Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

ialah badan berkanun di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali

sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban

Development Authority. UDA berfungsi sebagai

pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun

semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) melalui pembangunan dan

penyusunan semula bandar.

UMUM
SYARIKAT PEMEGANGAN

Syarikat pemegangan ialah mana-mana

syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti

yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di

dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk

mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan

boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan

boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan.

Syarikat yang di bawah kawalan syarikat

pemegangan disebut syarikat subsidiari.

UMUM
DASAR KULIT PUTIH AUSTRALIA

Dasar kulit putih Australia ialah nama yang

popular bagi dasar lama imigresen Australia.

Undang-undang ini berdasarkan Akta Sekatan

Imigresen, yang diluluskan pada tahun 1901

oleh kerajaan persekutuan yang baru dibentuk.

UMUM
UNDANG-UNDANG DASAR 1945

UNDANG-UNDANG DASAR 1945, undang-undang dasar yang diperakukan di negara Indonesia.  Undang-undang dasar ini disahkan pada 18 Ogos 1945 oleh suatu badan yang disebut Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia yang anggotanya diwakili oleh semua golongan di Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DASAR ETIKA

Dasar Etika ialah dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Belanda semasa menjajah Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DASAR BURUH NEGARA

Dasar Buruh Negara, dasar yang dibentuk untuk meningkatkan mutu perburuhan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANDasar
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK), dasar kerajaan Malaysia berhubung dengan sistem pendidikan negara.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANDasar
DASAR BELIA NEGARA

Dasar Belia Negara, garis panduan bagi menyusun dan mengendalikan semua rancangan dan aktiviti belia di Malaysia. Dasar ini dibentuk pada 13 Disember 1985.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANDasar
DASAR PEMENCILAN

Dasar pemencilan ialah satu doktrin yang

diamalkan oleh orang yang berpendirian bahawa

sesebuah negara sepatutnya mengambil pendirian

bebas daripada negara lain.

UMUM
DASAR LUAR MALAYSIA

Dasar Luar Malaysia. Dasar negara yang berkaitan dengan hubungan kerjasama politik, ekonomi, sosial, teknologi dan ekologi dengan negara lain. 

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANDasar
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dasar