Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah yang dimaksudkan dengan kali? | Kali boleh membawa beberapa maksud antaranya termasuklah darab, waktu dan sungai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kali. | Makna | 06.03.2013 |
1.What is the value of three fifths of 60 hours? 2.Multiply 10 by 100, then add 160 to the answer, remove 60 and divide the answer by 10. 1.Apakah nilai tiga perlima daripada 60 jam? 2. Darab 10 dengan 100, tambah 160 dengan jawapan, tolak 60 dan bahagi dengan 10. Tolong semak dan betulkan ayat dalam Bm. Please check my bahasa translation. Thank u. | Sdr. Logiswari, 1. Berapakah nilai tiga perlima daripada 60? 2. Darab 10 dengan 100, kemudian tambah 160 kepada jawapan anda, tolak 60 daripada jawapan anda kemudian bahagi jawapannya dengan 10. | Tatabahasa | 19.04.2010 |
Apakah rasional disebalik ejaan redha yg dimodenkan menjadi reda? Adakah terdapat sebarang peraturan tatabahasa yang menyebabkan ianya lebih baik dieja sebagai reda berbanding redha? | Sebarang ejaan bagi kata serapan daripada bahasa asing ke dalam bahasa Melayu telah dibincangkan dan diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu sempena ulang tahun ke-20 MABBIM. Ejaan Rumi baharu yang huruf lamanya terkandung "dh" menjadi "d" juga dinyatakan dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975, 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1975, 1991) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981, 1988). Ejaan bagi kata "reda" juga terkandung dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi - Sebutan - Jawi (2001, 2008) terbitan DBP. Semuanya bertujuan keselarasan ejaan bahasa Melayu, khususnya bagi kata serapan daripada bahasa Arab seperti dharab menjadi darab, kadhi menjadi kadi dan mudharat menjadi mudarat. Dengan peningkatan penguasaan ilmu, masyarakat telah dapat membezakan antara ejaan Rumi dengan ejaan Jawi serta sebutan dalam bahasa Arab dengan sebutan dalam bahasa Melayu bagi kata-kata tersebut. | Makna | 12.03.2024 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata darab. |
|
|