Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
DARAH

Darah ialah bendalir penyokong kehidupan yang

mengalir dalam badan manusia. Kita tidak boleh

hidup tanpa darah. Jantung mengepam darah

kesemua sel badan kita, membekalkannya dengan

oksigen dan makanan. Pada masa yang sama, darah

membawa karbon dioksida dan bahan buangan

lain daripada sel. Darah juga melawan jangkitan,

menstabilkan suhu badan kita, dan membawa

bahan kimia yang mengawal banyak fungsi badan.

UMUM
KIRAAN DARAH

Kiraan darah ialah ujian untuk menentukan

bilangan sel darah merah dan sel darah putih

di dalam darah.

UMUM
ARTERI

Arteri ialah nama tiub atau salur darah yang

melaluinya darah dipam keluar dari jantung ke

berbagai-bagai bahagian tubuh. Darah yang

dibawa oleh kebanyakan arteri itu merah terang

kerana darah ini telah mengambil oksigen semasa

melalui paru-paru. Akan tetapi darah yang mengalir

melalui arteri yang menghubungkan ventrikel

sebelah kanan jantung dengan paru-paru belum

lagi mengambil oksigennya. Darah ini berwarna

kecoklat-coklatan. Jika arteri itu terpotong, darah

akan memancut keluar secara bersamaan dengan

degupan jantung. Vena berbeza daripada arteri

oleh sebab vena membawa darah balik ke jantung,

bukannya membawa darah keluar dari jantung. Jika

vena terpotong maka darah mengalir daripadanya

dalam aliran yang sekata.

UMUM
TEKANAN DARAH

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan

oleh darah terhadap dinding arteri. Jumlah tekanan

ini bergantung pada kekuatan dan kadar kontraksi

jantung, isi padu darah dalam sistem peredaran

darah, dan keanjalan arteri.

UMUM
SERUM

Serum ialah bahagian bendalir jernih dalam

darah yang tertinggal selepas darah beku

terbentuk. Serum sama seperti plasma (jumlah

bahagian cecair dalam darah) kecuali serum tidak

mengandungi fibrinogen, iaitu bahan yang

menyebabkan pembekuan.

UMUM
KELAWAR PENGHISAP DARAH

Kelawar penghisap darah ialah nama

beberapa jenis kelawar. Nama ini diberi

terutamanya kepada kelawar tertentu di Amerika

Tengah dan bahagian tropika Amerika yang

menyerang kuda, lembu, unggas dan lain-lain

haiwan berdarah panas, dan menghisap darah

mangsanya. Yang paling terkenal ialah kelawar

penghisap darah biasa , iaitu haiwan kecil berwarna

perang kemerah-merahan kira-kira lapan sentimeter

panjangnya. Gigi depan kelawar ini berbentuk segi

tiga dan sangat tajam, yang memotong seperti pisau

cukur. Esofogusnya pendek dan sempit dan tidak

membolehkan apa pun lalu kecuali bendalir.

UMUM
KERACUNAN DARAHUMUM
PEMINDAHAN DARAHUMUM
ANTIKOAGULAN

Antikoagulan ialah bahan kimia yang digunakan

untuk mencegah koagilasi (pembekuan) darah.

Jenis utama antikoagulan adalah (1) ubat yang

melambatkan pembekuan darah seseorang dan

(2) bahan yang mencegah pembekuan darah dalam

tabung uji.

UMUM
ANEMIA

Anemia ialah keadaan jumlah sel darah merah

yang sihat berkurangan di bawah paras normal.

Sel darah merah mengambil oksigen di dalam

paru-paru dan membawanya ke tisu-tisu di

seluruh badan. Di sana, oksigen digabungkan

dengan makanan untuk mengeluarkan tenaga.

Dalam diri orang yang mengalami anemia, darah

tidak dapat membekalkan tisu dengan oksigen

yang mencukupi. Maka orang itu berasa lemah

atau letih. Simptom lain ialah pening, sakit

kepala, kulit pucat atau sejuk, degupan jantung

yang deras, dan kesukaran bernafas.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darah

Puisi
 

Hinggaplah hinggap ke kayu tinggi,
     Tumpah darah ke daun pisang;
Kamek datang tumpang di sini,
     Kain basah kering di pinggang.



Lihat selanjutnya...