Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
menjelaskan dasar-dasar atau peraturan yang digunkan dalam penyesuaian ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bhasa Eropah yang lain dalam bhasa Melayu | Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Soalan Sdr. akan saya jawab secepat mungkin selepasa saya mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan pertanyaan Sdr. Terima kasih peminjaman unsur bahasa oleh sesuatu komuniti bahasa daripada bahasa-bahasa lain merupakan satu lumrah. Pinjaman boleh sahaja berlaku apabila berlakunya pertembunagnantara budaya. Walau bagaimana sekali pun berlakunya proses peminjaman atau serapan bahasa-bahas lain ke dalam bahasa kita, bahasa Melayu, terdapat beberapa cara dilakukan dalam proses peminjaman tersebut. Antara caranya ialah mengambil terus kata daripada bahasa asalnya daripada segi ejaan dan sebutan. Kedua meminjam bahasa tersebut tetapi disesuaikan mengikut sebutan dalam bahasa Melayu dan mengambil ejaan daripada bahasa asalnya lalu disesuaikan dengan cara penutur asalnya menyebutnya. Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih. | Tatabahasa | 24.08.2009 |
Dasar bukit Kaki bukit Yang mana satu betul | Mengikut buku Kamus Dewan, perkataan dasar ialah bahagian yg di bawah sekali; contohnya dasar laut, dasar sungai, dasar tasik. Frasa kaki bukit dalam buku Kamus Pelajar diberikan maksud bahagian bukit yg di sebelah bawah. | Istilah | 21.05.2014 |
Adakah perkataan 'kerajaan' perlu dieja Kerajaan apabila perkataan tersebut merujuk kepada Kerajaan Malaysia? Contoh: Agensi-agensi Kerajaan, peruntukan kewangan daripada Kerajaan, dasar-dasar Kerajaan. | Pada umumnya kerajaan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika merujuk/mewakili kerajaan Malaysia; contohnya dalam ayat pertama disebut Kerajaan Malaysia tetapi dalam ayat seterusnya hanya ditulis Kerajaan sahaja. | Ejaan | 13.04.2008 |
salam, saya sedang mencari 5000 kata dasar.kata dasar dikatakan kata yang digunakan tanpa imbuhan di depan dan imbuhan di belakang.contonya,peralatan.kata dasarnya,alat.adakah contoh yang saya beri ini betul. | Kata dasar ialah kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan (kata tanpa imbuhan seperti alat, pandang, kuat, dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan senarai yang diperlukan kerana entri dalam kamus ialah kata dasar/kata akar. | Lain-lain | 22.11.2010 |
Saya Nussida Deng Sedang Balajar di Universiti Fatoni Bahasa Melayu dasar ingin bertenya tetang bahasa Apakah. Ayat dasar? Terima kasih | 1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437. 2. Kesemua contoh ayat yang diberikan ialah ayat dasar. Untuk lebih menguasai tajuk ini, kami sarankan saudari rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437-439. | Tatabahasa | 02.02.2016 |
mana satu penggunaan yang betul: Dasar percukaian negara atau dasar cukai negara | Frasa yang betul ialah Dasar Percukaian Negara. | Tatabahasa | 09.02.2012 |
1.Apakah ciri-ciri ayat dasar? 2.Ayat2 berikut yang manakah bukan ayat dasar? a.Mereka akan tiba tidak lama lagi. b.Irama muzik itu sungguh mengasyikkan. c.Anak muda lebih suka bekerja di bandar besar. d.Cuaca pada hari ini merimaskan peserta pertandingan. 3.Adakah utk mengenali ayat dasar,kita perlu mengetahui ayat dasar, perlu mengenalpasti pola ayat dasar terlebih dahulu?TQVM | 1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437. 2. Kesemua contoh ayat yang diberikan ialah ayat dasar. Untuk lebih menguasai tajuk ini, kami sarankan saudara rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437-439. | Tatabahasa | 23.07.2011 |
Salam sejahtera, Mohon penerangan tuan tentang "ayat dasar" beserta contohnya. Terima kasih | Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah FN + FN, FN + FK, FN + FA dan FN + FS. Contoh ayat dasar: Encik Ahmad guru sekolah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
Saya telah meneliti makna dasar dan makna polisi seperti berikut; Dasar: (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi. Manakala Polisi: (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar. Saya dapati makna kedua-duanya adalah hampir sama dan dalam makna dasar, ada dinyatakan perkataan polisi. Begitu juga dengan dalam makna polisi, ada dinyatakan perkataan dasar. Persoalan saya, bolehkah saya katakan dasar dan polisi ini adalah perkara yang sama? Tambahan pula, dasar dalam bahasa inggeris adalah "Policy". Terima kasih. | Kami bersetuju dengan pandangan tuan, yang menyatakan bahawa perkataan dasar dan polisi ini mempunyai makna yang hampir sama. Terima kasih. | Lain-lain | 28.07.2020 |
Salam pihak dbp, saya ingin bertanya. Adakah dasar MOE iaitu Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) masih relevan dan digunapaki sehingga hari ini? Terima Kasih. | Salam sejahtera, Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Untuk makluman, Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) masih dilaksanakan di KPM dan masih relevan. Dewan Bahasa Pustaka hanya terlibat dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) menerusi Inisiatif 108 dan Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 05.11.2020 |