Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Perkataan "untuk" dan "dan" dalam ayat tajuk. 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai atau 2. Ceramah Awam Untuk Penghuni Perumahan Dan Kedai Mana yang betul. Terima kasihAyat yang betul ialah 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai. Kata "untuk" ialah kata sendi nama dan "dan" ialah kata hubung. Oleh itu, kedua-duanya mesti ditulis bermula dengan huruf kecil.Tatabahasa03.05.2013
Adakah perbezaan dalam pengunaan 'dan lain-lain" dan "dan sebagainya"?Tidak terdapat perbezaan antara "dan lain-lain" dengan "dan sebagainya". Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, kedua-duanya merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan "et cetera".Lain-lain27.08.2013
Apa beza dirujuki dan dirujuk, garisi dan gariskan, tulisi dan tuliskan? Yang mana betul penggunaannya?Penggunaan yang betul ialah dirujuk, gariskan dan tuliskan. 

Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Perbezaan penggunaan ...i dan ...kan kerana akhiran ...kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran ...i mengandungi unsur lokatif (tempat), contoh belikan - membeli untuk orang lain, naiki - naik ke atas suatu tempat. (Rujuk Tatabahasa Dewan)
Tatabahasa17.07.2013
Bolehkah terangkan perbezaan antara 'ialah' dan 'adalah' dan 'bagi' dan 'untuk'.
Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan untuk kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.
Kata sendi nama 'untukdan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:
i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'.  Contohnya: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibinadan 
ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: Hadiah itu untukmu, bukan Hadiah itu bagimu.

Tatabahasa06.08.2013
Tuan,mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata , " demi dan untuk", "agar dan supaya", " tentang dan mengenai". Sekian terima kasih.1. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia Mesti bersatu demi kestabilan Negara. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
2. Agar dan supaya boleh bertukar ganti penggunaannya.
3. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. Selain itu, sebagai makluman saudara juga, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai dan mengenai dengan. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol.
Tatabahasa23.05.2013
Adakah betul ayat tema "Inovatif menjana transformasi" atau "Inovatif teras transformasi" dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi

Perkataan yang lebih sesuai untuk tema ialah "Inovasi menjana transformasi", Inovasi teras transformasi dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi".
Tatabahasa16.05.2013
Novel Salina (A. Samad Said, 2003) cth. hlm. 46 dan 90 Buku Ilmiah Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden (Othman Puteh dan Ramli Isin, 2003) cth. hlm. 122, 123, dan 37 Antologi Sastera Riak Kabus Danau Maninjau (Hamzah Hamdani dan Abdullah Hussain, 1999) cth. hlm. 48 dan 75 Karya di atas dirujuk bagi meninjau penggunaan elipsis (. . .) dan juga elipsis bernoktah (. . . .). Dalam karya ini, kedua-duanya digunakan mengikut fungsi tertentu. Menurut Gaya Dewan, tidak dinyatakan yang elipsis perlu diakhiri noktah, malah elipsis pada hujung ayat tidak disusuli noktah [rujuk hlm. 72 perenggan kedua (iii) dan ketiga (b)]. Soalan saya: 1. Atas wajaran apakah elipsis bernoktah (. . . .) ini diadakan dan kelihatan (mungkin) tidak mematuhi Gaya Dewan? Saya percaya karya DBP yang diterbitkan sebelum Gaya Dewan telah menggunakan elipsis bernoktah tetapi tidak kedapatan penggunaannya dalam Gaya Dewan. 2. Apakah perbezaan dari segi konteks penggunaan antara elipsis (. . .) dengan tiga titik (...)? Berdasarkan soalan yang pernah diajukan di PRPM, jawapan Khidmat Nasihat DBP pada 1.12.11 (tiada penggunaan 4 titik) bercanggah daripada amalan dalam karya DBP [ada penggunaan 4 titik, (elipsis bernoktah)] dan dalam jawapan 15.6.10, elipsis bernoktah ditulis sebagai ... . dan bukan . . .. atau . . . .. Keputusan carian ini berdasarkan carian .... elipsis yang ditaip dalam kotak carian. Terima kasih atas penyelidikan teliti dan jawapan diberikan.Kami memohon maaf kekeliruan yang timbul. Setelah merujuk pihak yang pakar, tanda elipsis yang digunakan di akhir ayat perlu tanda noktah. Tanda elipsis ditulis seperti berikut "... .", yakni ada jarak selepas tanda elipsis.

Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara atas kajian dan penyelidikan yang sangat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Tatabahasa19.06.2013
Apakah itu Persidangan Bahasa Dan Sastera ? Apakah tujuan dan matlamat persidangan tersebut ? Apakah objektif utama persidangan tersebut di adakan ?Persidangan bahasa dan sastera merupakan dua persidangan yang berbeza. Persidangan bahasa menjurus kepada bidang bahasa dan persidangan sastera membicarakan hal-hal sastera. Kebiasaannya persidangan ini tidak dianjurkan secara serentak. Kebiasaannya persidangan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi. Puan boleh mendapatkan maklumat melalui pihak yang terlibat atau boleh membuat rujukan di perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.

Untuk makluman puan , DBP terlibat dengan Persidangan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia diadakan pada bulan April, Persidangan Majlis Sastera Asia Tenggara diadakan pada bulan Oktober dan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu pada bulan September.
Sastera05.11.2013
Apakah perbezaan istilah 'walau' dan 'walaupun'?Kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata tugas. Walau bermaksud "dan sekiranya" dan sama maksud dengan walaupun. Saudara boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=walau untuk contoh ayat.Tatabahasa24.07.2013
saya ingin bertanya, apakah beza di antara 'aturcara' dan 'tentatif' dan yang manakah lebih tepat penggunaannya untuk diletakkan di dalam risalah majlis.Tentatif bermaksud tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah. Kebiasaannya perkataan ini digunakan pada peringkat prapelaksanaan projek dan tidak lagi digunakan apabila telah muktamad seperti dalam buku atur cara majlis.Tatabahasa07.11.2013
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam pisau dan keris,
     Saya berani menegak dada.



Lihat selanjutnya...