Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
RINGLING BERSAUDARA

Ringling bersaudara ialah sekumpulan lima

adik-beradik yang menubuhkan sarkas paling

terkenal dalam sejarah hiburan Amerika Syarikat.

Mereka ialah Albert (18521916), Otto (18581911),

Alfred (18611919), Charles (18641926), dan John

(18661936). Dedikasi serta kemahiran pengurusan

organisasi membantu mereka membentuk satu

kumpulan kecil pembuat persembahan yang

menjadi salah sebuah sarkas terunggul di dunia.

UMUM
TENNYSON, LORD

Tennyson, Lord (18091892), atau nama

sebenarnya Alfred Tennyson ialah penyair Inggeris

yang amat penting pada tahun 1800-an. Dia

menggantikan William Wordsworth sebagai penyair

negara di United Kingdom pada tahun 1850.

Tennyson memperoleh kedudukan dalam

kesusasteraan kerana bakat semula jadinya yang

luar biasa, dan dedikasi sepanjang kerjayanya yang

begitu lama berusaha ke arah mencapai

kecemerlangan seni. Kini, Tennyson dipandang

tinggi sebagai penyair agung negara dan sebagai

salah seorang ahli seni yang terulung dalam bahasa

Inggeris.

UMUM
REKAMAN DARI TUJUH DAERAH

REKAMAN DARI TUJUH DAERAH, kumpulan puisi Mh. Rustandi Kartakusuma. Kumpulan puisi ini diterbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1951 di Jakarta,  Indonesia. Rekaman dari Tujuh Daerah mengandungi 150 buah puisi. Puisi-puisinya dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu, Tujuh Daerah Gelepur (14), Maju Jalan (13), Menjelang Fajar (14), Muara di Bawah Fajar (15), Teres dan Butir (10) Laut yang Membiru (53) dan Pasang (31). Pada kulit dalam pertama terdapat dedikasi Kangge Mama + Ibu Waktos Ngungsi (Untuk Mama + Ibu Mengungsi).

SASTERAKarya
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedikasi.