Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
NISTAGMUS

Nistagmus ialah gerakan mata yang berirama dan

di luar kawalan. Mata boleh bergerak dari sisi ke

sisi, ke atas dan ke bawah, dalam bulatan, atau

gabungan bentuk-bentuk gerakan tersebut.

Pergerakan ini boleh cepat atau perlahan, dan

tersentak-sentak atau lancar.

UMUM
MONYET LABAH-LABAH

Monyet labah-labah ialah monyet besar yang

terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai

anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan

menggunakan ekornya, malah mengambil objek

dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala

tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan

keempat-empat anggota dan ekornya

mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia

kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini

sering menggunakan lengannya untuk berayun

dari dahan ke dahan. Hanya beruk kecil Asia yang

dikenali sebagai ungka boleh berayun lebih laju

dari pokok ke pokok.

UMUM
TURUS PLATSejenis peralatan yang terdapat dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran gas atau cecair bagi menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Proses pemisahan yang menggunakan turus plat ialah penyulingan dan penyerapan. Di dalam turus plat terdapat sejumlah plat yang diatur di atas satu sama lain pada satu jarak yang tertentu. Jumlah plat di dalam turus bergantung pada jenis komponen dalam campuran yang perlu dipisahkan dan juga tahap pemisahan yang diperlukan. Plat-plat ini berfungsi sebagai medium penyentuh antara aliran wap yang naik ke atas dengan aliran cecair yang turun ke bawah. Kedua-dua aliran ini bersentuh secara bersilang. Aliran cecair dari plat atas mengalir ke plat bawah melalui salur penurunan dan seterusnya merentasi permukaan plat sebelum mengalir melalui salur....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
THRASHER

Thrasher ialah nama bagi sekumpulan burung

keperangan, berekor panjang yang didapati dari

selatan Kanada hingga ke Amerika Selatan.

Terdapat lebih kurang 17 spesies thrasher.

Spesies yang terkenal ialah thrasher perang di

timur Amerika Utara (lihat Thrasher ). Nama

burung ini mungkin berasal daripada tabiatnya

memukul-mukul ekornya yang panjang ke atas

dan ke bawah, terutamanya apabila ia teruja.

Kebanyakan thrasher mempunyai kepala dan

belakang berwarna perang, dan sebelah

bawahnya berwarna pucat bercarik-carik perang.

Thrasher yang terbesar membesar lebih daripada

30 sentimeter panjangnya.

UMUM
NADIR

Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada

di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi

seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan

seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya

membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas

permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan

ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini,

betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat

bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh

kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di

bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan

penghujung garisan ladung yang kita bayangkan

tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub

bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90°

darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit.

UMUM
SHOVELER

Shoveler yang juga dikenali sebagai spoonbill,

ialah itik kecil Hemisfera Utara yang mempunyai

paruh panjang berbentuk sudu. Ia hidup di Eropah,

Asia, dan Amerika Utara pada musim panas, dan

berhijrah ke selatan pada musim sejuk, ke Afrika

Utara, selatan Asia, dan Amerika Selatan. Bahagian

atas paruh menutup bahagian bawah. Burung

jantan berkepala hijau, berdada putih, dan berbadan

biru dan perang. Shoveler memakan moluska,

serangga, dan akar di air cetek. Ia mengambil

semulut penuh lumpur dan air menapisnya melalui

palung sisi paruhnya, meninggalkan makanan di

dalamnya. Ia membuat sarang di atas tanah,

kadangkala agak jauh dari air. Burung betina

bertelur dari 6 hingga 14 biji telur berwarna

kehijauan pucat hingga kebiruan.

Pengelasan saintifik. Shoveler tergolong dalam famili

Anatidae. Ia adalah Anas clypeata.

UMUM
STONECHAT

Stonechat ialah nama burung kecil yang hidup di

Eropah, Asia dan Afrika. Namanya berasal daripada

bunyinya yang pelik, seperti bunyi dua ketul batu

yang diketuk bersama. Burung jantan mempunyai

kepala dan leher berwarna hitam dan bahagian

bawahnya berwarna perang berangan. Burung betina

berwarna lebih malap. Stonechat adalah aktif tahu. Ia

biasanya hidup di tempat lapang, berumput. Ia

membuat sarang di atas tanah, di bawah rumpun

rumput dan memakan larva serangga, cacing,

kumbang dan biji-bijian. Ia bertelur dari tiga hingga

enam biji telur, berwarna biru kehijauan, berbintik-bintik

malap. Stonechat di Eropah dan Asia berhijrah

ke selatan pada musim sejuk.

Pengelasan saintifik: Stonechat tergolong dalam

subfamili thrush, Turdinae. Ia adalah Saxicola torquata.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari atas ke bawah