Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
bagaimanakah cara ejaan yang betul untuk perkataan wujud atau ujud? | Kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. Wujud: 1. adanya (sesuatu); sedia ada; 2. sesuatu yang ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yang nyata (bukan roh dll), rupa dll yang dapat dilihat. Ujud: yg dikehendaki, maksud, tujuan. | Makna | 09.01.2013 |
apakah definisi unjur mujarad (abstrak)? | Terdapat dua definisi berkaitan unjur mujarad (abstrak): 1. Tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada dalam fikiran (tentgan sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua) 2. Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad; mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 28.06.2018 |
apakah maksud leksikal.bagaimanakah makna dapat dilihat melalui aspek leksikal | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, leksikal bermaksud 'berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Makna leksikal bermaksud 'makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaaannya dalam ayat dan sebagainya). | Makna | 08.10.2011 |
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah. Maklumat tentang pertandingan melukis itu dapat dilihat di papan kenyataan sekolah. A Sudahkah diumumkan maklumat tentang pertandingan itu ? B Bagaimanakah kita dapat ketahui maklumat tentang pertandingan melukis itu ? | Ayat yang betul "Maklumat tentang pertandingan melukis itu dapat dilihat pada papan kenyataan sekolah". Manakala, soalan yang sesuai "Bagaimana kita dapat mengetahui maklumat tentang pertandingan melukis itu?". | Tatabahasa | 22.08.2015 |
apakah beza melintas dengan melintasi? | perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut; melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi; | Tatabahasa | 20.10.2012 |
Assalamualaikum, mohon semakan ejaan jawi. | Tuan, visual yang dilampirkan tidak dapat dilihat. Mohon lampirkan visual yang lain. | Lain-lain | 06.05.2020 |
CONTOH BAGI KONSEP YANG ABSTRAK | Konsep yang abstrak ialah tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; | Lain-lain | 07.08.2010 |
1)Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa depan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.2)Pemuda yang berusia lewat 30an itu ialah anak saudara Puan Hernina.3)Kedai Pak Nazeli dapat dilihat daripada jauh kerana warna dindingnya agak kebiru-biruan.TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH. | 1. Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa hadapan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan. 2. Pemuda yang berusia lewat 30-an itu ialah anak saudara Puan Hernina. 3. Kedai Pak Nazeli dapat dilihat dari jauh kerana warna dindingnya kebiru-biruan. | Tatabahasa | 23.07.2012 |
Salam 1 Malaysia 1. Perkara itu berlaku adalah disebabkan oleh salah faham antara mereka. 2. Berbagai-bagai spesies rama-rama dapat dilihat di taman itu. 3. Saya memerhatikan tingkah lakunya daripada tadi. Betulkah ketiga-tiga ayat di atas tuan. Terima kasih banyak-banyak... | Ayat pertama tidak perlu perkataan "adalah" sebelum perkataan "disebabkan". Perkara itu berlaku disebabkan oleh.... sudah mencukupi. Ayat 2 dan ayat 3 adalah betul. | Lain-lain | 21.08.2014 |
apakah perbezaan antara sifat dan sikap? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sifat bermaksud keadaan atau rupa sesuatu benda yang dapat dilihat manakala sikap pula membawa maksud perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat (fikiran dan lain-lain). . | Makna | 27.09.2021 |