Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah maksud "Table mountain"? Adakah ia "gunung meja" atau "gunung datar"? Sebab ia mempunyai maksud yang sama dengan "mesa" dalam http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mesa. Bagaimana pula dengan "Table (landform)"? | Mesa ialah istilah Sepanyol bagi bukit meja atau bukit datar terasing yang dikelilingi oleh cenuram. Mesa ialah bukit atau gunung yang terpencil kedudukannya dan mempunyai puncak rata dengan lereng yang curam seperti meja. Mesa terdapat di kawasan beriklim kering. Dalam data kami, Landform bermaksud bentuk bumi.
| Penyemakan dan penterjemahan | 29.05.2014 |
maksud dataran dan maksud orang ramai. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dataran bermaksud kawasan(tempat,tanah) yang datar. Maksud orang ramai ialah khalayak ramai, orang banyak,umum. | Makna | 25.07.2008 |
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam. | Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan? | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2018 |
Boleh tolong jelaskan penggunaan perkataan 'persisiran' dan 'pesisiran'? Manakala dalam konteks ayat berikut pula, adakah betul?; Semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk kebersihan persisiran pantai di negara kita. | Penggunaan persisiran dan pesisiran, harus dilihat dari segi makna penggunaannya seperti di bawah: 1. Persisiran bermaksud daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai. 2. Pesisiran bermaksud kawasan pantai yg datar dan berpasir. 3. Ayat yang lebih tepat: Semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk memastikan kebersihan persisiran pantai di negara kita terpelihara. | Tatabahasa | 28.10.2015 |