Kata |
Takrif |
Sumber |
kadar pemindahan data(data transfer rate) | Kadar masa bagi menghantar data sebenar secara bersiri melalui satu saluran perhubungan data. Data yang dikirim merupakan data tanpa bahagian kepala, ekor atau maklumat kawalan di dalam bingkai bingkisan data. | Kamus Komputer |
gambar rajah alir data(data flow diagram) | Perwakilan grafik bagi sistem perisian komputer yang dapat menunjukkan punca data, lubuk data, storan data, proses yang dilakukan kepada data, dan aliran logik data di antara nod-nod data. Gambar rajah ini digunakan oleh juruanalisis sistem sebagai perkakas grafik untuk menyatakan pengaliran data dalam sesuatu sistem. Singkatan DFD. | Kamus Komputer |
penuding data(data pointer) | 1. Daftar khas dalam mikropemproses yang memegang alamat bagi data yang digunakan untuk sesuatu suruhan. Daftar ini menunjuk kepada kedudukan data di dalam ingatan. 2. Pemboleh ubah atau sebahagian daripada data yang menunjukkan tempat kedudukan data selepas data yang dipegang dalam rangkaian data berantai atau senarai berkait. | Kamus Komputer |
penulenan data(data purification) | Penghapusan atau pengurangan ralat dalam data sebelum data digunakan dalam sistem pemprosesan data automatik. | Kamus Komputer |
set data(data set) | 1. Peranti yang mempunyai kemampuan menghantar dan menerima data melalui talian penghantaran data. 2. Kumpulan butiran data yang berkaitan. | Kamus Komputer |
pengesahsahihan data(data validation) | Penyemakan ralat dan pengesahan kesesuaian data yang dilakukan terhadap data yang dimasukkan ke dalam sistem. Ini dilakukan untuk mengelakkan data yang tercemar, yang mengandungi ralat atau data yang salah turut diproses. | Kamus Komputer |
teknik pemampatan data(data compression technique) | Teknik yang digunakan untuk menjimatkan ruang storan data dengan menghapuskan ruang kosong, medan kosong, data lewah, atau data yang tidak diperlukan bagi memendekkan panjang rekod atau blok data. | Kamus Komputer |
penumpu data(data concentrator) | 1. Peranti yang digunakan untuk mengumpulkan data dari talian penghantaran berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana untuk dihantar melalui talian penghantaran berkelajuan tinggi. 2. Peranti yang mengumpulkan butiran data untuk dijadikan kumpulan data yang besar. 3. Peranti yang digunakan untuk menyimpan data secara sementara di dalam cakera apabila talian penghantaran sedang sibuk dan kemudiannya menghantar semula data yang disimpan apabila talian penghantaran sudah bebas semula. | Kamus Komputer |
perantaian data(data chaining) | Penyusunan format dan kandungan sekumpulan blok data suatu rekod supaya setiap blok data mengandungi alamat blok data selanjutnya mengikut jujukan susunan fail tertentu. | Kamus Komputer |
skop data(data scope) | 1. Ruang pengaruh data terhadap perkara yang diteliti. 2. Peranti khas untuk meneliti dan memaparkan pengaliran data dalam talian penghantaran data. | Kamus Komputer |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
data | buti, kataangan. | kedayan | |
laut | data [daat] | Melanau Dalat | |
Kamus Sains.indb pengguna seperti yang tercatat dalam perjanjian pembekalan. (KOM) acceptor stem (batang penerima) Cabang molekul tRNA yang membawa asid amino. (BIO) access (capaian) Proses memasuki ruang simpanan untuk menyimpan atau mendapatkan data kembali. (KOM) access address (alamat capaian) Kod yang digunakan untuk menujukan sesuatu pemproses ke kedudukan ingat- an dan peranti input/output bagi maksud mencapai data. (KOM) accessory (alat tambah) Peranti, selain beban atau kelengkapan elektrik yang berkaitan dengan sam- bungan atau pendawaian. Contohnya, suis, ros siling, fius, soket alur keluar, pemegang lampu, siku, sesendal dan
|
Kamus Thai 2.indb ่ อนจะได ้ ร ับอนุญาตเป ็ น ลายลักษณ ์ อักษรจากประธานผู ้ อำนวยการ สภาภาษาและหนังส ื อ ตู ้ ป.ณ. 10803, 50926 ก ัวลาลัมเปอร ์ ประเทศมาเลเซ ี ย Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Kamus Thai-Melayu dewan / [editor Noresah bt. Baharom] ... [et al.]. ISBN 978-983-62-9805-8 1. Thai language--Dictionaries--Malay. 2. Malay language--Dictionaries--Thai. I
|
Kamus Thai 2.indb rambang: ผู ้ วิจ ั ยน ั ้นสุ ่ ม ต ั วอย ่ างเพื่ อเก็บข ้ อมูลการวิจ ั ย Pengkaji itu mengambil sampel secara rawak untuk memungut data bagi penyelidikannya. สุรา [sura:] น arak สุริยะ [suriya] น matahari สุริยคติ [-kati] น tahun suria สุริยคราส [-kra:t] น gerhana mata- hari = สุริยุปราคา สุริยุปราคา [suriyuppara:ka:] ดู สุริยคราส สุรุ |
Kamus Thai 2.indb 2 (กลิ ่ น) kurang, tidak kuat จ ้ าง [ca:] ก mengupah: บริษัทท ่ องเที่ ยว จ ้ างนักศึกษาเก็บข ้ อมูลการวิจัย Syarikat pe lancongan mengupah pelajar memu ngut data kajian. จาน [ca:n] น pinggan, piring จานบิน [-bin] น UFO จานเส ี ยง [-si a] น piring hitam = แผ ่ นเสียง จาม 1 [ca:m] น (ชนชาติ) orang
|
Kamus Thai 2.indb ั บ [-pap] น pelipat, pelipatan ข ้ อพ ิสูจน์ [-pi su:t] น bukti ข ้ อมือ [-m:] น pergelangan tangan ข ้ อม ูล [-mu:n] น data, bahan ข ้ อแม ้ [-mε:] น syarat ข ้ อยกเว ้ น [-yokwen] น kekecualian: ชายหนุ ่ มที่ มีสุขภาพสมบูรณ ์ ทุกคนจะต ้ องเข ้ า ร ั บการเกณฑ ์ |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
data | [da.ta] | داتا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
penyiasatan saintifik | scientific investigation | Kaedah penyiasatan mengikut pendekatan yang sistematik. Antaranya mengenal pasti masalah, mengenal pasti pemboleh ubah, membentuk hipotesis, merancang dan menjalankan penyiasatan, mengumpul data, menganalisis data dan membuat kesimpulan. | Menengah Rendah |
piktograf | pictograph | Cara menunjukkan data melalui perwakilan simbol atau imej. | Sekolah Rendah |
kesimpulan | conclusion | Pernyataan yang terhasil daripada analisis data, berdasarkan logik dan taakul tentang sesuatu. | Menengah Atas |
kesimpulan | conclusion | Satu pernyataan fikiran yang terhasil daripada analisis data, berdasarkan logik dan taakul tentang sesuatu. | Menengah Rendah |
cakera | disc | Plat yang berbentuk bulat, nipis dan rata, yang digunakan untuk menyimpan data. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
data terkumpul | grouped data | Data mentah yang disusun mengikut selang kelas yang seragam. Contohnya, markah bagi 50 pelajar mengikut selang kelas 0 -9, 10 -19, 20 - 29. | Menengah Atas |
data berangka | numerical data | Data dalam bentuk nombor. | Menengah Rendah |
data tak terkumpul | ungrouped data | Data mentah yang tidak disusun mengikut sebarang pengelasan. Setiap satunya wujud secara individu. Contohnya, markah bagi 5 pelajar ialah 60, 80, 65, 90, 73. | Menengah Atas |
data tak terkumpul | ungrouped data | Data yang tidak disusun dalam bentuk pengelasan. | Menengah Rendah |
perwakilan data | data representation | Data yang ditunjukkan dalam bentuk grafik. | Sekolah Rendah |
data | data | Kumpulan fakta atau maklumat berkenaan sesuatu perkara yang diperoleh melalui kajian. | Menengah Atas |
data | data | Kumpulan fakta atau maklumat berkenaan sesuatu perkara. | Menengah Rendah |
data | data | Kumpulan maklumat atau fakta yang terdapat dalam perkataan, nombor atau kedua-duanya sekali. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
pungutan data | collection of data | Himpunan maklumat yang kemudian digambarkan dalam bentuk jadual atau rajah. | Menengah Rendah |
min | mean | Nilai yang diperoleh apabila jumlah nilai data dibahagikan dengan bilangan data. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata data |
|
|