<0.2 mikrometer). Lihat juga pikoplankton. |
big data | data raya | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Set data yang terlalu besar dan kompleks yang memenuhi kriteria definisi data raya, iaitu isi padu, kelainan dan halaju. |
secondary world | dunia sekunder | Kesusasteraan | Tiada | Dunia yang dicipta oleh se pencerita dalam karyanya. Dunia sekunder mempunyai hukum logik dan kewajaran tersendiri yang membentuk sistem kepercayaan dunia tersebut. Kini, definisi dunia sekunder membawa makna yang lebih sempit. Hal ini demikian kerana dunia ini sering digunakan untuk merujuk kepada suasana yang dicipta oleh penulis cerita fantasi dan hikayat penglipur lara. Contohnya dalam karya berjudul The Lord of the Rings karya J.R.R. Tolkien. |
poetry | puisi | Kesusasteraan | Tiada | Pengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempunyai nilai konotatif yang tinggi. Contoh puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teromba, teka-teki, mantera, perbilangan, talibun, rubai dan qitah. Contoh puisi Melayu moden ialah sajak. |
major variation | variasi besar | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Perubahan besar pada produk berdaftar yang boleh menjejaskan dengan ketara dan/atau secara langsung terhadap kualiti, keselamatan, keberkesanan dan manfaat yang dinyatakan. Variasi besar tidak termasuk dalam definisi variasi kecil dan pendaftaran baharu. Menurut Garis Panduan Variasi bagi Produk Semula Jadi (Ubat Tradisional dan Homeopati) dan Makanan Tambahan Kesihatan Malaysia, contoh variasi besar seperti perubahan pada indikasi, label dan proses pembuatan. Variasi besar pada produk berdaftar perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa. |
meiofauna | meiofauna | Sains Marin | Tiada | Haiwan kecil yang mempunyai saiz lebih besar daripada mikrofauna, tetapi lebih kecil daripada makrofauna. Secara praktik, meiofauna dikategorikan sebagai organisma yang terperangkap di atas penapis bermata 30-45 mikrometer (63 mikrometer, bergantung pada definisi penyelidik). |
tragedy | tragedi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama serius yang menggambarkan kejatuhan dahsyat seseorang protagonis akibat kelemahannya sendiri. Dalam tragedi, wira ialah tokoh yang agung dan hebat. Namun, tokoh itu mempunyai kelemahan tragis (harmatia) seperti bersifat angkuh (hubris) sehingga dia membuat perhitungan yang salah dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Situasi tersebut meninggalkan kesan tragis kepada khalayak. Peristiwa dalam drama tragedi ini membangkitkan rasa gerun dan kasihan yang kemudiannya dilenyapkan daripada jiwa khalayak. Peleraian emosi ini disebut sebagai katarsis. Tragedi merupakan salah satu bentuk drama Barat yang bermula di Athens pada pertengahan kurun keenam Sebelum Masihi. Aristotle mengandaikan drama tragedi berasal daripada dithyramb, iaitu nyanyian dan tarian memuja Dewa Dionysus dan berkemungkinan merupakan cerita yang ditokok tambah. Aristotle ialah orang pertama yang memberikan definisi tragedi yang paling berpengaruh. Persembahan tragedi yang pertama dilakukan oleh Thespis di City Dionesia antara 536-533 Sebelum Masihi. Tiga penulis tragedi yang masyhur pada zaman Yunani ialah Aeschylus, Sophocles, dan Euripides. Drama tragedi berkembang selepas zaman Yunani. Selain Aristotle, Seneca pada zaman Romawi juga merupakan tokoh penting dalam perkembangan tragedi. Bentuk tragedi Seneca mempengaruhi perkembangan tragedi pada zaman Elizabenthan. Justeru, situasi ini mencetuskan dua aliran, iaitu tragedi intelektual yang meniru model Seneca yang menggunakan korus dan kesatuan (aksi, masa, dan tempat), dan tragedi yang ditulis untuk orang ramai, dikenali sebagai tragedi balas dendam. Contohnya drama Hamlet, Macbeth, dan Othello oleh Shakespeare, dan drama the Jew of Malta oleh Christopher Marlowe. Contoh tragedi zaman moden ditemui dalam Death of a Salesman oleh Arthur Miller, dan Mourning Becomes Electra oleh Arthur Miller, dan Mourning Becames Electra oleh Eugene ONeill. Lihat juga ditiramb, katarsis, kesatuan. |
Kamus Thai 2.indb suka minum teh daripada minum kopi. 2 meminati: บรรดาเยาวชนในหมู ่ บ ้ าน ของฉันนิยมทีมแมนเชสเตอร ์ ยูไนเต็ด Para be- lia kampung saya meminati pasukan Manchester United. นิยาม [niya:m] น takrif, definisi นิยาย [niya:y] น novel นิรโทษกรรม [nirato:tsakam] น pengampunan: อาชญากรที่ ถูกตัดสินจำคุก ตลอดชีวิตได ้ รับนิรโทษกรรมเนื่องในวโรกาส วันเฉลิมพระชนมพรรษา Penjenayah yang dihukum penjara seumur hidup itu mendapat pengampunan sempena Hari Keputeraan Raja Bhumibol
|
Kamus Thai 2.indb cogan kata คำขอ [-k:] น permintaan คำขาด [-ka:t] น kata putus คำคม [-kom] น kata hikmat คำคัดค ้ าน [-katka:n] น kata ban- tahan คำจำกัดความ [-camkatkwa:m] น definisi, takrifan = คำนิยาม คำเฉลย [-cal:y] น jawapan คำชี้ขาด [-ci :ka:t] น keputusan = คำตัดส ิ น คำชี้แจง [-ci :cε:] น penjelasan, keterangan คำตรงกันข ้ าม [-trokanka |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
definisi | [dé.fi.ni.si] | ديفينيسي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata definisi; |
|
|