Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Penggunaan kata terbitan "berleluasa" dalam konteks 'gejala sosial kian berleluasa dalam kalangan masyarakat kita'? Hal ini demikian kerana dalam Kamus Dewan 'berleluasa' bermakna berlaku sewenang-wenang atau sesuka hati. Adakah 'berleluasa' dalam tersebut dapat diterima?Kata "berleluasa" dalam konteks ayat yang dinyatakan dalam ayat tersebut dapat diterima.Makna10.07.2008
saya ingin bertanya adakah perkataan ketidakamanan dapat diterima pakai dalam bahasa melayu.tqKata 'ketidakamanan' tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Oleh itu, kata ini tidak digunakan dalam bahasa Melayu.Tatabahasa16.06.2009
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut gramatis dan dapat diterima? Terima kasih. 1) Adi seorang yang rajin. Haruskah penggunaan seorang diikuti dengan kata nama? Contohnya, Adi seorang murid yang rajin. 2) Terima kasih atas bantuan kamu atau Terima kasih di atas bantuan kamu. 3) Kerja kumpulan atau kerja berkumpulan? 4) Tulisan kamu boleh diperbaik atau Tulisan kamu boleh diperbaiki1) Adi seorang yang rajin dan Adi seorang murid yang rajin, kedua-dua ayat ini betul.
2) Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas bantuan kamu". 
3) Kerja kumpulan dan kerja berkumpulan, kedua-duanya boleh digunakan.
4) Ayat yang betul ialah "Tulisan kamu boleh diperbaik".
Tatabahasa22.09.2021
bersama-sama ini dilampirkan salinan surat rasmi untuk semakan tuan. maklumbalas harap dapat diterima dengan segera. sekian terima kasih.Lihat lampiran.Tatabahasa20.06.2016
Saya merujuk kepada soalan saya sebelum ini. Penyenggaraan dan penyelenggaran telah jelas. Bagaimana dengan penyengaraan? Adakah ia juga dapat diterima pakai.Tiada istilah "penyengaraan" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa06.08.2014
Apakah maksud dogma dan berikan contoh ayat?Dogma ialah kepercayaan atau sistem kepercayaan (agama,dll) yang dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian.Makna22.07.2008
istilah pesona nan grataPesona non grata (Latin) orang yg tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yg tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di negara tersebut.Makna03.11.2008
Mohon dapat meberikan terjemahan istilah dalam bidang IT berikut dalam Bahasa Melayu : "RSS Feeds", saya telah cadangkan "pengisian RSS" tapi tidak dapat diterima oleh rakan saya. Saya telah pun semak dalam kamus DBP tetapi jawapannya tidak seperti yang dikehendaki, sekian terima kasih.

Berdasarkan sumber rujukan kami, belum ada lagi padanan bagi istilah RSS Feeds, walau bagaimanapun dalam bidang komputer padanan feed ialah suapan. Oleh itu, kami mencadangkan Suapan RSS bagi istilah RSS Feeds.

Istilah10.11.2010
Kenapa nilai bahasa dalam kalangan masyarakat agak rendah? Misalnya sikap tidak apa terhadap 'bahasa rojak' dan penggunaan bangsa lain (tidak bahasa Melayu) dalam perhubungan dalam negara. Sedangkan jika guna bahasa carut tidak dapat diterima pula nilai itu. Apakah ini memerlukan penerapan semula nilai bahasa dalam masyarakat kita agar pegangan nilai sebenar bahasa memberi daya bahasa yang baharu kepada kita dan negara?Antara sebab nilai bahasa dalam kalangan masyarakat agak rendah adalah kerana sikap sebahagian masyarakat yang masih mempercayai bahawa bahasa Melayu tidak ada nilai ekonomi. Saudara boleh merujuk isu-isu bahasa Melayu dalam majalah, seminar dan akhbar-akhbar tempatan.Lain-lain08.11.2007
assalamualaikum... saya nak tanya, apakah istilah yang sesuai digunakan untuk babywearing? kerana dalam tesis master saya, supervisor saya mahukan satu istilah yang kukuh untuk digunakan. adakah istilah babywearing atau penggendong bayi yang sesuai? dan jika saya menggunakan istilah babywearing, ia dapat diterima pakai atau tidak? atau memang sudah ada perkataan yang telah ditetapkan oleh pihak dewan bahasa dan pustaka bagi perkataan tersebut.....Alaikumussalam. Saudara boleh menggunakan istilah "Penggendong bayi" ini untuk padanan Babywearing.Istilah12.06.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat diterima