Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bagaimana cara penulisan darjah/pingat kebesaran selepas nama seseorang? Beliau menerima pingat kelakuan terpuji (p.k.t.).Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung () serta disusun mengikut darjah tertinggi. Contohnya,  Tn. Hj. Muhammad bin Daud (P.K.T.). Namun hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya.  Lain-lain28.02.2020
Salam sejahtera. Mohon penjelasan tuan perbezaan antara 'darjah paling' dengan 'darjah penghabisan'. Terima kasih

Saudari,

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang merupakan buku rujukan rasmi tentang tatabahasa bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa penggunaan kata adjektif dalam darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara berikut:

i. se+kata adjektif + gandaan + kata nama - sepandai-pandai tupai, sekeras-keras batu

ii. ter+ kata adjektif - terpandai,terbaik

iii. paling+kata adjektif - paling lazat, paling cerdik

iv. kata adjektif+ sekali - tinggi sekali, cantik sekali

Binaan ter+kata adjektif tidak perlu diikuti oleh perkataan sekali, begitu juga dengan binaan paling+ kata adjektif kerana ter, paling dan sekali sudah membawa maksud darjah penghabisan.

Awalan ter yang digabungkan dengan kata penguat bebas amat atau sangat dan hadir sebelum kata adjektif merupakan penanda darjah penghabisan. Binaan darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang sekali dengan kata penguat bebas amat, sangat atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244.

Tatabahasa04.08.2012
Selamat petang. Diharapkan tuan dapat menjawab soalan saya. (a) Dia belajar di Darjah Dua. (b) Dia belajar di dalam Darjah Dua. Yang mana betul? Adakah Darjah Dua di atas perlu ditulis dengan huruf besar? Sila jelaskan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia belajar di darjah dua. Frasa darjah dua merupakan frasa yang mengandungi kata nama am bukan kata nama khas. Ayat contoh: Dia belajar di Darjah Dua Jauhari merujuk kata nama khas, iaitu Darjah Dua Jauhari.Tatabahasa17.10.2014
Salam sejahtera. Ayat yang berikut betul? (1) Sekolah saya ada 43 buah bilik darjah. (2) Di sekolah saya ada 43 buah bilik darjah. (3) Di sekolah saya terdapat 43 buah bilik darjah. ( 4) Terdapat 43 buah bilik darjah di sekolah saya. (5) Sekolah saya mempunyai 43 buah bilik darjah.Semua ayat betul.Tatabahasa16.06.2016
yang manakah penggunaan yang betul? 1. Hidupnya berubah 360 darjah/ hidupnya berubah 180 darjah? 2. Perlukah tanda (,) sebelum perkataan 'kan' yang bukan imbuhan.1. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Ayat yang lebih tepat bergantung pada perubahan sama ada 360 atau 180 darjah yang hendak dinyatakan.

2. Dalam data kami, -kan merupakan imbuhan akhiran. Dalam penulisan kreatif (novel), penggunaan -kan yang bukan imbuhan selalu dijumpai. Penggunaan tersebut biasanya digunakan dalam dialog (bahasa percakapan), iaitu singkatan bagi perkataan bukan. Jika itu yang dimaksudkan, sebelum perkataan bukan hendaklah diletakkan tanda koma.
Tatabahasa15.11.2013
Antara berikut ayat tanya manakah yang betul? 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? (Atau) 2. Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? Apakah perbezaan antara menghiaskan dan menghiasi? Terima kasih.Ayat 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiaskan, iaitu berakhiran dengan “kan” dan objeknya ialah  “bilik darjah”.  Jika KKT berakhiran “kan” , objek yang hadir  selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama (Jalur Gemilang) yang mengikutinya . Di sini, bilik darjah tidak “bergerak” ( tiada pergerakan) secara langsung ke arah kata nama yang mengikutinya, iaitu Jalur Gemilang. Oleh itu, ayat yang sepatutnya ialah  Mengapakah cikgu menghiaskan Jalur Gemilang  di dalam bilik darjah kita atau sekiranya hendak dikekalkan ayat tersebut, “kan” perlu digugurkan menjadi Mengapakah cikgu menghias bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang.
Ayat 2.  Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiasi, iaitu berakhiran dengan "i" dan objeknya ialah  “bilik darjah”. Bagi KKT berakhiran “i” , objek ( bilik darjah)  hadir langsung lepas KKT berakhiran “i”  dengan maksud makna KKT langsung kena pada objek. Tiada unsur “pergerakan” diri objek. Objek berkeadaan pasif dan menerima  makna KKT. Oleh itu, ayat ini betul.
Perbezaan kedua-dua ayat ini terletak pada (a) Jika KKT berakhiran "i' , objek hadir terus ( langsung) lepas KKT lalu menerima maksud yang terkandung dalam KK itu. Objek tersebut bersifat pasif ( tak bergerak). (b) Jika KKT berakhiran "kan"  objek yang hadir selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama yang mengikutinya.
Tatabahasa21.02.2018
Mereka membersihkan bilik darjah. Jika saya menukarkan ayat aktif seperti di atas ke ayat pasif, ayat 1 @ ayat 2 betul? 1. Bilik darjah dibersihkan oleh mereka. 2. Bilik darjah mereka bersihkan. TQKedua-dua ayat pasif tersebut betul. Walau bagaimanapun ayat pasif bagi ayat aktif tersebut ialah Bilik darjah dibersihkan oleh mereka.Tatabahasa09.03.2012
Bagaimana menulis perkataan berikut: (Huruf besar atau huruf kecil) 1. ... Malaikat Jibril / ...malaikat Jibril/ ...malaikat jibril 2. ...Syarikat Johan/ ...syarikat Johan 3. ...darjah 5 Delima/ ...Darjah 5 Delima1....malaikat Jibrail

2. ...Syarikat Johan

3. ...Darjah 5 Delima
Ejaan19.03.2013
Apakah terjemahan bagi post-nominal? Post-nominal ini yang singkatan darjah kebesaran yang dikurniakan selepas nama orang. Contohnya DK.Post-nominal bermaksud darjah kebesaran, sementara 'DK' merupakan singkatan darjah kebesaran.Makna24.03.2018
Salah sejahtera, adakah "darjah 4" dikira sebagai kata nama khas atau kata nama am? Sekian, terima kasih.Frasa “darjah empat” merupakan kata nama am. Manakala frasa “Darjah Empat Bestari”, pula merupakan kata nama khas.

 

Tatabahasa17.02.2020
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjah