Kata |
Takrif |
Sumber |
darab | 1. pukulan: maka drpd ~ palu Johan Alam itu, maka ranap cetai penghulu pendekar itu; 2. perkalian, kali-kali; sifir ~ sifir kali-kali (mis 2 × 1, 2 × 2, 2 × 3, dan seterusnya); mendarab, mendarabkan mengalikan, memperkalikan: bagaimanakah memperoleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10? pendaraban proses mendarab atau mendarabkan sesuatu; pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain, angka perkalian, pengali (dlm kira-kira). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kali I | 1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda × (dlm kira-kira darab); 2. waktu (kejadian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerjakan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain (nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ gus (melakukan sesuatu dll) dgn satu kali sahaja atau serentak : mereka mahu membayar baki hutang mereka ~, gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus; ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; ~ lalu a) sekali imbas; b) (dgn) serentak, sekali gis; sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; sekalipun = jika... ~ = walau... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; bersekali bersama-sama sekali (dgn), berserta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; mengalikan, memperkalikan mendarabkan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14); kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, pergandaan; 2. hasil darab; pengali Id pendarab; pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
darab | ; kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung utk menggandakan sesuatu angka (spt 2 × 4 = 8). mendarab membuat hitungan darab; mengali. mendarabkan mendarab sesuatu nombor dgn nombor lain: Apakah jawapannya apabila kita ~ 5 dgn 10? daraban nombor yg dpt dibahagikan dgn sesuatu angka tanpa baki: 10 ialah ~ 5; 4 ialah ~ 2. pendaraban perbuatan (proses dsb) mendarab atau mendarabkan; pengalian: ~ angka-angka yg besar spt itu amat sukar. pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain; pengali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
darab | kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung utk menggandakan sesuatu angka (spt 2 x 4 = 8). mendarab membuat hitungan darab; mengali. mendarabkan mendarab sesuatu nombor dgn nombor lain: Apakah jawapannya apabila kita ~ 5 dgn 10? daraban nombor yg dpt dibahagikan dgn sesuatu angka tanpa baki: 10 ialah ~ 5; 4 ialah ~ 2. pendaraban perbuatan (proses dsb) mendarab atau mendarabkan; pengalian: ~ angka-angka yg besar spt itu amat sukar. pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain; pengali. | Kamus Pelajar |
lapan | delapan; ~ belas sepuluh ditambah lapan (18); ~ puluh hasil darab lapan dan sepuluh (80); ~ ratus hasil darab lapan dan seratus (800); berlapan dlm kumpulan lapan orang dsb, lapan bersama: mereka ~ dipilih utk menyertai rombongan itu; berlapan-lapan dlm satu kumpulan lapan orang dsb (bkn banyak atau beberapa kumpulan): berbaris ~; kelapan yg nombor lapan (menurut urutan, giliran, dsb), kedelapan: gilirannya yg ~; kelapan-lapan lapan-lapan sekali, kesemuanya lapan: ~ orang anaknya pulang ke kampung pd hari raya itu; perlapan bahagian drpd sesuatu yg dibahagi lapan; satu ~ = se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silang | bentuk pangkah spt bentuk tanda campur (+) atau tanda darab (x). ~ empat simpang empat di jalan-jalan. ~ kata teka-teki utk mengisikan huruf-huruf tertentu di dlm petak-petak yg disediakan. bersilang yg satu melintangi yg lain keadaannya; berbentuk spt bentuk tanda campur atau tanda darab: Dia memakai lencana dua bilah keris ~. menyilang memotong yg lain (bkn garis, jalan dsb). silang-menyilang berselisih atau berpapasan letaknya; palang-memalang; bersimpang-siur (bkn jalan, kenderaan dll). menyilangi (bkn garisan) melintasi atau memotong garisan lain. menyilangkan meletakkan atau menyusun bersilang: Dia berbaring di atas katil sambil ~ tangan ke dada. persilangan 1 keadaan atau hal bersilang. 2 tempat pertemuan dua jalan raya atau lebih; persimpangan. penyilangan perbuatan, proses dsb menyilangi atau menyilangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silang | 1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ berpangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, motokar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadikan atau meletakkan bersilang: ia pergi berbaring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanda darab (kali) | tanda (x) yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka mesti didarabkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hasil darab | angka yg diperoleh dgn mendarabkan dua angka atau lebih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hasil darab | (Mat) jawaban atau dapatan drpd mendarab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
multiplication table | n sifir (darab), kali-kali. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
multiplication sign | n tanda darab. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
multiply | vi 1. (maths) membuat kira-kira darab; 2. increase, berganda: in recent years the number of factories has multiplied, pd tahun kebelakangan ini bilangan kilang telah berganda; the chances of winning ~ if the pa | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
infinity | n 1. number larger than any other number, infiniti: multiply by ~, darab dgn infiniti; 2. point or distance further than any other, infiniti: parallel lines meet at ~, garis selari bertemu di infiniti; 3. state of being boundless, ketakterhinggaan, infiniti: the ~ of the universe, ketakterhinggaan alam semesta; 4. limitless area, infiniti. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
product | b. (particular period) kelahiran: he is the ~ of those terrible war years, dia ialah kelahiran zaman perang yg begitu menyusahkan; c. (a certain condition, situation) hasil: these unhappy children are the ~s of broken homes, anak-anak yg murung ini ialah hasil drpd rumah tangga yg pecah belah; his success is the ~ of much hard work, kejayaannya ialah hasil drpd kerja kerasnya; 3. (math) hasil darab. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hammer | 4. criticize severely, mengecam: he never lost an opportunity to ~ his opponent, dia tdk pernah melepaskan peluang utk mengecam lawannya; 5. (colloq) defeat, membelasah: the touring team ~ed us badly, pasukan pelawat membelasah kami dgn teruk; 6. force understanding of (st) by repetition, menubikan, menubi-nubikan; (through drills) melatihtubikan: the multiplication tables had to be ~ed into us, sifir darab terpaksa dilatihtubikan pd kami; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
coproduct | kohasil darab | kohasil darab | kohasil darab | Matematik |
tensor product | hasil darab tensor | hasil darab tensor | hasil darab tensor | Matematik |
local product | hasil darab lokal | hasil darab setempat | hasil darab setempat | Matematik |
fibre product | hasil darab serabut | hasil darab serabut | hasil darab serabut | Matematik |
cup product | hasil darab mangkok | hasil darab cawan | hasil darab cawan | Matematik |
collapsed product | hasil darab runtuh | hasil darab runtuh | hasil darab runtuh | Matematik |
cap product | hasil darab tudung | hasil darab ketayap | hasil darab ketayap | Matematik |
Cartesian product | hasil darab Cartesian | hasil darab Cartesan | hasil darab Cartesian | Matematik |
product complex | kompleks hasil darab | kompleks hasil darab | kompleks hasil darab | Matematik |
Kronecker product of matrices | darab Kronecker matriks | hasil darab Kronecker matriks | hasil darab Kronecker matriks | Matematik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
dot product | hasil darab | Matematik | Tiada | Hasil darab yang bernilai skalar bagi dua vektor. Diberi dua vektor A dan B, hasil darab bintik bagi A dan B ialah hasil darab magnitud A dan B dan kosinus sudut di antara A dan B; sekiranya A = (a1, a2, a3) dan B = (b1, b2, b3), hasil darab bintik A dengan B ialah a1b1 + a2b2 +a3b3. Hasil darab bintik bagi A dan B biasanya diwakili dengan A . B. Sinonim hasil darab skalar. |
cross product | hasil darab pangkah | Matematik | Tiada | Hasil darab yang berbentuk vektor bagi dua vektor bermatra tiga. Diberi vektor v dan w, hasil darab v dengan w, yang ditulis sebagai v x w ialah vektor dengan magnitud bersamaan dengan hasil darab magnitud A dan B dan sinus sudut di antara v dan w, dan arahnya serenjang dengan kedua-dua v dan w, dan arahnya serenjang dengan kedua-dua v dan w, seperti dalam rajah. |
direct product | hasil darab langsung; hasil darab terus | Fizik | Tiada | Tiada |
direct product | hasil darab langsung; hasil darab terus | Matematik | Tiada | Tiada |
products of inertia | hasil darab sifatekun | Mekanik | Gunaan | Ukuran bagi agihan jisim jasad terhadap dua satah berortogon. Hasil darab sifatekun bagi unsur pembeza berjisim dm ditaakrifkan sebagai hasil darab dm dengan jarak serenjang dari satah berkenaan ke unsur itu. Misalnya, hasil darab sifatekun unsur tersebut terhadap satah x-z dan satah y-z diberikan oleh sebutan dIxy = xy dm, dengan x, y masing-masing merupakan jarak unsur dm dari paksi-x (satah x-z) dan dari paksi-y (satah y-z). |
cross product | hasil darab silang | Mekanik | Gunaan | Hasil darab bagi dua vektor, A dan B, yang ditakrifkan oleh hubungan, A x B = AB kos n dengan sebagai sudut di antara dua vektor berkenaan dan n pula vektor unit yang normal ke satah yang mengandungi A dan B. AB kos ialah magnitud vektor hasil darab tersebut dan n mewakili arah dan hala vektor itu. Hala n ditentukan melalui peraturan tangan kanan. Hasil darab silang kerap digunakan dalam ilmu mekanik untuk menentukan momen sesuatu daya, terutamanya bagi kes 3-D. (Momen M bagi daya F di sekitar paksi yang tertentu ditakrifkan sebagai M = r x F, dengan r sebagai vektor kedudukan sebarang titik pada garis tindakan F, diukur dari paksi berkenaan). Hasil darab ini juga dinamai hasil darab vektor. Lihat juga peraturan tangan kanan. |
ionic product | hasil darab ion | Kimia | Tiada | Hasil darab kepekatan ion di dalam larutan dengan mengambil kira stoikiometri larutan tersebut. Misalnya, air tulen yang mengalami penswaionan yang sedikit, H2O + H2O H3O+ + OH-. Dengan itu pemalar keseimbangan Kw = [H3O+][OH-] ialah hasil darab ion bagi air yang bersamaan 1.0 x 10-14 mol2dm-6 pada tekanan 1 atm dan suhu 25oC. |
dot product | hasil darab bintik | Mekanik | Gunaan | Kuantiti skalar yang diperoleh dengan mendarab dua vektor A dan B berdasarkan takrif, A . B = AB kos dengan sebagai sudut tirus di antara dua vektor itu. Hasil darab ini boleh dilihat sebagai magnitud A didarab dengan magnitus kompnen B di arah A, ataupun sebagai magnitud B didarab dengan magnitud komponen A di arah B. Dalam mekanik gunaan, hasil darab bintik mempunyai beberpa kegunaan. Dua kegunaannya yang utama ialah untuk melerai vektor 9misalnya untuk melerai vektor V pada arah paksi-x yang arah positifnya diperihalkan oleh vektor unit i, (Vx = V . i) dan untuk menghitung kerja U yang dilakukan oleh daya F apabila daya itu tersesar dengan sesaran ds (U = F . ds). Hasil darab bintik ini juga dinamai hasil darab skalar. |
multiply | darab | Matematik | Tiada | Darab: Menambahkan nombor tertentu dengan nombor yang sama bagi bilangan kali yang tetap dan diwakili dengan simbol "X". |
cross product | hasil darab silang | Kejuruteraan | Tiada | Hasil darab dua vektor A dan B yang ditakrif oleh hubungan A x B = AB kos 0n, dengan 0 sebagai sudut tirus di antara dua vektor yang berkenaan dan n pula sebagai vektor unit yang normal ke satah yang mengandungi A dan B. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kulek | darab | TETAW | |
kali | darab. | Melanau Mukah | |
sipir II | sifir, darab, kali; | Melanau Mukah | |
lakau III | kali, darab; | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb lajuannya boleh bertambah menjadi angin kesan jet. (METEO) capacitive reactance (regangan berkemuatan) Rintangan yang menentang arus ulang-alik akibat kemuatan sesuatu pemuat atau litar elektrik yang bersamaan dengan kebalikan hasil darab kemuatan dan frekuensi sudut. (KEJ) CAPES (CAPES) CAD generasi kedua yang dimajukan oleh Syarikat Chiyoda pada tahun 1970- an. (KEJ) canker CAPES Kamus Sains.indb 184 7/8/08 11 2, dengan w = faktor asentrik, subskrip i = komponen i, subskrip j = komponen j. (KEJ) characteristic acoustic impedance (impedans akustik cirian) Impedans akustik dalam pemandu gelombang akustik yang nilainya ialah hasil darab ketumpatan medium dalam pemandu gelombang tersebut dengan halaju bunyi yang melaluinya. (FIZ) characteristic compressibility factor (faktor kemampatan cirian) Faktor kemampatan kritikal campuran perduaan i dan j yang ditentukan dari- pada
|
Kamus Thai 2.indb kerana kesejukan. คูณ [ku:n] ก mendarab, mendarabkan: น ั กเรียนช ั ้ นประถมปีที่ 3 กำล ั งคูณเลข 2 ด ้ วย 5 Murid-murid darjah tiga sedang men- darab angka 2 dengan angka 5. คูปอง [ku:p:] น kupon เค ้ ก [ke:k] น kek เค ้ น [ke:n] ก memisit: ตำรวจเค ้ นชายคนน ั ้น
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
darab | [da.rab]/[da.rab] | ضرب |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
momentum | momentum | Hasil darab jisim dengan halaju sesuatu jasad. | Menengah Atas |
kerja | work | Hasil darab daya dan jarak yang dilalui dalam arah tindakan daya. | Menengah Atas |
impuls | impulse | 1. Hasil darab daya dan masa atau perubahan momentum. 2. Isyarat yang mengalir di sepanjang neuron dalam bentuk gelombang elektrik. | Menengah Atas |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
sifir darab | times table/multiplication table | Senarai kira darab nombor. Fakta asas darab ialah dari sifir darab 1 hingga 9. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
darab | multiply | Proses menambahkan sesuatu nombor yang sama berulang kali. Simbol darab ialah ×. | Sekolah Rendah |
hasil darab | product | Nilai yang diperoleh apabila dua nombor atau lebih didarabkan. Contohnya, hasil darab 30 × 2 ialah 60. | Menengah Atas |
hasil darab | product | Nombor atau jumlah yang diperoleh apabila mendarabkan dua nombor atau lebih. Contoh, hasil darab 2 dengan 8 ialah 16. | Sekolah Rendah |
hasil darab | product | Nilai yang diperoleh apabila dua nombor atau lebih didarabkan. Contohnya, 10 × 2 = 20, 20 ialah hasil darab. | Menengah Rendah |
hasil darab punca | product of roots | Jika α dan ß ialah dua punca bagi persamaan kuadratik, maka hasil darab punca ialah αß. | Menengah Atas |
akas | converse | Pernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil". | Menengah Atas |
darab | multiply | Kaedah menambahkan satu angka yang sama beberapa kali. Operasi asas ini ditandakan dengan simbol x. Contohnya, 3 + 3 + 3 + 3 + 3 = 5 x 3 . | Menengah Rendah |
darab silang | cross-multiply | Kaedah menulis semula sesuatu persamaan dengan mendarab secara bersilang. Lihat Contoh | Menengah Atas |
darab silang | cross-multiply | Kaedah menulis semula sesuatu hubungan dengan mendarab pengangka dengan penyebut secara bersilang. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata darab. |
|
|