Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
DARJAHDarjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil

ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit

ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah

(1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan

dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan

lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud)

ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah.

Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60

unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula

dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah

cabang matematik seperti trigonometri, sudut

diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian.

UMUM
DARJAH KEBESARAN GARTER

Darjah Kebesaran Garter ialah darjah

pangkat sateria yang tertinggi dan tertua di

Great Britain. Ia diasaskan pada tahun 1349 oleh

King Edward III. Mengikut legenda semasa King

Edward sedang menari dengan Countess of

Salisbury di majlis tari-menari yang besar, wanita

itu terjatuh getah cerutnya. Tatkala dia memungut

dan menyerahkan getah cerut itu kepada wanita

tersebut, dia terpandang beberapa orang

tersenyum dan menyindirnya. Tindakan ini

membuat dia murka, lalu bertitah dalam bahasa

Perancis yang bererti Menyesallah sesiapa yang

memperkecilkan benda ini. Tambahnya lagi, dia

akan menjadikan getah cerut itu begitu mulia

sehingga setiap orang mahu memakainya.

UMUM
DARJAH KECERDASAN ATAU IQ,

Darjah kecerdasan atau IQ, ialah nombor

yang digunakan untuk menunjukkan kecerdasan

seseorang. IQ seseorang berasaskan  markah

ujian kecerdasan yang dibandingkan dengan

markah orang lain daripada ujian yang sama.

UMUM
DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGARA MALAYSIA

Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran

Negara Malaysia ialah kurniaan daripada

kerajaan Malaysia sebagai penghargaan terhadap

khidmat cemerlang seseorang yang dianggap

di luar daripada bentuk ganjaran yang biasa.

UMUM
DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA

DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA, kurniaan daripada kerajaan Malaysia sebagai penghargaan terhadap khidmat cemerlang seseorang yang dianggap di luar daripada bentuk ganjaran yang biasa. Pengurniaan tersebut merupakan kenaikan taraf seseorang daripada yang bertaraf biasa ke taraf yang lebih tinggi dari segi protokol kerajaan.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ISMAIL HASHIM

ISMAIL HASHIM (1934 -      ) qari peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dia lahir pada tahun 1934 di Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi dari Darjah Satu hingga Darjah Tiga dan di Sekolah Melayu Air Hitam, Langkawi, dari Darjah Tiga hingga Darjah Empat. Selepas perang tamat pada tahun 1940-an, Ismail menyambung pelajarannya di Maktab Sultan Mahmud, Alor Setar.

BUDAYATokoh
BINTANG KEHORMAT, PINGAT, DAN DARJAH KEBESARANUMUM
MARQUESS

Marquess ialah darjah kebangsawanan dalam

golongan bangsawan British. Seorang marquess,

yang juga dieja marquis, bertaraf lebih tinggi

daripada seorang earl atau baron, dan di tempat

kedua selepas duke.

UMUM
DENSITOMETERAlat yang boleh mengukur ketumpatan atau darjah kegelapan pada filem atau plet fotografi.FIZIKAlat/Alatan
PENJERAPANProses penghimpunan dan pelekatan molekul (zat terjerap) pada permukaan pepejal (zat penjerap). Darjah penjerapan bergantung pada suhu, tekanan dan keluasan permukaan pepejal.KIMIAProses/Tindak Balas
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjah