Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PRAIRI

Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit,

terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi.

Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang

rata di Barat Tengah Amerika memerikannya

sebagai lautan rumput. Angin bertiup lembut ke

arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di

sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi

daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan

ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar

prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan

oleh aktiviti manusia.

UMUM
DELTA

Delta ialah tanah datar yang rendah yang

terdiri daripada tanah liat, batu-batu, pasir dan

endapan lain yang mendap di muara sungai.

Delta diberi nama sempena huruf Yunani delta ()

kerana kebanyakannya berbentuk segi tiga. Delta

terbentuk apabila air sungai mengalir ke dalam air

yang tenang dengan kelajuan dan kemampuannya

untuk membawa endapan menjadi kurang secara

tiba-tiba.

UMUM
PIRAMID

Piramid dalam geometri, ialah bongkah dengan

muka sisi berbentuk tiga segi yang bertemu pada

satu titik atau punca sepunya. Tapak piramid

dikenali sebagai poligon , iaitu permukaan datar

yang disempadani oleh tiga atau lebih sisi. Jumlah

muka mana-mana piramid bergantung pada

jumlah segi di atas tapak. Titik terjauh dari tapak

tempat semua muka bertemu dikenali sebagai

puncak piramid.

UMUM
SURINAM

Surinam ialah negara di pantai timur laut

Amerika Selatan. Gunung-ganang yang diliputi

hutan hujan merangkumi lebih kurang 80 peratus

daripada Surinam dan kebanyakan penduduknya

tinggal di kawasan datar pantai. Ia merupakan

negara terkecil di Amerika Selatan, dari segi

keluasan dan jumlah penduduk. Untuk mengetahui

keluasan dan jumlah penduduk Surinam, lihat jadual

Fakta ringkas dalam rencana ini. Hampir separuh

penduduknya tinggal di Paramaribo, ibu negara,

bandar terbesar dan pelabuhan utama Surinam.

Kerajaan Belanda memerintah negara ini dari tahun

1667 hingga tahun 1975 apabila Surinam mencapai

kemerdekaan. Sebelum mencapai kemerdekaan

Surinam dikenali dengan nama Guiana Belanda.

UMUM
LARAS

LARAS, pembahagian Minangkabau menurut dua tradisi politik atau fratri dasar menukar adat. Menurut tradisi adat, Minangkabau disebut juga sebagai daerah Laras yang Dua, Luak Yang Tiga. Laras yang dua itu ialah Bodi Caniago dan Koto Piliang, manakala luak yang tiga itu ialah Agam, Limapuluh Kota dan Tanah Datar. Jika luak ialah pembahagian kawasan menurut adat, laras pula ialah perbezaan dua tradisi politik negeri. Walaupun negeri-negeri daripada kedua-dua laras tersebut terdapat di ketiga-tiga luak, namun secara ideal, Agam dianggap sebagai wilayah Bodi Caniago, Limapuluh Kota, dan Koto Piliang, manakala Tanah Datar mewakili kedua-duanya. Dengan maksud lain, Tanah Datar ialah luak tempat kedudukan Raja Tiga Sila iaitu Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat, dan Besar Empat Balai iaitu Bendahara, Machudum, Tuan Kadhi dan Indomo. Kesemuanya merupakan unsur integratif. Dalam konsep adat Minangkabau, Bodi Caniago dan Koto Piliang merupakan dua unsur daripada alam Minangkabau yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya bersifat saling melengkapi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAdat
TASIK HINDMARSH

Tasik Hindmarsh ialah tasik air tawar yang

terbesar di Victoria, Australia. Luas tasik ini 12 000

hektar. Pinggir tasik ini melebihi 64 kilometer

namun permukaan airnya tidak menentu kerana

tasik ini menjadi kering pada tahun yang kering

dan menjadi sebuah kawasan tanah datar yang

diselaputi garam.

Tasik Hindmarsh terletak di Dimboola Shire,

kira-kira lima kilometer ke timur laut Jeparit.

UMUM
LIMAPULUH KOTO

LIMAPULUH KOTO, salah satu daerah inti kebudayaan Minangkabau atau disebut juga Luak nan Tigo iaitu Agam di sekitar kota Bukittinggi, Tanah Datar di sekitar kota Batu Sangkar dan Limapuluh Koto  di sekitar kota Payahkumbuh. Pada masa pemerintahan Belanda, Luak nan Tigo, termasuk Limapuluh Koto disebut padangsche bovenlanden, iaitu daerah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Sebagai daerah inti kebudayaan Minangkabau, penduduk Limapuluh Koto mengamalkan sistem adat Koto Piliang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datar