Salam. Adakah sarang buaya juga dikenali sebagai "jerumun"? Apakah makna sebenar jerumun? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerumun bermaksud 1. pondok tempat berteduh (yang terdapat di bendang dan lain-lain), dangau 2. rumpunan semak (belukar) 3. sejenis tumbuhan, derumun. Oleh itu, tidak terdapat dalam pangkalan data DBP yang menyatakan bahawa jerumun ialah sarang buaya. | Makna | 17.01.2014 |
Assalamualaikum,saya Norain Hassan pelajar dari UPM,serdang.Di ruangan ini bolehkah saya ingin bertanyakan nombor telefon yang boleh menghubungi Dato A.Aziz Deraman,kerana saya ingin menemuramah beliau untuk menyiapkan tugasan saya bagi subjek pengajaran kesusasteraan. Harap kerjasama tuan dapat membantu saya.Terima kasih. | Untuk makluman sdr., YBhg. Dato' Aziz Deraman boleh dihubungi melalui no. telefon/faks: 03 89381063, e-mel: adeputragong@yahoo.com dan alamat: Dangau Kasih, No. 12 Jalan BPP 4/2, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor D.E., Malaysia.
| Lain-lain | 29.01.2011 |