Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DIATERMI | Diatermi ialah satu kaedah rawatan untuk kerosakan otot dan sendi dan juga penyakit lain dengan menghasilkan tenaga haba dalam tisu di bawah kulit. Diatermi khususnya digunakan untuk menghilangkan kesakitan pada otot, ketegangan otot dan kesakitan, serta radang sendi. | UMUM | |
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), badan pembinaan dan pengembangan bahasa, kesusasteraan dan penerbitan dalam bahasa Melayu. | UMUM | |
YELLOWLEGS | Yellowlegs ialah nama bagi dua jenis burung pesisir. Burung ini mempunyai tanda-tanda hitam dan putih dan kaki yang panjang berwarna kuning. Ia hidup di sepanjang pesisir dan rawang dalam penerbangannya ke utara pada musim bunga untuk bersarang di utara Amerika Utara. | UMUM | |
DOLOMIT | Dolomit ialah mineral yang menjadi sumber utama magnesium yang diperoleh daripada kerak bumi. Dolomit agak keras dan rapuh, dan terdiri daripada kalsium karbonat dan magnesium karbonat. Formula kimia dolomit ialah CaMg (CO3)2 . | UMUM | |
KROKUS | Krokus ialah tumbuhan berbunga bak herba yang tumbuh di selatan Eropah dan Asia dan ditanam di banyak kawasan di dunia. Ia tumbuh daripada batang tebal bak bebawang yang disebut umbisi. Daunnya seperti daun rumput yang besar. Bunga krokus tumbuh pada aras tanah. Setiap kuntum terdiri daripada enam segmen, dan mempunyai tiga stamen dan satu pistil. Sesetengah krokus berbunga awal musim bunga, dan ada pula yang mekar pada musim gugur. | UMUM | |
KREN | Kren ialah mesin angkat yang digunakan untuk mengangkat dan menggerakkan beban berat di limbungan kapal dan kilang, dan di tapak pembinaan. | UMUM | |
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA) | Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan berkanun yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority. | UMUM | Umum |
CHIPMUNK | Chipmunk ialah haiwan kecil, berjalur yang hidup dalam lubang dalam tanah di Asia dan Amerika Utara. Chipmunk memakan biji-bijian dan kekeras yang dipungut dan disimpan dalam lubangnya. | UMUM | Umum |
EKSPORT DAN IMPORT | Eksport dan import ialah barangan yang dibawa keluar dan masuk ke sesebuah negara. | UMUM | |
EKSPEDISI LEWIS DAN CLARK | Ekspedisi Lewis dan Clark ialah penjelajahan pertama oleh kerajaan Amerika Syarikat ke tanah gersang yang luas di barat laut negara itu. Ekspedisi yang diketuai oleh Meriwether Lewis dan William Clark, bermula pada tahun 1804 dan berlanjutan lebih daripada dua tahun. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan |
|
Puisi |
---|
|
Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 210 The wheel of fortune is forever in motion Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film. Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|