Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
BahasaPenyelidikan
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Tajuk : Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu Penulis : Asmah Haji Omar Tahun Terbit : 2005 Halaman : 89 Abstrak : Buku ini memaparkan tentang penyebaran bahasa Melayu di dalam dan di luar alam Melayu, melalui pendekatan bersepadu yang melihat penyebaran bahasa dalam konteks ruang dan masa. Bahasa tidak wujud sendiri, tetapi memerlukan orang mewujudkannya. Orang atau pengguna bahasa juga tidak
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Tajuk : Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah Penulis : Asmah Haji Omar Tahun terbit : 1995 Halaman : 273 Abstrak : Buku Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah memberikan gambaran tentang pertumbuhan beberapa aspek fonologi, morfofonemik dan nahu dialek Kedah dan juga bahasa Melayu amnya. Pendekatan yang diterapkan dalam menganalisis Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah adalah berasaskan tiga kaedah utama iaitu kaedah sistemik, kaedah analisis komponen makna dan kaedah konteks. Tujuan kajian
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Tajuk : Simposium Dialek Penyelidikan dan Pendidikan Penulis : Farid M. Onn dan Ajid Che Kob Tahun terbit : 1993 Halaman : 316 Abstrak : Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan memuatkan sebelas buah kertas kerja yang membincangkan beberapa aspek dialektologi. Beberapa aspek dialektologi tersebut termasuklah teori
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu Penulis : Hashim Musa Tahun terbit : 2003 Halaman : 470 Abstrak : Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu merupakan hasil kajian Projek Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu yang mula digerakkan pada tahun 1988. Buku ini memberikan gambaran dan sejarah tentang pelbagai sistem tulisan iaitu, Pallava, Kawi, Jawi dan Rumi yang digunakan oleh bahasa Melayu dari dulu hingga kini. Dapatan kajian diperoleh daripada hasil kajian yang dibuat berdasarkan tinggalan
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Tajuk : Retorik Kewartawanan Melayu Akhbar Berita Harian Penulis : NorAzuwan Yaakob Tahun terbit : 2008 Halaman : 486 Abstrak : Kajian ini dari segi makronya bertujuan mengkaji bidang komunikasi yang berteraskan pendekatan linguistik dan dari segi mikronya merupakan kajian dalam bidang retorik. Bidang kewartawanan dipilih sebagai fokus kajian untuk memerikan perkembangan retorik penulisan kewartawanan sebagai media komunikasi massa dalam bahasa Melayu di Malaysia. Akhbar kajian ialah Berita Harian, sejak mula diterbitkan pada bulan Julai 1957 hingga tahun 1999. Kajian retorik penulisan kewartawanan Melayu dilaksanakan dengan berasaskan model yang diubah suai daripada Model Bell (1991) dan model yang dirangka oleh pengkaji sendiri. Model itu mengenal pasti tiga aras keberkesanan retorik dalam penulisan kewartawanan, iaitu aras kata, aras ayat, dan aras wacana. Kajian yang diasaskan pada aras
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Abdullah Tahun terbit : 1997 Halaman : 252 Abstrak : Buku ini merupakan kajian tentang nahu wacana bahasa Melayu yang didasarkan pada pandangan dari sudut linguistik struktural-fungsian. Kajian ini membincangkan bentuk ayat dan distribusinya dalam wacana berdasarkan rangka nahu wacana. Tumpuan diberikan kepada analisis tenunan yang didapati antara ayat yang membentuk wacana, berhubung dengan kombinasi susunan maklumat dan susunan ayat yang lojik. Antara yang dibincangkan termasuklah permasalahan nahu ayat, tujuan dan ruang lingkup nahu wacana, dan teori perkaedahan yang digunakan dalam kajian ini. Pola dasar susunan maklumat, susunan
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
T. Collins Tahun Terbit : 1995 Halaman : 201 Abstrak : Bibliografi ini membincangkan tulisan tentang dialek-dialek Melayu yang dituturkan di sekitar Pulau Sumatera. Setiap tulisan diberikan anotasi yang ringkas, tetapi jelas dan padat. Ini memudahkan para penyelidik membuat rujukan atau mencari tulisan yang menyentuh dialek-dialek di Pulau Sumatera. Di dalam bibliografi ini terdapat daftar kata, esei linguistik, tulisan tentang adat istiadat, pertukangan tradisi, flora dan fauna, serta karya sastera yang diwarnai dialek Melayu. Kajian mendapati terdapat 27 dialek yang dituturkan di Pulau Sumatera antaranya adalah seperti Aceh, Medan, Batak, Sibolga, Rawa, Rokan, Siak, Lubu, Minangkabau
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Tajuk : Pensejarahan Bahasa Melayu beberapa Pandangan Awal Penyelenggara : Zaiton Ab. Rahman dan Zaini Mohamaed Zain Tahun Terbit : 1990 Halaman : 48 Abstrak : Merupakan himpunan kertas kerja tentang pandangan awal pensejarahan bahasa Melayu. Terdapat enam makalah yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil Bahasa Melayu. Aspek penting yang dibincangkan ialah tumpuan utama yang perlu diberi perhatian apabila mengkaji susur galur sejarah bahasa Melayu. Persoalan yang diutarakan berkait dengan ruang lingkup, kaedah, cara kerja dan pendekatan yang digunakan. Pandangan dan saranan yang dikemukakan menyentuh persoalan ilmiah dan persoalan praktis yang akan dihadapi dalam pelaksanaan mana-mana penyelidikan. Liputan aspek yang dibicarakan memberi gambaran latar menyeluruh
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Melayu Bersumberkan Karya Sastera Penulis : Awang Sariyan Tahun Terbit : 2009 Halaman : 364 Abstrak : Kajian ini berkaitan dengan aspek sistem tatabahasa iaitu kajian sintaksis bahasa Melayu berdasarkan karya sastera Melayu klasik dan karya sastera Melayu moden. Untuk sastera Melayu klasik, Sulalatus Salatin dipilih menjadi sumber korpus dan sastera Melayu moden pula cerpen-cerpen Keris Mas, dan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Anwar Ridhwan. Analisis kajian berdasarkan pada rumus-rumus sintaksis bahasa Melayu yang disusun menurut
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
1996 Halaman : 103 Abstrak : Bibliografi Dialek Melayu di Indonesia Timur ini membincangkan tulisan tentang dialek Melayu yang dituturkan di sekitar Indonesia Timur. Setiap tulisan diberikan anotasi yang ringkas, tetapi jelas dan padat. Ini memudahkan para penyelidik membuat rujukan atau mencari tulisan yang menyentuh dialek-dialek di Indonesia Timur. Kajian menunjukkan terdapat lapan dialek yang utama iaitu dialek Makassar, Manado, Ternate, Irian Jaya, Bacan, Ambon, Kupang dan Larantuka. Kaedah penyusunan bibliografi ini agak berbeza dengan bibliografi lain kerana susunan dialeknya diatur dengan berpandukan geografi. Susunannya bermula pada daerah paling jauh ke barat, iaitu Pulau Sulawesi, dengan rujukan
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam pisau dan keris,
     Saya berani menegak dada.



Lihat selanjutnya...