Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Burung tebit burung jelatuk, Singgah hinggap di Tanjung Petani; Minta tabik segala datuk, Datuk bumi belantara sini.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung belibis burung jelatuk, Singgah menyewa di kampung petani; Minta tabik segala datuk, Datuk ada semua di sini.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Datuk Mansur Datuk Bendahara, Ketiga dengan Datuk Drahman; Hati bersyukur jiwa terpelihara, Hidup selalu dalam aman.Pantun Melayu SarawakAgama
Datuk Merpatu konon cerita, Beranak naga Sang Seri Bulan; Bertongkat dagu bersengkang mata, Menanti pulang dirimu tuan.Pantun Melayu SarawakKasih
Datuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Datuk Perdana mengupas upih, Limau manis dalam cerana; Saya laksana kertas putih, Boleh ditulis sebarang warna.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Datuk Pangeran masuk ke Jambi, Naik ke darat memotong getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Datuk Naning raja Melayu, Layar perahu patah kemudinya; Dahan berganding di pohon kayu, Saya tahu di mana condongnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Datuk Bentara mudik ke hulu, Hajat membina sebuah kota; Biar mara datang bertalu, Namun cinta kugagah juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu datuk membeli bayam, Di pasar ramai orang keluar; Barukan duduk memberi salam, Seluar terburai orang pun bubar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datuk

Puisi
 

Burung belibis burung jelatuk,
     Singgah menyewa di kampung petani;
Minta tabik segala datuk,
     Datuk ada semua di sini.



Lihat selanjutnya...