Amerika ialah dataran besar di Hemisfera Selatan. Amerika terdiri daripada Amerika Utara dan Amerika Selatan. Tanah besar Amerika ialah dataran yang terpanjang di bumi, dari utara ke selatan. Jarak yang paling jauh dari utara ke selatan pula ialah 14 000 kilometer, dari Semenanjung Boothia di Kanada hingga ke Cape Froward di Chile. Titik paling hujung ke barat benua tersebut terletak di Semenanjung Seward di pantai barat Alaska. Bahagian timur laut Brazil ialah titik paling hujung ke timur. Amerika juga meliputi banyak pulau yang terletak di utara, selatan, timur, dan barat benua tersebut. Amerika Utara dan Amerika Selatan dihubungkan oleh satu jambatan darat yang paling sempit di Segenting Panama. |