Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Quran atau al-Quran. Ayat: (1) Dia membeli sebuah Quran. (2) Dia membacakan ayat Quran sebagai dalil. (3) Dia menganggap saya sebagai Quran buruk. Yang manakah lebih tepat: Quran atau al-Quran? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua istilah ini boleh diterima pakai. | Istilah | 29.12.2009 |
apakah karya terbaru elias haji idris? apakah anugerah yang ernah dirangkul oleh beliau? apakah laman web yang menceritakan tentang beliau secara terperinci? | Sdr. Karya terkini Elias Hj. Idris adalah Kembang tak jadi, Anak perempuan kabaret, Tebingan sungai, dan Musim buah-buahan 2007). Karya tahun 2008 adalah Gadis terbuang, Semadi cinta di Kuala Lumpur, Luka siapa dan 2 judul buku politik iaitu Siapa PM selepas ini dan 51 dalil Anwar jadi PM. Beliau adalah penerima Anugerah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia - Novel Terbaik 1994 bagi buku Kehilangan dan Anugerah Kerajaan Negeri Perak - Novelis Perak 1995. | Lain-lain | 17.03.2008 |
Selamat sejahtera tuan DBP. Saya hendak bertanya: adakah rangkai kata nama "hal penggunaan bahasa Melayu" lewah kerana "penggunaan bahasa Melayu" sudah bermaksud "hal menggunakan bahasa Melayu"? Jika demikian, "hal penggunaan bahasa Melayu" bermaksud hal hal menggunakan bahasa Melayulah (penggunaan = hal menggunakan)! Ini perlebihan (keadaan berlebihan) maksud. Tetapi, untuk rangkai kata nama seperti "situasi kebahasaan", jika ditulis sekadar "kebahasaan" sahaja, maksud "situasi" itu tidak tererti kerana "kebahasaan" bermaksud hal bahasa yang umum yang dapat diperluas kepada apa-apa makna sahaja: situasi bahasa, ciri bahasa, sifat bahasa. Bertalian dengan soal ini, WordPad yang berisi soal saya telah saya lampirkan bersama surat ini. Lamun (kendatipun) soal ini tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, saya masih berharap kepada dalil (keterangan) tuan arif untuk mengukuhkan pegangan saya. Harap saya dapat mendapat jawab yang tahkik (sah) dan meyakinkan saya daripada tuan. Terima kasih. | Kami menerima pandangan tuan, frasa yang gramatis ialah "penggunaan bahasa Melayu" kerana perkataan yang terbit daripada apitan peN-...-an boleh membawa maksud perihal atau proses. | Tatabahasa | 29.11.2016 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalil |
|
|