Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
nanopiezotronicsBidang yang mengkaji gabungan kesan piezoelektrik dan sifat semikonduktor nanowayar dan nanojalur untuk mereka bentuk dan pemfabrikasian peranti elektronik dan komponen seperti transistor kesan medan dan diod.
hydrophobicSifat bahan atau molekul yang menolak kehadiran molekul air. Bahan hidrofobik tidak menyerap dan larut di dalam air dan biasanya tidak bercas dan tidak mempunyai kumpulan berkutub. Contohnya, bahan berminyak, berlemak dan bergris yang digunakan untuk mencuci kotoran minyak dan cucian kering. Banding hidrofilik.
nanotoxicologyBidang yang berkaitan dengan keupayaan manusia dan pendedahan persekitaran, bahaya dan risiko yang berkaitan dengan penggunaan dan penghasilan bahan nanostruktur.
deoxyribonucleic acid (DNA)Polimer panjang yang merupakan ulangan nukleotida. Nukleotida ini terdiri daripada enam komponen molekul, iaitu dua purina-adenina (A) dan guanina (G), dua piramidina- sitosina (C) dan timina (T), gula-deoksiribosa dan asid fosforik. Purina dan pirimidina dipanggil asas. Panjang DNA ialah 2.2 nm - 2.6 nm. DNA wujud sebagai gabungan pasangan molekul bebenang yang bergabung kuat yang membentuk heliks berganda. Bebenang pertama dipanggil bebenang pengekodan dan bebenang kedua dipanggil bebenang pelengkap. DNA membawa maklumat genetik yang dipanggil gen. Maklumat genetik ini dibaca dan dipindahkan oleh RNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. Molekul DNA dapat digunakan dalam nanoelektronik, elektronik molekul dan nanomekanik.
photoluminescenceProses suatu bahan menyerap foton (gelombang elektromagnet) dan memancar semula foton. Masa yang diambil bagi proses penyerapan dan pemancaran ini kurang daripada 10 nanosaat. Keamatan dan spektrum cahaya yang dipancar bergantung pada sifat bahan dan digunakan untuk mengkaji sifat bahan seperti mengukur jurang tenaga, kepekatan benda asing dan kecacatan dalam bahan semikonduktor. Fenomena ini terjadi dalam kebanyakan bintik kuantum dan cahaya yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum tersebut.
cell repair machineSatu mesin dalam skala nano atau mesin molekul yang dilengkapi dengan penderia, peralatan dan nanokomputer yang diprogram untuk mengesan dan membaiki kerosakan sel dan tisu. Mesin ini juga dapat melapor balik dan menerima arahan daripada pakar perubatan.
saponiteGalian tanah liat yang terdiri daripada bahan silikat aluminium dan magnesium berair. Rumus kimianya ialah 1/2(Ca,Na)0.33 (Mg,Fe+2)3 (Si,A1 )4 O10(OH)2.4H2O dan berstruktur monoklinik. Galian ini bersifat amorfus lembut, pejal dan berplastik, dan terdapat dalam rongga batu.
nanoscale lithographySeni dan sains pemunaran, penulisan dan pencetakan huruf atau litar pada peringkat skala nanometer. Proses ini termasuklah kaedah mengubah suai cip semikonduktor pada skala atom untuk tujuan fabrikasi litar bersepadu. Peralatan yang digunakan dalam nanolitografi ini termasuklah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM).
albuminProtein ringkas yang larut dalam air dan dapat tergumpal oleh haba. Albumin didapati dalam putih telur, serum, darah, susu, dan kebanyakan tisu haiwan dan tumbuhan. Dalam bidang perubatan, albumin merupakan bahan yang menjadi kunci untuk melaraskan tekanan osmotik darah, manakala dalam bidang nanoteknologi, albumin dapat bertindak sebagai surfaktan dalam proses sintesis nanobahan.
compositeBahan yang dihasilkan daripada dua atau lebih gabungan bahan yang bersifat fizik dan kimia berlainan. Contohnya, serlog (seramik dan logam), konkrit dan kaca gentian.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam pisau dan keris,
     Saya berani menegak dada.



Lihat selanjutnya...